Assalamualaikum...
Dah 10 hari Tam menghilang tanpa khabar berita. Tam si kucing hitam tersayang yang dibela dari kecik lagi. Ikutkan banyak kucing yang dah dibela dekat rumah ni, cuma dia lah yang paling melekat even bukan dia yang aku bela dulu. Ibu dia yang aku bela sampai sekarang ni dah berapa banyak kali beranak, mati dan aku bagi orang lain untuk jaga.
Nama dia pun aku bagi sempena fizikal dia yang hitam tu. Huhu...ketandusan nama kucing katakan. 3 beradik tu aku bagi nama Tam, Timi dan Tomi. Yang lain entah ke mana. Tam si kucing jantan ni memang garang lagi-lagi dengan kucing lain. Tapi dengan me and husband agak baik dan manja. Cuma perangai dia ni suka gigit orang dan suka selongkar sampah. Sejak dia dah besar dah tak bagi duduk dalam sangkar. Takde kapasiti dah. Dia pun paham, dan dia pun jenis yang berdikari dan agak kuat merayau. Maklumlah kucing jantan katakan.
Sekuat dia merayau mana pun dia akan balik rumah. Biasanya minta makan and nak lepak tidur. Aku balik kerja je, dia akan balik sekali. Tak pun dia selalu tunggu aku dulu. Tam ni kalau me or husband takde, dia pun tak akan duduk dekat rumah. Dia akan balik rumah kalau kitorang ada. Malam-malam dia suka lepak dekat rumah sampai lah kadang-kadang akan tidur sekatil dengan kami. Kitorang ni pun jenis tak kisah, biarkan je dia tidur selit-selit tidur antara kitorang. Suka sangat sebab perangai dia yang manja. Tak risau sangat dia kencing berak dalam rumah sebab jarang sekali dia buat macam tu. Kalau dia nak berak or kencing mesti dia akan bagi hint, bunyi meow meow bising. Biasanya kalau malam dah tidur sekali, dia akan minta keluar dari bilik kul 5-6 pagi. Kesejukan sangat kot tidur dalam air-cond lama sangat.
Dalam-dalam banyak kucing, Tam lah yang paling bound sekali. Mungkin sebab selalu tidur dan bermanja dengan dia. Bila dia tak balik rumah ni terasa sangat. Last dia balik tu, hari Ahad dia ada balik waktu paginya. Tapi aku yang agak rush nak pergi antenatal class tak sempat nak main-main dengan dia. Bagi makan dan terus keluar. And that's the last I met him.
Rindunya :(
This was last photo taken. He's sleeping all day. Kebetulan waktu ni MC tak sihat. Dari pagi Tam balik teman aku tidur. Aku dah bangun dia still tidur. Pukul 1pm baru dia bangun. Mungkin last dia teman aku tidur :( |
0 ulasan