Mini Family Day @ Primaland Resort, Port Dickson

By Raihana - Selasa, Februari 17, 2015

Assalamualaikum...

Straight to the point dengan tajuk entry yang sangat telus, 31hb January tahun baru kami sekeluarga, mini family day Torman ke PD untuk meluangkan masa bersama-sama. Ecehhh. Nak ikutkan minggu tu minggu yang agak best, sebabnya hari isnin adalah cuti wilayah (even I wasn't entitled for that PH) and selasanya adalah cuti Wesak Day. Plan bercuti pun macam last minute from my sis yang ajak 3 weeks before that. Check date dengan semua family members, semuanya free la juga that time.

And, research hotel nak stay pulak. Punya lah check all apartments dekat area PD tu, and last we decided to stay at Primaland Resort, Batu 13. Nak ikutkan my sis yang book room dia dulu, baru dia inform. Then I booked on behalf untuk abang and parents, we took apartment with 2 rooms.

Bertolak dari rumah pun dalam tengah hari, cause pagi tu I had checkup again. Seperti yang difikirkan, disebabkan minggu cuti dan hari sabtu, perjalanan mengambil masa sebab sesak di PLUS highway around Nilai till Seremban. Nak ikutkan tak kisah sangat sebab check-in hotel pukul 3pm, and we reach pun around 3.30pm like that. Abang reached earlier and dia sempat jalan-jalan dulu while waiting us.

But, when we all reached there, sangat disappointed dengan service check-in dorang, beratur panjang sampai ke luar pintu! Sabo je la...me and my sis queued up and sejam lebih kot kitorang baru settle check-in! Mahu tak hangin nya. Counter yang non consistent, my sis sepanjang masa dah buat muka ketat 44 dia tu. Tapi, nasib dorang ikut request kitorang nak bilik sebelah menyebelah, senang kan?

Petang tu kami semua pergi mandi-manda di pantai, excludes me, I just walk around the beach. Primaland tu quite far from the beach and other area. So memang nak kena drive.

Hi Aqil!



Kids enjoy swimming

Okay, then malamnya kitorang pergi makan dekat satu tempat dia, Cowboy Place PD. At first we were expected itu tempat makan western, tapi meleset sama sekali bila kedai makan tu just serve Nasi Kukus Ayam Panggang sahaja! Nak ikut taste I memang kurang la sebab I kurang makan berpanggang. Tapi, kita makan saja lah.

Then, esoknya aktiviti yang ditunggu-tunggu! Mandi dekat theme park! Yeayyy!!!

Budak-budak dah tak sabar nak pergi mandi, tapi kitorang suruh bersabar. Dalam pukul 9 am macam tu kitorang pergi masuk ke theme park. Nak masuk pun kena bayar. Adult price RM25 and kids RM15. Kita yang tak mandi rendam kaki pun kena bayar RM25 taw! Kempunan je lah tengok dorang ni mandi mandi. Jeles mata ni tengok.

Hati tengah menahan je waktu ni



Ada budak besar tersesat dalam pool kanak-kanak

Mak buyung pun ada hati nak bergambar


Bro in law termenung jauh

Kitorang lepak situ dalam sejam lebih je, kul 10.30 macam tu dah naik. I cakap dengan husband nak naik dah sebab kepanasan. Husband pun ok je, then anak-anak yang lain masih bermandi manda bersama kakak. Biar kakak layan dorang kejap. Hewww!

Dah naik bilik tu apa lagi, cepat-cepat kitorang siap mandi semua bagai. Lebih kurang pukul 12.30pm macam tu kitorang pun checkout and having lunch dekat area (aku dah lupa namanya), tapi best la makan asam pedas semua tu. Meja bersambung 4 penuh dengan makanan je T_T

Lepas lunch tu, abah decide nak pergi lawat saudara dia dekat (aku lupa lagi namanya), which kena patah balik ke arah Resort tu. Ada lah hal orang-orang tua yang anak-anak boleh pasang telinga tanpa bicara apa-apa. Yang penting saudara tu sediakan makan lagi. Buncit lagi perut I. ZzzzZzzz~

Lebih kurang pukul 4pm macam tu kitorang dah gerak balik ke rumah. Maka, tamatlah percutian singkat keluarga Torman.

Sekian.

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

  1. CT rasa lagi teruja nak masuk swimming pool daripada terjun laut ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan....sejuk je kalau dapat rendam dlm pool tu. hehe

      Padam
  2. PROMOSI HEBAT !!!!!
    Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
    Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
    Syarat :
    1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).

    2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.

    3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.

    4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.

    5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).

    ☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆

    JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

    SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

    BalasPadam