iKnow: Macam mana hidup manusia berputar

By Raihana - Jumaat, November 25, 2011

Manusia ni pun ada kitaran hidup jugak ke?
Dah mcm recycle bahan terbuang pulak kan?
Tapi apa nak terkejut,
Setiap yg jadi kat dunia ni mesti ada perjalanan sesuatu proses kan?
Sama juga la dgn hidup manusia.
Ada waktunya manusia rasa putus asa dgn setiap ujian yg diberikan tu.

Tapi hakikatnya, kalau kita betul2 memahami atur cara hidup manusia,
Takda masalah rasanya untuk kita facing bermacam dugaan kan?

What and why people should know?
Manusia ada 8 kitaran hidup. Tahu tak apa?


Peringkat Pertama

Bayi - Percaya vs. Keraguan



Bayi sgt memerlukan keperluan2 asas dipenuhi serta kasih sayang, rangsangan, sentuhan & dakapan. Takda semua ni bayi2 yg kecik tu pun boleh ada perasaan ragu2 dan tak percaya kpd org dewasa. Baby, baby, baby ouhhhhh!!!



Peringkat Kedua
Kanak-kanak bertatih - Autonomi vs. Malu & was-was


Kanak-kanak umur 1-3 thn waktu peringkat ni dah mula utk belajar berjalan dan bercakap. Pencapaian yg positif dpt meningkatkan keyakinan kanak2 di tahap ini utk mengawal keadaan sekeliling. Kanak2 waktu ni dah mula nak bertindak agresif dgn dunia. So berhati2 la para ibubapa.



Peringkat Ketiga
Kanak-kanak peringkat awal - Inisiatif & Rasa bersalah


Kanak-kanak berumur 3-6 thn peringkat ini sudah mula dpt keyakinan diri. Maka dgn itu, kanak-kanak byk meneroka apa yg berlaku di sekeliling mereka. Sokongan keluarga byk membantu kanak-kanak berkembang dgn sempurna. Kalau byk halangan yg melampau wujud, kanak-kanak akan membesar dgn keadaan serba salah. dan waktu ni juga la org dewasa harus memainkan peranan dr segi percakapan dan perbuatan di hadapan kanak-kanak.



Peringkat Keempa
t
Kanak-kanak sekolah - Industri vs. Rendah diri


Peringkat di mana kanak-kanak berusia 6-11 thn dan meneroka alam persekolahan. Banyak yg dipelajari dan mereka banyak mempelajari makna & menjadi lebih kreatif.
Sokongan positif dari keluarga juga penting sbb dpt menggalakkan pencapaian mereka ni. Kanak-kanak ni akan rasa rendah diri jika diperkecilkan bakat mereka.



Peringkat Kelima
Remaja - Identiti vs. Kekeliruan peranan



Di sini waktu peringkat baligh remaja berumur 12-18 thn dan dorang ni mengalami fasa pertumbuhan yg sgt drastik. Peringkat mcm ni la peranan remaja mula berubah sbb nak menyesuaikan keadaan diri. Tanpa sokongan dari keluarga, remaja akan hilang dlm mencari identiti mereka dan mungkin hanyut dalam dunia mereka tanpa bimbingan yg positif.



Peringkat Keenam

Awal dewasa - Keintiman vs. Pengasingan

Peringkat ni remaja akan ada tindakan utk meninggalkan rumah dan mula utk bina hubungan mesra dgn orang lain mcm bercouple ke, kahwin dll. Dorang yg gagal utk mendapatkan kehidupan spt ini akan mula merasa fasa hidup yg terasing di dunia.



Peringkat Ketujuh
Dewasa - Generaviti vs. Penyerapan kendiri



Dorang di peringkat ini akan melahirkan, mendidik, membesarkan anak-anak, produktif dan kreatif utk membentuk keluarga sendiri dan hubungan kekeluargaan. Pemangkin mereka ni terutamanya kerjaya yg banyak membantu dalam pembentukan diri. Dorang yg gagal boleh menjadi individu yg pentingkan diri dan ada sikap negatif terhadap orang lain. Boleh tonton drama kalau nak tahu contohnya.




Peringkat Kelapan
Integriti vs. Putus asa


Paham dulu maksud integriti sbb perkataan tu sendiri dan menunjukkan aspek kejujuran, keikhlasan seseorang menjalani kehidupan. Erk? ada orang tak ikhlas ke? Dorang ni seharusnya matang dah dlm hidup sbb dah capai ketujuh2 fasa sebelumnya. Maksudnya dah kenal erti hidup dan dunia la kan. Kalau ada yg tak gembira dgn hidup dorang ni beerti dorang akan merasa diri dorang tercabar.



Di mana fasa kita agaknya?



p/s; Gamba konvo da dpt :)


Regards,


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan