Assalamualaikum....
Serabut juga nak pikirkan keperluan untuk majlis aqiqah ni. Maklum lah first time untuk anak sendiri, padahal macam tak pernah buat untuk anak-anak buah yang lain waktu dulu-dulu. Bila nak buat untuk anak sendiri tu mesti lah nak yang terbaik. Macam tak kisah nak berhabis duit untuk dia kan. Tapi, kita kena berpada la, mana yang rasa mampu tu kita buat la kan. Okay, now for my own good and my own record untuk masa depan, bawah ni few list untuk buat majlis aqiqah
Checklist Majlis Aqiqah
1. Tarikh & Masa
Tarikh dan masa ni penting nak buat dan cari masa kelapangan untuk diri sendiri dan family yang nak buat. Macam kitorang nak buat sekali dengan anak abang, so kitorang consider tarikh dia free dan juga orang lain. So, we all decided nak buat on 18th April 2015, hari Sabtu from morning. During that time I masih berpantang In sha Allah semoga sihat waktu tu.
2. Lokasi Majlis
Lokasi majlis ni terpulang kepada tuan rumah juga nak adakan majlis di mana. Sekarang ni macam-macam option ada. Orang buat majlis aqiqah sekarang ni dah macam kenduri kahwin kadang-kadang. Ada yang buat dekat rumah, rumah saudara, rumah menyewa, dewan ataupun hotel. Tapi, itu berbalik kemampuan sendiri la kan. Since I'm staying with my parents, so kitorang buat dekat rumah mak abah aja la. Senang juga sebab saudara dah tahu.
3. Senarai Jemputan
Senarai jemputan ni penting untuk kita mengagak berapa orang yang akan datang. Sebabnya senang kita nak sediakan benda-benda lain contohnya makanan, goodies etc. So, kena tahu sapa korang nak jemput contohnya saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga etc.
4. Kad Jemputan
Yang ini tak menjadi satu kewajipan pun nak buat kad jemputan sampai bertempah bagai. Paling saving korang personally inform dekat jemputan korang. Contact aja kan senang. Lagi-lagi sekarang zaman dah canggih boleh invite dekat whataspp or other medium. Like I olls pun inform macam tu je senang. And buat e-invitation. Belambak template dekat internet korang boleh cilok and edit. Pastu send dekat jemputan kita. Kan senang dan jimat!
5. Menu Makanan & Kambing Aqiqah
Bila bab makanan ni terpulang kepada tuan rumah nak serve makanan ikut theme ke apa. Kalau nak hidang nasi berlauk ke, arabian ke, mamaks ke tu terpulang kepada tuan rumah. Ohh, yang penting kambing aqiqah tu kena ada. Dah kata majlis aqiqah wajib ada kambingnya. Macam anak I perempuan so kitorang serve 1 kambing and abang also 1 kambing. Sama ada kambing tu korang nak buat masak golek ke, berlauk ke itu semua terpulang. Makanan nak masak sendiri, order ataupun catering itu semua terpulang. So far, our family decided nak buat catering and now still dealing with them. Nanti dah confirm I will update my next entry siapa kah caterer nya.
6. Marhaban
Pasal orang marhaban ni I tak berapa sure. Waktu majlis aqiqah anak-anak buah dulu memang family kitorang akan panggil orang marhaban untuk menyempurnakan majlis cukur jambul.
7. Goodies bag
Goodies bag ni yang kita bagi dekat tetamu. Sama juga macam goodies bag waktu kenduri kahwin. We all still in progress preparing goodies bag. I requested my mom untuk something simple for goodies bag. Tak nak bagi benda mahal-mahal cause nak berjimat, tapi cukup la kita ada something nak bagi untuk tetamu yang datang. Normally untuk kenduri aqiqah/cukur jambul ni orang bagi yasin, tasbih or makanan. Mine will be revealed after kendurinya nanti.
Nak tengok antara contohnya? Bole contact REEM DOORGIFT dkt IG (@reemdoorgift) atau FB (Reem Doorgift). Dorang banyak sediakan doorgift utk pelbagai majlis. Antaranya mini tasbih ni la. Mini tasbih ni memang sesuai kalo nak hadiahkan pada tetamu nanti.
Credit to REEM DOORGIFT |
Photographer pun tak menjadi kewajipan dalam nak adakan kenduri ni. Kalau ada camera sendiri boleh je guna untuk snap moment waktu majlis. Hire je sapa-sapa antara family korang untuk tangkap gamba waktu majlis. Then you alls edit la sendiri kan. Nak hire photographer bertauliah pun dah cost RM400 above. Banyak kali pikir taw.
9. Mini Pelamin Buaian Berendoi
Yang ini pulak ikut bajet masing-masing. Sebab pakej buaian berendoi ni orang dulu-dulu tak guna mana pun. Orang dulu guna buaian enjut saja then hias bunga-bunga. But now dah jadi trend akan ada buaian berendoi. Kena pandai cari untuk dapatkan pakej bajet yang korang inginkan. Nak lagi lawo lagi mahal la. Ye dak? Yang ni kita memang teringin anak kita untuk ada mini pelamin buaian berendoi. Tapi, pakej murah-murah je. Asalkan ada.
10. Candy Buffet Table
Candy buffet ni sekadar hidang tetamu dengan sweets. But mostly ini serve untuk kids la, tapi ada la parents kids yang akan amik. Actually, if ada yang creative and rajin nak DIY candy buffet pun boleh untuk jimat. Beli je sweets banyak-banyak dekat kedai borong and serve dekat one table just for candy corner.
11. Photobooth
Okay, photobooth ni rasanya tak diperlukan sangat dalam preparation buat majlis aqiqah, tapi if ada parents yang intend nak buat juga boleh je buat untuk meriahkan tempat majlis korang dengan photbooth yang comel-comel. But honestly speaking photbooth doesn't across in my mind during this preparation. Nak sewa photobooth pun dah cost around RM200 paling murah.
12. Baby Outfit
Yang ni dah jadi kemestian untuk ada. Mesti la sebab kita nak raikan si dia kan. Asalkan baju cantik pun cukup lah ye. Tak sabar nak pakaikan si manis dengan headband.
13. Parents Outfit
Kalau boleh nak la nampak sedondon dengan hubby kan. Perlu ke beli baru? Pakai je apa yang ada dalam almari. Yang penting ikut tema kan.
That's my own checklist for now. In sha Allah nanti dah selesai majlis I will write review for all vendors and parties involved.
3 ulasan
terima kasih maklumatnya sangat berguna
BalasPadamJom Vote blog acik bagi msmw
woaaah.. gitu sekali hihi.. tah la dedulu macam mana urusan mak ayah buat pun tatau..
BalasPadamnice sharing sis :)
BalasPadam