Part Time Study: Komitmen Sebagai Wanita Bekerjaya & Keluarga - She is No Longer Cik Laa

Thursday, May 26, 2016

Part Time Study: Komitmen Sebagai Wanita Bekerjaya & Keluarga

Assalamualaikum...

Tiba-tiba hati terdetik nak rewind balik cerita belajar Degree. Maklum lah, baru habis belajar kan setelah bertungkus lumus selama 3-4 tahun. Huhu.

Nak dijadikan cerita, kita mula start apply untuk sambung belajar degree as part time student ni selepas 2 bulan habis sahaja pembelajaran Diploma. Kiranya waktu tu, last kelas Diploma habis dalam bulan 10 tahun 2010. Kita dah start register untuk sambung degree waktu Januari 2011. Kenapa sambung Degree part time? Kenapa tak full time je?

Setengah orang ada pendapat yang berbeza, betul tak? Even kita sendiri pun ada pendapat berbeza, yang kita rasakan bagus untuk diri sendiri, tapi tak bagus untuk orang lain.


1. Pemilihan Universiti & Lokasi

Kita pilih Open Universiti Malaysia sebagai tempat untuk sambung belajar, dalam kursus, Bachelor Degree in Business Administration (in Marketing). Lepas habis Diploma dulu, memang sebenarnya tak ada niat nak sambung Degree untuk fulltime. Sebab pikir, tak nak susahkan family, tanggung kita belajar lagi. Sambung IPTA pun bukan senang, nak tunggu pun agak lama. Disebabkan nak jimatkan masa belajar, kita terus apply dekat OUM PJ (waktu ni baru open). Cost belajar selama 4 tahun waktu tu adalah RM18,000++ . Sekarang mungkin dah naik harga. OUM ni memang khusus untuk student yang belajar part time, di mana kelas hujung minggu sahaja.

2. Waktu Pembelajaran & Exam

Bila dah kerja ni pun tahu-tahu je la kan, masa untuk ke kelas memang limited, so kebanyakan kelas OUM adalah waktu hujung minggu. Dalam 1 semester kita akan ditawarkan sebanyak 3 subjek sahaja, and kita diberi pilihan untuk menentukan kelas dan subjek yang kita nak amik. Contohnya, kalau rasa sanggup nak amik kelas seharian boleh pilih Sabtu or Ahad, or kita boleh pilih untuk splitkan jadual tu. Waktu awal-awal dulu kita rajin amik kelas seharian. So, lagi sehari tu boleh rileks dan tak commit dengan kelas. Tapi dah masuk sem 3 tu, terasa penat sangat amik kelas seharian, then kita decided untuk split kelas 2 hari, dengan amik kelas pagi. And, dalam satu semester tu akan ada 4 minggu kelas.

Waktu exam pulak, memang dah ditentukan oleh pihak fakulti, so kita tak boleh suka-suka nak decide bila kita nak jawab exam tu.

3. Skop Pembelajaran & Tugasan

Kelas OUM ni senang je. Kau nak datang or tak tu terpulang. Tak ada bantahan, tolak carry mark etc. Sebab berbayarkan. Tapi, kekadang tu kesian, kelas student sememangnya tak ramai, bila student tak datang memang kosong kelas. Mostly lecturer/tutor yang ajar berpengalaman and dorang pun sebenarnya lecturer dari Universiti lain juga. Even, some of them are professors. Tutor sangat membantu, lagi-lagi dalam tips jawab assignment and final exam. So, awal-awal kelas memang akan rajin pergi sebab tutor akan discuss pasal assignment. Hehe.

30% Mark adalah dari assignment, dan 70% from final exam. Biasanya kita skor assignment je. Confirm A, tapi bila dekat final exam mesti hancusss. Huhu.

4. Online Portal

Sistem MyVLE OUM sangat membantu sebenarnya. Dekat situ pihak fakulti akan announce apa-apa benda berkaitan. Contohnya pemilihan kelas, jadual exam, pembatalan kelas. Ada juga Forum di antara student & e-tutor di mana student diberi hak untuk bertanyakan soalan assignment dan tips menjawab final exam.

Cabaran

1. Awal-awal bila belajar, kerja tak terikat hujung minggu. Tapi letih tu tetap letih, sebabnya, bila balik kerja, kita nak kena menghadap assignment. Biasa tempoh assignment ni dalam masa 4-5 minggu je. Susah sebenarnya nak fokus. Lagi-lagi bila buat kerja sorang-sorang ni. Dulu waktu belajar Diploma, ada kawan sebelah-sebelah, semangat tu lain macam. Kawan buat, kita pun semangat je buat.

2. Bila dah mula kerja lain, yang memerlukan komitmen hujung minggu memang susah. Waktu ni kita kerja event. Memang mencabar, kerja hari-hari balik malam, hujung minggu ada event. Bila dah tiba deadline assignment dengan final exam mula la menggelupur nak buat. Badan letih yang amat, memang susah nak focus.

3. Duit gaji spend untuk bayar yuran. Setiap kali nak masuk sem je, mesti pening nak bayar yuran. Huhu. Sebab tunggu turn PTPTN yang agak lambat, terpaksa dahulukan duit gaji dulu. Dari awal sem sebenarnya dahulukan duit gaji bayar yuran.

4. Masa social kawan-kawan terbatas. Yang ni rasanya memang norma kot. Bila dah mula kerja, masing-masing dah ada hal sendiri, so kawan kita among officematet sahaja. Kawan OUM??? Hmmm...mostly ada yang ok, mungkin kita ni memilih kawan kot. Sebab ratanya student dekat situ umur antara 30-40 tahun. Susah nak cari yang muda macam kita. Hikhik.

5. Bila dah kahwin ni, cabaran dia pun sama je. Tapi alhamdulillah, bila dah tukar kerja yang tak perlu commit weekend and overtime, badan tak terasa penat. Masa boleh tumpu sepenuhnya untuk attend class, and assignment. Nak throwback balik, teringat waktu jawab final exam untuk semester terakhir, kita bawa Amani dalam perut jawab exam. Huhu. Waktu tu tengah 5 months pregnancy, and fasting month. Perghhh, memang mencabar.


Secara purata, kita mengambil masa 4 tahun untuk habis belajar juga. Ikutkan dalam 3 tahun setengah je, tapi disebabkan kita ada skip 1 paper final exam waktu tu, so kena reattend exam untuk semester yang seterusnya. Kalau skip tak boleh jawab dalam semester tu juga, kena tunggu for next semester. Disebabkan tak dapat elak hal kerja (waktu tu ade business trip to India), so nak tak nak terpaksa lah skip.

Alhamdulillah, a year after, fakulti announce kita tersenarai dalam list graduation. Walaupun result so-so je, I'm still proud I could finish my study. That time, I'm so yippyyy! Waktu graduation day, dah ada anak seketul. Hehe.

Photo during convocation >> Click Here.

7 comments:

  1. wah, tahniah..sy pon ada terfikir jgk nk sambung study..asyik tangguh2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, kalo ade rezeki boleh je sambung kan. dugaan mmg kuat even dah ade komitmen kerja and anak. tp kalo kita dah tanamkan niat tu in shaa Allah dipermudahkan :)

      Delete
  2. Sis amik course apa ?? Cgpa bpe ye..hehee

    ReplyDelete
  3. Sis amik course apa ?? Cgpa bpe ye..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amik business admin (major marketing). cgpa cukup makan je la untuk grad :)

      Delete
  4. sis, kalau belajar dekat oum nak kena beli buku jugak ke? dengar orang cakap kena beli buku beratus2 jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku tu dia dah include skali dlm yuran every sem. saya tak pasti kalo harga buku2 tu berapa, sbb dlm resit dia conclude sume skali. in case awk tak nak beli sy tak pasti dorang akn deduct dr yuran ke tak.

      Delete

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.