Assalamualaikum...
39 Weeks!
Hati ni rasa berdebar sangat. Semalam checkup untuk minggu ke 38, dan hari ni dah masuk minggu ke 39 pun! Lagi seminggu je untuk menyambut kelahiran si dia, or anytime from now I akan bersalin.
Hati ni cuak, sedih, gembira bila tunggu masa tu. Semalam sewaktu checkup, doc beritahu berita yang akan mengejutkan kami husband & wife, yang berat #babyMA dah capai 3.9kg! Kami sangat-sangat terkejut dengan kenaikan mendadak ini, sebabnya last kami checkup berat baby lebih kurang 3kg macam tu.
Check pelbagai faktor dari diri sendiri, tak ada kencing manis, dari segi keturunan pun tidak, mungkin dari segi kenaikan badan juga. Tapi nak ikutkan dalam minggu sebelum tu cara pemakanan masih seperti biasa, tak ada lah makan terlampau banyak dan memang dah kurang untuk makan dan minum manis.
Dekat mana boleh check all details ni? Boleh google mesti ada keluar punya. Untuk pengesahan boleh check direct dengan page KKM dekat sini.
Walhal, doc yang check pun cakap dia scan tengok #babyMA ni macam 'semangat'! Kita tak kisah dia nak semangat pun. Hehe. Doc cakap dia pun tak nak terlalu refer machine scan dia and dia pun anggarkan berat #babyMA dalam 3.5kg. Tapi, doc still sarankan untuk next checkup untuk buat details scan sonografi (mungkin lah) dengan technician nya untuk check exact ukuran dan berat baby. But, if baby memang berat 3.9kg and above, doc suggest untuk buat c-sec, which I'm not prefer to. Kalau boleh nak la deliver as normal, lagi-lagi first baby ni. Tapi, apa-apa pun ketentuan Allah. Semoga semuanya selamat. Doakan kami ye :)
Amin.
1 ulasan
wooot wooot.. kami pun cem sama sama nevous ni.. nanti jangan lupa update oookay =)
BalasPadammoga selamat semuanya..