Untungnya Belajar Kaedah Fonik, Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku

By Raihana - Isnin, November 10, 2014

Assalamualaikum...

Ada parents yang dekat luar sana pernah tahu dan dengar pembelajaran fonik tak? Apa yang special sangat dengan pembelajaran fonik ni? Buat yang tak tahu, siri cepat membaca Bacalah Anakku telah mengguna pakai konsep pembelajaran fonik sejak penerbitannya.

Info Source: www.readnetworks.com

Semenjak  1996 buku ini telah berjaya membantu ribuan kanak-kanak membaca awal di Malaysia, Brunei dan Singapura. Terbukti berkesan untuk mengajar anak-anak seawal usia 3 tahun membaca dalam Bahasa Malaysia dengan cepat dan lancar dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja.

Siri ini sangat mudah kerana telah tersusun berdasarkan kaedah fonik, ataupun kaedah bunyi, yang memudahkan kanak-kanak membaca tanpa perlu mengeja-eja ataupun menghafal suku kata.

Ciri keistimewaan buku
- Disusun berdasarkan kaedah fonik
- Pilihan bunyi yang sesuai
- Penyusunan yang sistematik
-Teks yang bermakna
- Menggunakan dua warna
- Disokong dengan kaedah mengajar yang berkesan
- Penglibatan penulis secara langsung

 Apakah itu kaedah fonik? Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku mempunyai beberapa set untuk digunakan dan diajar kepada anak-anak. Set lengkap Pakej Bestari didatangi dengan pakej seperti berikut:

1 Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku yang mengandungi 8 buah buku
1 Set buku aktiviti Fonetik Ekspres 1 dan 2
1 Set kad imbasan dan CD lagu Abu Ada Ayam
1 Buku permainan kreatif
1 Set poster Abu Ada Ayam









Saya sendiri pernah menghadiri kursus Bacalah Anakku yang dianjurkan oleh penerbit buku sendiri yang dikendalikan oleh Penulis sendiri. Ternyata pembelajaran ini boleh memberi kesan kepada anak-anak untuk membaca dengan lebih cepat di samping meningkatkan penyusunan kata dan sebutan yang lebih tepat.

Saya ada kenal seorang penjual set buku Pakej Bestari Bacalah Anakku yang dijual dengan harga RM70 termasuk penghantaran. Lagi murah dari harga di pasaran. Boleh contact seperti di bawah:

SMS/Whatsapp 017-2821996

Lebih lanjut, sila layari www.readnetworks.com

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan