Tips/Checklist Merancang Hari Jadi Anak

By Raihana - Rabu, Januari 27, 2016

Salam....

First entry yang penuh content untuk 2016. HAHA. Kemain busy hidup ni. Okay, straight to the point. Birthday Amani lagi 2 bulan. Kita ni kemain excited nak tunggu hari dia. Tengah pikir nak buat small gathering. Tapi ada masa ke tak tu? Hurmmm... okay, kita nak share sikit tips/checklist untuk parents dekat luar sana yang rancang nak celebrate birthday anak kesayangan. As a party planner, kita ni ada sikit pengalaman sepanjang uruskan customer yang baik-baik dan havoc ni. Nak buat majlis bukan merancang sebarangan saja ye.

1. Tarikh & Masa

Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.

2. Lokasi

Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa kanopi dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley. Sorry tak dapat provide URL. Please google k. If tak nak keluar bajet, please buat dekat rumah, lebih jimat kos & masa.

A. Ruang Shah Alam
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara

RUANG Shah Alam
Ehsan: Google
3. Tetamu
Okay, bab tetamu ni penting dalam menentukan berapa banyak korang kena prepare untuk itu ini. Haa, itu ini macam banyak sangat. Penting! Dalam persediaan makanan, doorgift dan kapasiti tempat majlis anda.

4. Bajet Majlis

Yang ni paling penting sebenarnya. HAHA! Korang nak buat majlis birthday anak grand-grand tapi bajet ciput tak guna juga kan? Bila dah tahu berapa banyak korang willing to spend, dari situ korang dah tahu berapa ramai tetamu jemputan korang, menu makanan, doorgift & kek. Dari bajet ni kita tahu apa yang kita mampu dapat. Bajet dalam RM500, tapi nak jemput tetamu macam kenduri kahwin. Salah sangat tu. But, please! Don't overspend ok.

5. Menu Makanan

Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 - 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah. Tak payah pikir sapa yang nak basuh pinggan cawan tu nanti.

6. Tema/Warna

Bab tema ni memang excited. Kekadang mak ayah yang terlebih excited pilih tema dari anak-anak. yelah, anak kecik lagi, kurang mengerti. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan. Suggestions tema masa sekarang.

For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
K. Safari Animals
L. Pilot
M. Sailor
N. Minion

For girl;
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales - Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
I. Tinkel Bell
J. Rainbow
K. Princess Crown
L. Maria & The Bear

Dalam bab tema ni lagi-lagi yang melibatkan warna, customer haruslah consistent dalam pemilihan. Sepanjang jadi party planner ni, customer kadang-kadang tak consistent dalam pemilihan tema. Kanopi warna lain, deco warna lain, doorgift warna lain. Aiyoyo, kita tengok pun naik pening! Penggunaan banyak warna akan menampakkan majlis tu seperti kelam kabut. Seelok-eloknya, penggunaan 2-3 warna dah memadai.

7. Kad Jemputan

Sekarang ni zaman teknologi yang lebih jimatkan, apa kata korang buat je sendiri kad jemputan tu. Guna segala software yang ada dalam laptop korang tu untuk create kad jemputan cantik-cantik. Yang penting, sendiri akan rasa puas hati. Kalau tak reti, pergi Mr. Youtube tu senang. Dah siap boleh whatsapp or email dekat keluarga and kawan-kawan korang tu. Tak perlu nak tempah bagai. Kalau nak sangat jemput guna kad, apa kata korang print je sendiri. Ingat, ikut tema yang ada, kandungan dalam kad jemputan tu perlu ada nama birthday boy/girl, nama korang, tarikh & masa majlis dan juga tempat. Kalau boleh, point yang penting tu harus lah jelas dan senang dibaca.

Ballerina's Invitation Card
Ehsan: Google

8. Kek

Kek ni sebenarnya wajib ada untuk majlis korang. Kek pun ada range bajet dia. Homemade cake price around RM100 and above. Yang ni ikut jenis kek apa yang korang nak. Buttercream ke fondant ke macam-macam ada dah sekarang ni. Kek yang cantik adalah kek fondant tapi kek ni sememangnya lah mahal. Paling murah boleh dapat RM180, ikut design macam mana yang korang mahukan. Buttercream ikutkan murah sikit je dari fondant ni tapi masih affordable untuk parents yang teringin kek cantik tapi kurang bajet. Korang juga kena pandai cari bakers yang pandai dalam baking ni. Ada baker yang buat kek buttercream, tapi hiasan menggunakan fondant & figurine. Tapi masih cantik!

Fondant Cake
Ehsan: Google

9. Dessert/Candy Buffet

Candy Buffet ni dah kira macam kewajipan untuk dalam setiap majlis, tak kisah la untuk birtday party, wedding, pertunangan or majlis aqiqah. Jika nak diikutkan, candy buffet ni kita boleh DIY je, lebih jimat kos. Makanan untuk candy buffet ni kita boleh anggarkan 40-50% daripada jumlah tetamu yang bakal hadir. Kadang-kadang, tetamu bukan di kalangan budak-budak saja. Orang dewasa kurang gemar candy ni. Guna pinggan mangkuk korang yang cantik-cantik tu untuk letak atas table then hias. Pemilihan tema haruslah bertepatan untuk kita hias di meja candy ni. Jangan pulak pilih tema Princess, tapi deco di candy buffet jadi Rainbow. Sangat tak kena.

Princess Candy Buffet
Ehsan: Google


10. Dekorasi


Dekorasi ni pun part of candy buffet. Kalau terasa nak lawa kan sangat majlis tu, hias dengan helium balloon, balloon arch, banner etc. Ini untuk kepuasan korang saja. Beli dan buat sendiri pun boleh. Bila beli sendiri ni kita boleh control bajet.

Ni contoh ye. Jangan terpengaruh pulak. hehe
Ehsan: Google

11. Doorgift

Doorgift ni bab yang parents kena kreatif dan rajin sekali. Untuk doorgift yang bajet eloknya DIY saja la. Bila dah ada tema tu, senang untuk kita buat doorgift refer tema yang kita dah pilih. Dalam pemilihan doorgift untuk birthday party, ada pelbagai bentuk kita boleh sediakan untuk tetamu. Contohnya goodies bag berisi snacks & party stuff, yasin, botol jar. Korang juga boleh asingkan doorgift untuk kanak-kanak and dewasa. Yelah, takkan parents kita nak bagi party stuff pulak kan.
Party pack yang bajet. Boleh DIY sendiri.
Ehsan: Google

12. Aktiviti/Entertainment

Buat parents yang nak celebrate anak yang berumur 5 tahun ke atas tu, boleh la sediakan games yang fun untuk kawan-kawannya juga. Macam-macam game kalau nak diikutkan kita boleh buat and simple. Contohnya, music chair, kotak beracun, sand painting, face painting. Teringat pulak celebrate birthday time kecik dulu. HAHA. Korang juga boleh invite magician or clown untuk ceriakan tetamu korang. Ingat, semuanya terpulang pada bajet. Tak perlu nak spend terlalu banyak untuk aktiviti ni ok.


13. Aturcara Majlis

Program majlis ni penting untuk korang bahagikan masa korang untuk jemput tetamu yang hadir. Kalau korang ada buat aktiviti waktu birthday nanti, penting untuk korang tentukan pukul berapa majlis bermula, cutting cake & games. Digalakkan masa makan tak ambil masa yang lama. Sambil makan sambil bermain pun takpe. Yang mak-mak bapak tu silalah berborak. Biar anak-anak bermain pun takpe. Yang penting dalam pengawasan orang tua.

14. Photographer

Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis birthday anak korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographeruntuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada. Confirm!


Do & Don't in Planning Birthday Party

1. Jangan last minute plan nak buat majlis, sebabnya korang akan lebih overspend waktu ni. Korang cari barang yang lebih dekat tapi mahal sebenarnya. Seeloknya research cari dekat mana boleh dapat barang-barang yang murah

2. Consistent dalam pemilihan tema. Jangan caca marba punya warna ok. Kita ni kekadang kesian dengan customer. Bila request warna lain. Sampai event day warna lain temanya. Kanopi color lain, doorgift lain, kek lain. Hmmmm....

3. Limitkan tetamu jemputan. Dah cakap tadi, jangan jemput tetamu macam buat kenduri kahwin pulak ye. Larat ke korang nak melayan?

4. DIY. Buat semuanya sendiri. Lebih jimat dan puas hati. Setakat jemputan 100pax tu In Shaa Allah boleh buat sendiri kan?

5. Pilih tarikh yang bersesuaian. Contohnya, jangan buat waktu season orang balik kampung or musim hujan atau berjerebu. Waktu-waktu begini tetamu agak tak gemar untuk keluar and they prefer to stay at home. Ada pengalaman, customer buat waktu jerebu, tak ramai tetamu datang.



p/s: Kalau korang ada rezeki lebih boleh jemput adik-adik tahfiz buat bacaan doa selamat, ataupun raikan bersama di rumah anak-anak yatim. Sekali sekala berkongsi rezeki dengan anak-anak ini apa salahnya kan. In Shaa Allah, rezeki kita pun murah nanti :)

Untuk korang yang mencari candy buffet, boleh contact whatsapp kita 017-646 3016 or visit IG @sugarcraftmy


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. ehehe untung anak2 zaman skrang.. cenggini detail haa parents merancang..
    weols dlu mak gorengkan bihun ja =P

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum w.b.t
    Tumpang lalu ye tuan/puan.

    Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
    - Sambutan Hari Raya Aidilfitri
    - Hari Graduasi
    - Anniversary
    - Majlis Perasmian
    - Majlis Persaraan

    Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
    - Belon Helium
    - Sand Art
    - Party Items
    - Inflatable
    - Clown Service

    GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.

    Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
    Sila hubungi outlet GPH atau walk in.

    GLOWING PARTY HOUSE

    Bangi Sentral Outlet
    6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
    Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
    ☎ 0389122915
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    Reko Sentral Outlet
    17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
    Same row with Econsave Jalan Reko.
    ☎ 0387414445
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    The Main Place Mall Outlet
    2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
    ☎ 0380207681
    ⏰ Daily from 10am-10pm.

    Wholesale Warehouse Glowtex
    38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
    ☎ 0387256165

    untuk sebarang sample, boleh layari
    FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/

    website :
    https://www.glowtexballoon.com/
    http://www.glowingpartyhouse.com/


    #GlowingParty™
    #Glowtex™
    #PartyBorongSakan

    BalasPadam