mom

For Mommies: Pengalaman pasang alat perancang IUD/IUCD

By Raihana - Khamis, Januari 21, 2021

This entry khusus I share to all mommies yang sedang merancang kehamilan, pengalaman sendiri menggunakan alat perancang dalam rahim berbentuk 'T' iaitu IUD/IUCD ataupun namanya Intra Urine Device/Contraceptive Device. Sebabnya dulu before nak proceed on this procedure, google juga la mencari mommies yang ada pengalaman pemakaian IUD ni, but not many sharing on this. But please consider this entry as my own experience and for your pemahaman, the rest you have to get consult from O&G juga k.




Waktu lepas bersalin Amani memang tak ada amik apa-apa alat perancang, lepas 2 years baru preganant Luth. After my second birth November 2017, memang ada terpikir untuk merancang. Of course I kena merancang sebab my second delivery dulu category as high risk pregnancy sebab lost blood, so doc memang suruh merancang and not to pregnant dalam masa terdekat. Lagi-lagi both of my pregnancy ni emergency czer, kena jarakkan kehamilan at least 2 years. 


Tapi, awal tahun January 2019 baru la kita ada masa nak pergi clinic untuk buat procedure ni. Kenapa IUD berbanding perancang yang lain? Hmmm, kena banyak juga membaca lah ya kebaikan and keburukan pemasangan IUD ni dari alat-alat perancang yg lain. So I decided untuk go for IUD instead of Implanon (pricey walaupun keberkesanan tinggi), hormone injection, pil etc.


I buat this procedure dekat Klinik Siti Taman Dato Harun. Klinik Siti ni banyak branches boleh check on their website k. Before pergi kita tanya dulu kos etc., and kos pemasangan IUD ni RM200 saja. Waktu pergi ni memang tak buat appoinment, I just walk in to the clinic. Ok before that, make sure bila plan nak pasang IUD ni kita dalam tempoh period, its better hari ke-2 or ke-3 sebab waktu ni dinding pangkal rahim masih lembut, and tak sakit bila buat procedure tu. Sapa yang pernah kena seluk-seluk waktu nak bersalin dulu tau kan betapa ngilu nya waktu tu. Doc akan advise and bagitau pro and cons pemakaian IUD ni, and macam mana nak tau kedudukan IUD kita berada dkt tempat betul ke tak. Procedure amik masa tak sampai setengah jam, and doc akan scan check balik rahim kita untuk check kedudukan IUD kita. Doc akan advise untuk kita buat ultrasound scan every year sebab takut kedudukan IUD ni mungkin akan beralih. IUD yang amik dekat Klinik Siti ni valid sampai 5 years. So nanti dorang akan bagi kad menunjukkan bila expired date IUD tu. Doc cakap, if nak tau IUD berada pada kedudukan dia, kita boleh rasa tali IUD tu dekat pangkal rahim, at least rasa hujung-hujung tali tu. Tapi tu la, masalahnya bila I check tak tahu macam mana rasa tali tu. So I memang tak regular check. Hahaha.


Read this: https://www.verywellhealth.com/iud-strings-missing-906756


For the first 6 months pakai IUD ni, period memang tak teratur sangat, kadang lambat datang, kadang sikit2 macam tu, perut maybe akan rasa cramp awal-awal tu. Yang ni memang ada effect dia at first bila doc cakap. But after that, semuanya ok, period sume regular.

Lepas pasang IUD tu, doc akan bagi copy scan and kad validation


Ni jenis IUCD yang I pakai, date tu date I pasang dalam rahim


After 2 years dengan IUD, I buka IUD tu. Okay, here's the reason. If any of ready ada read my blog entry before this, I ada buat health check up on breast + uterus + ovaries ultrasound scan. Click here untuk full read >> Women Health Screening: Breast, Uterus & Ovaries Ultrasound Screening di Sonovision. During my check up tu, sonographer ada cakap IUD I nampak beralih dari kedudukan yang asal. Dia tunjuk juga waktu tu sepatutnya dekat mana IUD tu patut berada. So, its better for me to remove kalau tak nanti if tak remove maybe chances pregnant tu ada lah. Then I ada read juga yang kesan-kesan or tanda IUD ni beralih macam pendarahan la apa semua tu. So I was thinking to remove bila datang menstrual time tu. Tapi nak jadi cerita period tak datang nak dekat 2 weeks. Memang agak cuak sebenarnya sebab memang tak pernah lambat period lama macam tu, plus perut cramp. Kita memang pikir, ehhh, aku pregnant ke ni, sebab usually that's my sign of pregnancy, ahhhh sudah. Tapi I tak ada la buat UPT ke apa, sebab ingat nak tunggu pergi jumpa O&G on weekend to get consult. 


Bila PKP ni, decide pergi Klinik Uzma je cause dekat dengan rumah, sebabnya nak pergi dekat Klinik Siti Taman Dato Harun tu agak jauh. So kita pergi la Klinik Uzma tu, waktu ni tak bagitau dekat husband, kita pergi sendiri je, sebab at first kitorang nak pergi on weekend, tapi I macam tak sedap hati, nak juga pergi lepas habis waktu kerja. Waktu buat procedure ni semua tak bagitau husband lagi, bila dah nak settle baru bagitau. Hihii. Dia pun cakap, ehhh cepatnya. Bila sampai klinik tu, I walk in je without appointment. Clinic staff suruh buat UPT dulu, dia cakap in case negative pregnant, baru doc on duty boleh remove IUD tu, but if let say UPT tu positive, I kena remove another time and set appointment dengan O&G situ. Bila result keluar tu, memang negative, so doc on duty boleh la remove my IUD ni. Before dia remove dia scan check kedudukan IUD and dia pun cakap IUD memang beralih, tapi tak ada masalah pun kalau tak remove. Tapi kita pikir la kalo IUD dah beralih pun memang dah tak ada keberkesanan dah and takut ada side effect yang lain, so better remove lah kan. Procedure remove IUD pun amik masa yang kejap je dalam 10-15min macam tu. Sakit ke masa remove ni? Sakit sikit la sama ngilu waktu pasang dulu tu. So lepas-lepas ni nak merancang tu kena pikir panjang sikit lah, rasa macam seriouwww juga nak pasang IUD ni sebab ngilu dia tu. Emmm, mommies mesti pernah rasa macam mana kan. Maybe akan guna kaedah yang sama tapi amik masa sikit untuk pasang, sebab nak hilangkan sikit rasa ngilu tu.


As summary I tulis balik facts about IUD/IUCD ni:

  • Keberkesanan 3-5 tahun ikut pada jenis/supplier IUD.
  • Digalakkan untuk datang pada hari kedua - ketiga tempoh menstrual untuk pasang dan buang IUD
  • Harga bermula RM200 ke atas di klinik swasta. Kalau hospital RM300, ni I pernah survey before decide nak buat dekat mana
  • Cara pasang melalui pangkal rahim, guna alatan muncung 'mulut itik'
  • Tak terlalu mengganggu hormon body
  • Digalakkan untuk buat ultrasound scan setahun sekali

Oh yaaa, I ada tanya doc apa reason period I tak datang lagi, sebab memang jarang-jarang sangat nak period lambat sampai 2 weeks. Doc cakap maybe hormone body lah kot, sebab bila doc scan mula-mula tu, doc cakap dinding rahim tak nampak tebal, belum masa untuk period lagi dalam masa seminggu. Doc cakap kalau sebulan tak datang period tu, doc suruh datang clinic balik amik ubat. Tapi maybe la hormone, umur pun dah masuk 30++ 😅


  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Salam, Lepas pakai IUD tu kena follow up bila pulak?

    BalasPadam
  2. IUD ada dua jenis. Hormonal and non-hormonal. Yang hormonal memang boleh valid 5 years. Thats why awak punya kacau hormon. Non-hormonal tak ganggu hormon valid 2 years if tak silap

    BalasPadam
  3. Hai.. nk tnya after 2w tu awak period x?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Baru ni nak pasang IUCD, memang sakit sangat bila nak tolak kedalam part hujung sekali. Last sekali memang tak dapat pasang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya mmg tak pasang ke sis? Sy baru plan nak pasang

      Padam