She is No Longer Cik Laa

Thursday, May 9, 2019

Happy 5th Anniversary Hi Tea at Atmosphere 360 Restaurant @ KL Tower



Assalamualaikum....

Allahu....dah berhabuk blog ni. Bila dah menginjak umur 3 series ni, mood nak menulis pun makin malas je. Hehe...Tak ada apa yg menarik pun berlaku.

Ohh ya, bulan 2 haritu bulan anniversary kami. Nampak tak punya lah late entry...Banyak sebenarnya nak kongsi dlm blog sendiri ni.

Btw, kalau tahun2 sebelum ni kami selalu celebrate holiday and travels kalo waktu anniversary, sekali dgn birthday Amani bulan 3, but this time kami amik pendekatan untuk makan2 aje. Cewaaaahhhh. So sambil celebrate tu sambil review kami ber hi-tea di Atmosphere 360 Restaurant at KL Tower.

First time pergi mesti lah rasa excited kan sebab nak makan dkt restaurant berputar have have gitu, tapi mampu nak hi tea je. Ahakzzzz. Celebrate pun agak lambat sebab anak2 baru baik dari demam campak. Ohhh ya, kami tak tinggalkan anak2, sebab memang kerja dorang ngekor je kan. Kalau tak sapa nak jaga depa tu. So belum lagi ada masa untuk dating berdua dgn husband.

Hi-tea buffet ni dekat KL Tower, first time sebenarnya jejak KL Tower ni. HAHA. So sadiskan, umur dah 30 years baru sampai KL Tower.

Overall I must say, the food is so-so, menu selection yg memang utk hi-tea eg. mee kari, roti jala, lempeng. Tak banyak options but yet boleh kenyang makan utk dinner terus. We olls sebenarnya kelambatan sampai sebab utk hi-tea session ni dia open dari 3pm - 6pm. Tp, kitorang sampai pukul 4pm lebih mcm tu sebab kitorang dari tempat lain.

Ambiance dia memang menarik nampak keseluruhan bandar KL ni, gayat tu tok sah cakap la kan. Okay la, just enjoy our photos.

Kek ni boleh request free dgn restaurant taw
We got best spot. Pay extra for window seating


Amani mood makan dia boleh tahan waktu ni

Beraninya la dorang tengok bawah tu. Mama gayat oiii.


One with KLCC background




Location:
Restaurant 360 Atmosphere KL Tower
Hi-Tea Buffet (3.30pm - 5.30pm)
RM77/pax (adult) via FAVE Apps
Kids below 5 years old is FREE
Free 1 admission for Blue Coral Aquarium

Thursday, November 8, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest | THE BIGGEST ONE DAY SALE is coming!
Helloooo!

This is my second time join Lazada contest and tak pernah jemu!!!! Disebabkan I olls ada apps LAZADA ni, asyik dok dapat notification je yg THE BIGGEST ONE DAY SALE bakal berlangsung pada 11.11 ni! Pastu ada pulak untuk blogger contest, apa lagi, kita pun amik kesempatan lah untuk join. Contest ni tamat pada ahad ni juga 11.11 nanti. Moga kita tak terlambat lagi. Hihi.


ADA APA DENGAN LAZADA PADA 11.11 NI?

Haaaa.....bagi korang yg kaki shopping tu, ni lah masanaya untuk korang merebebut peluang untuk berbelanja online dengan harga yang tersangat murah dari harga pasaran dan pada hari biasa. Mana nak dapat tu. As we all know LAZADA memang trusted online shopping portal yang sangat reliable dan selalu menawarkan harga dan barangan yang menarik. SO sempena nak menghadap hari kebesaran 11.11 ni, I olls dah senaraikan beberapa product yg dah menjadi idaman ni, sejak dari azali mungkin tak mampu, tapi simpan niat untuk beli pada 11.11 ni nanti. In shaa Allah.


Add to Cart Items - My Wishlist Items to Buy on 11.11




JOIE ELEVATE only RM432
I olls memang tengah tercari-cari carseat baru untuk anak dara I olls, memandangkan dia dah makin besar dan meninggi, so carseat yg ada sekarang ni pun dah susah nak tampung dia, dah boleh handover pada adiknya. Memandangkan ada budget constraint, so kita macam kenan dengan brand Joie model Elevate ni. Bila tengok harga dia sumpah tak percaya sebab harga dia murah sangat kalo beli pada 11.11 ni! Mana nak dapat harga macam tu sebab dkt kedai luar paling murah jumpa pun RM480++, paling murah tu. Kita memang dah nak praktikkan yang anak-anak kena duduk dalam carseat juga untuk kelesamatan. Tak nak kita sendiri berduka nanti kalau benda tak diingini terjadi.





LENOVO THINKPAD LAPTOP only RM872
Okay, to be honest laptop is not my prefereble item pun nak beli, tapi memandangkan laptop yang sedia ada ni bakal rosak sebab screen dah pecah, and ada potensi untuk rosak bila-bila masa saja, so I olls masukkan ni dalam wishlist sekali untuk dibeli pada 11.11, harga ni pun sangat berpatutan, lagi-lagi dapat diskaun LAZADA nanti ni. Spec pun memuaskan hati. Since kita memang memerlukan laptop untuk buat kerja design, so nak tak nak kena beli juga la yang baru, supaya kerja tak tergendala nanti.



DRYPERS WEE WEE DRY only RM78
Okay, hat ni dah jadi kewajipan beli stock diapers untuk anak every month. Tapi, yang tersengat tak percaya bila tengok harga diapers dari DRYPERS WEE WEE DRY ni. Harga dia RM78 waktu 11.11 ni weh. Murah yang amat. Biasa harga dekat supermarket jual pun RM89 taw. Tak pernah ada lagi jual pack serupa gini dengan harga bawah RM80. Mak nak beli woii. Simpan stock banyak sebab harga tak masuk akal rasanya ni.


So far, 3 barang kat atas ni je dah jadi wishlist kita untuk beli pada 11.11 ni, tapi ikutkan banyak lagi nak beliiiiiiii......sebab harga dorang murah tak masuk akal, bukan selalu ada JUALAN MURAH TERLALU MURAH macam ni. Tak kan jumpa dekat mana-mana tempat lah. Lagi-lagi yang kita wishlist ni semuanya FREE DELIVERY. Tapi memandangkan budget yang ada sangat lah limit. So, kita terhadkan barang dekat atas ni je. Harap-harap ada rezeki nak beli dekat atas ni.

So apa lagi, siap siaga diri anda untuk buka APPS LAZADA atau layari wesbite link ni https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1  pagi-pagi ahad ni 11.11 untuk grab barang yang tengah sale menggila tu. Banyak voucher yang ditawarkan dan boleh diguna pakai untuk pembelian barang, bergantung pada terma dan syarat LAZADA. Goodluck and selamat hunting OK!

Tuesday, October 23, 2018

Bercuti ke Kota Kinabalu & Kundasang Sabah
Assalam...

As usual every year me and my family mesti akan ada travel trip, untuk meluangkan masa bersama. So this year we planned earlier as usual to Sabah. Trip this time jalan dalam Malaysia je sebab nak try bawak si tecik Luth dgn kakak. Huhuu. Kita test berjalan dekat dulu. Bawak dorang sebelum travel jauh sikit.

So nak dipendekkan cerita, travel details kitorang mcm dekat bawah ni.

Date: 14 - 17 October 2018 (4D3N)
Location: Sabah
Airline: AirAsia
Hotel: Little Hut Kundasang & Winner Hotel Kota Kinabalu
Transportation: Sewa kereta

Day 1 Arrival at KK Airport, Kinabalu Park, Kundasang and check-in homestay at Little Hut.


Our flight supposed to be scheduled at 7.25am tp our flight cancel weh!! Cancel taw not delay or reschedule. Kitorang dpt notification email at 3.30am which is that time dah dlm bus otw pergi ke airport. At first perasan ada orang call tapi tak sempat pickup. Pelik jgk kan sapa la yg call pepagi buta ni then Google balik that no is actually agent AA. Pastu hati tak sedap je terus check email dpt notification our flight is cancel. So agak ketidak puas hati dekat situ cause the option we have is actually reschedule within 14 days or full refund je. Call AA and nak chat asyik tak dapat so kami redha ke Airport terus nak tanya our situation. And waktu dekat kaunter tu memang purposely for that cancelled flight pun so kitorang tanya bole rescuduled next flight tak then nasib baik la ada seat available for 4 of us at 8.20am. Sejam jugak la lamanya and that time pukul 4.20am mcm tu. 4hours menunggu dekat airport tu memang exhausted sangat kids tak nak tidur dah lagi2 Amani was so excited to get on plane. So kami sempat breakfast and mandikan kids dulu before flew. Rasanya ada hikmahnya our flight cancel and we managed to get next flight with same row seats. Cause initial flight tu seat kitorang tak sama. My husband and Luth in front row sebab tak sempat nak beli seat dia waktu kitorg dah ter web check-in. So bila nak rescuduled tu dah cakap awal dkt staff AA kitorang nak seat same row. Alhamdulillah dapat!

Cerita nak check-in pun dah panjang kan. Hihi... Bila dapat taw yg our flight rescheduled tu terus inform org Sewa kereta sebab tak nak dorang menunggu lama dekat airport.

Before depart. Kids dah wangi2 mandi
Sampai KK around 12pm+ mcm tu lepas amik kereta Sewa kitorang direct ke Kundasang. From KK to Kundasang took us about 2 hours drive. Sepanjang perjalanan hujan renyai je cuaca sangat tak cantik. Siap kitorang lalu la kawasan berawan yg sejuk tu. Plan asal nak ke Rumah Terbalik Tamparuli tapi memandangkan cuaca tak berapa elok and kids tidur pulak dlm kereta so we decided to direct to Kundasang. Nak ikutkan kitorang pun terlepas Rumah Terbalik tu. Hehehe.

Otw ke Kundasang kitorang singgah di Kinabalu Park sebab kitorang nak naik ke Timpohon Gate. Dari entrance Kinabalu Park sampai ke check point Timpohon Gate tu pun agak jauh few KM and Jalan sangat lah kecik and berbukau. Kaki gunung lah katakan. Sampai nya di Timpohon Gate tu, cuaca macam baru lepas hujan. So kitorang berhenti kejap untuk take photos few shot. And before balik pun kitorang singgah dekat exit Kinabalu Park untuk bergambar.

After that kitorang teruskan perjalanan ke Kundasang utk check-in homestay dekat Kg Mesilau. Our homestay located dekat sangat dengan Dairy Farm. So before take that junction kitorang singgah beli KFC dekat pekan Kundasang tu. Ohh ya dekat situ pun ada Pasar tapi cuaca tak baik so tak banyak makanan jual. So jawapan dia dinner dengan KFC saja kami tapau bucket terus. Perjalanan dari pekan Kundasang ke Little Hut lebih kurang dlm 20min, ikutkan tak berapa jauh tapi disebabkan kawasan gunung mcm mendkai tu yg amik masa agak lama. Otw ke homestay tu kitorang dah nampak signboard Desa Dairy Farm. Memang excited je tak sabar nka pergi esok paginya. Sampai di Little Hut Homestay tu around 4pm cuaca pun baru lepas hujan and sangat sejuk. Homestay kitorang mcm Hut 2 storey just nice to stay for 2-4pax. Tp agak bahaya tangga dia utk kids sebab agak tinggi. Overall homestay just nice, ada terbaca review kalo cuaca baik bole la tengok bulan dan Bintang di langit, tapi kami hampa je sebab cuaca baru lepas hujan barangkali. Malam di Sabah agak awal pukul 6pm je dah gelap. We stayed in Incredible Hut, not kitchen provided. 



Awan kabus menutupi gunung ganang dekat belakang tu
So this is our Little Hut stay - Incredible Hut



Ada pulak pakcik berkebun depan homestay ni



Day 2 Check-Out Little Hut, Desa Dairy Farm, Ranau Rabbit Farm, Kundasang Mount Valley Recreation, Check-in Winner Hotel @ KK, Pasar Malam Filipino


Pagi-pagi kul 5 lebih dah bangun tengok cuaca nak cerah dah. Maklum lah malamnya tidur awal sangat sebab kepenatan. Kul 6 lebih tu cuaca dah cerah sangat tengok cuaca ok lagi, nampak je Gunung Kinabalu dari bilik..Lupa plak nak snap gamba waktu ni. Huhu. Kul 9 lebih kami check-out homestay and sempat la snap few pictures dekat area homestay tu. Sebab tempat dia cantik. So hakak bagi 4/5 star untuk Little Hut Kundasang ni. Tempat dia memang privacy gitu.






Perjalanan dari homestay ke Desa Dairy Farm ni tak lama dalam 10-15min macam tu sebab otw menuruni bukit, tapi kitorang dah terlajak jalan sampai ke roundabout Pekan Kundasang, so patah la balik mendaki nak ke Desa Dairy Farm tu. Sampai Farm tu pukul 10am mcm tu. Sampai je tengok cuaca dekat Gunung Kinabalu dah mendung dan tutup awan. So memang tak nampak sangat dah gunungnya. Kitorang cepat-cepat tangkap gamba takut hujan lepas tu. Then, kitorang ke ladang lembu untuk bagi lembu makan dan lepak di cafe untuk merasa Gelato Aiskrim dengan Susu Fresh Lembu Desa. Memang sedap!

Tapi agak kecewa sebab lembu tak keluar waktu ni, dorang ada dekat ladang belah belakang. So bila snap gamba tu memang tak nampak lembu. Tak tahu kenapa lembu tak dikeluarkan dekat bahagian depan.


Susah nak snap gamba dia sorang-sorang sebab dia suka bergerak

Cuaca belakang masih cerah tapi bukan menghadap Gunung KInabalu



Gunung Kinabalu dilitupi awan hujan. Lembu pun tak ada berkeliaran dekat belakang tu. Sad :(



Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Ranau untuk ke Ranau Rabbit Farm di Kg. Kigiok. Perjalanan dari Kundasang ke Ranau Rabbit Farm amik masa lebih kurang 40min. Sampai je dekat Ranau Rabbit Farm kitorang terus beli makanan rabbit. Mulanya beli sepeket RM1.00. Sekali tak cukup kitorang beli lagi 2 peket. Waktu ni Amani cranky baru bangun tidur and Luth pun kitorang biarkan tidur dalam kereta. While we arrived cuaca memang tak cantik nampak nak hujan je. Amani follow masuk rabbit farm tu, then dia jadi takut bila rabbit dekat dengan dia. So mama je la yg stay dkt dalam farm untuk bagi rabbit makan and snap some photos. Banyak gila rabbit, time ni banyak yg tidur, some je yang datang nak makan. Fluffy gila dorang nih. Kitorang tak amik masa yg lama dekat sini, less than 30min. Gerak je terus hujan renyai, then we were stopped at Pekan Ranau untuk singgah lunch.

I really like the view from here


Dia duduk je dekat luar farm ni sebab takut dengan rabbit dkt situ
Sesudahnya lunch, kitorang teruskan perjalanan untuk pulang ke KK, tapi otw ke KK tu kitorang singgah kat Kundasang Mount Valley Recreation & Resort. Dekat tempat ni ada macam2 kawasan activity mcm flying fox, archery etc. Waktu sampai sini hujan renyai je. Dekat sini kitorang singgah ke BE Wonderland, which is tempat ni ada macam2 section untuk ambil gamba. Waktu ni kitorang je yg ada taw. Huhu.

Ada few section dekat BE Wonderland ni antaranya:
1. Winter Section
2. Spring Section
3. Magic Mirror
4. Sabah Kampung House
5. Colorful Stair
6. Item Collector & Superheroes
7. Galaxy
8. Recycle Item
9. Gallery
10. Alat Music Sabah and Pakaian Traditional
11. Autumn Section


Winter section. Perangai anak daraku
Magic mirror




Lepas tour di BE Wonderland, kami terus menuju ke KK utk check-in hotel dekat Winner Hotel. Lebih kurang pukul 5pm mcm tu kami sampai di hotel. Waktu check-in we been informed yang kitchen dorang close for 2 weeks, so our breakfast tak ada lah kiranya. But they refund RM16 for 2 days. Ohh ya, we stayed 2 nights at this hotel. Masuk hotel je kami rehat2 bagi kids nap kejap mandi and kitorang keluar balik untuk hunting Seafood Dinner. Yuhuuuuu.

Hotel kitorang dekat je dengan Pasar Filipina tu, barisan hotel belakang je dari pasar tu, jalan kaki pun boleh actually, tp ikutkan ada kids so kitorang naik kereta juga. Nak cari parking tu punya la susah.

So, we all hunting for lobster, ketam and sotong plus sayur. All by KGs. Gila nampak fresh je seafood dorang ni. So balik hotel pukul 9pm mcm tu then kitorang terdampar kepenatan. Tak sabar for island hopping next day.




Masakan dia serious semua sedap.

Day 3 Island Hopping @ Pulau Sapi, Hunting Sourvenir, Tanjung Aru, Dinner @ Anjung Senja

A night before dah pesan dkt husband yg kita kena keluar pukul 7am for breakfast and go to Jeti Jesselton utk ke Pulau Sapi. Breakfast pun dekat kedai mamak belakang hotel kitorang je. Kul8 mcm tu kitorang gerak ke jeti yg 10min je dari Hotel. Sebelum beli tiket singgah la kedai2 tepi tu untuk beli phone casing waterproof tu, pelampung Amani dgn mainan dia utk bawak ke Pulau Sapi.

Then, masuk je dekat hall nak beli tiket tu banyak sangat kaunter dia. Pandai-pandai la korang pilih nak yg mana. Orang2 dia pandai tarik tourist lagi2 ramai tourist korea cakap korea kau orang local sini. Huhu. Mula-mula tak decide nak pergi mana either Pulau Manukan or pulau-pulau lain. Tp as advised by staff kaunter tu dia cakap Pulau Sapi cantik. Disebabkan I olls dah pernah pergi Manukan, so macam OK je lah yg dia suggest tu, sebab Manukan agak famous mesti ramai orang kan. Memang nak pegi 1 island je sebab tengok cuaca tak berapa baik.

Then part menunggu boat punya lah lama nak sejam rasanya. Then naik boat Luth baik diam je tidur. Haha. Tapi, sampai dekat Pulau tu sambung main dia. Sampai je dekat pulau kitorang rental tikar, snorkeling, dgn locker untuk isi beg duit etc. Sewa dekat pulau ni mahal, better la sewa dkt jeti lagi.









Kids dah letih mandi manda

Sampai je jeti kitorang terus drive utk lunch. Lunch pun area hotel jugak, then decide nak beli sourvenir dkt area situ. Btw, beli sourvenir macam brooch pearl tu dekat area kedai2 tu ada kedai borong. Which is murah sikit dari beli dekat Pasar Filipina. I just bought a few. Then kitorang balik hotel balik untuk rest. Then at 5pm kitorang keluar balik utk ke Tanjung Aru utk tengok Sunset. Ok, dekat Tanjung Aru ni memang ramai orang dengan tourist dia pun ramai. Amani excited nak mandi lagi but I told her tak boleh mandi and boleh cecah kaki main air je. So here you go. Luth pulak sleep dalam stroller. Pity my baby too tired agaknya.

After tengok sunset then we all cari tempat untuk dinner dekat Anjung Senja, banyak kedai makan seafood and selesa compared makan dekat pasar. Dekat sini makanan dia boleh timbang or ikut set. But today nak makan biasa je so kita amik set. Min makan 2-4pax. Memang kembung perut oii makan berdua je.

Tanjung Aru - Amani really enjoyed with the oceans
Ikan 3 rasa, Ketam Sambal, Udang Telur Masin, Sotong Goreng Tepung

Habis dinner je husband singgah beli kek dekat sebelah tu dgn Marriott Hotel ada secret recipe. Ohh, btw its my birthday. LOL!


Day 4 Check-out Winner Hotel, Pasar Filipina, Tanjung Aru, Depart to KUL

Kitorang check-out agak awal kul 10am mcm tu sebab nak singgah Pasar Filipina nak beli some more sourvenir. So ada la beli sikit and Amani pow guitar. Haaa...jawabnya dia pegang je guitar tu sepanjang masa, sebab dah tak muat nak sumbat dalam luggage. 

We took some photos behind pasar tu sebab facing laut kan. Sambil tengok orang fishing. Then, kitorang cari DBKK office sebab nak bayar saman parking. Btw, dekat sini memang senang kena saman parking kalo tak letak kupon parking atau timing salah. Kitorang sebab hotel overnight, pagi2 dah dapat saman and tak tahu berapa lama kupon tu valid.

And we stopped by at Tanjung Aru again to take some photos.

Amani dah mengantuk waktu ni sebab tu ada botol susu. Hehe
Finally we managed took picture only both of us

Kos Ke Sabah

Disclaimer: Ni bukan kos bajet rendah. Ni kos ikut citarasa travel kami.

AirAsia flight for 2 adults, 1 kid + 1 infant 
RM900++ include 2 meals and 1x 20kg baggage

Tiket Bus from Paradigm Mall to KLIA2
RM31 (2 adults + 1 kid)

Breakfast McD
RM32

Sewa kereta Proton Iriz from Zahra Rental & Car Service
RM355 for 4 days with 1 carseat

Minyak kereta 
RM80

Kinabalu Park entrance fee
RM10 for 2 adults

Little Hut Homestay Kundasang
RM200 per night

Dinner KFC
RM30

Desa Dairy Farm entrance fee
RM10 for 2 adults

F&B @ Dairy farm 
RM20

Ranau Rabbit Farm entrance fee
RM6 for 2 adults

Lunch at Pekat Ranau
RM24

BE Wonderland @ Kundasang Mount Valley Recreation & Resort
RM50 for 2 adults

Winner Hotel @ KK
RM178 for 2 nights (after deduct RM16 refund for no breakfast)

Dinner Seafood @ Pasar Filipina
RM92 for 2 adults

Breakfast at Mamak KK
RM9

Boat to Sapi Island
RM50 for adults
RM18 for 1 kid

Entrance Sapi Island
RM10 for 2 adults

Tikar, Goggle Snorkeling, Locker Rental
RM27

Dinner at Anjung Senja KK
RM77 for 2-4pax

Brunch McD ar KKIA
RM42 for 4 persons

Souvenir
RM150

Toys & Food Kids
RM100

Tiket Bus from KLIA2 to Paradigm Mall
RM31

TOTAL RM2,532 approx for 2 adults, 1 kid and 1 infant
Powered by Blogger.