Kasih sayang diberikan sejak azali dibutakan.

By Raihana - Rabu, Januari 14, 2015

Assalamualaikum...

Sayu je tajuk entri ni. Tapi sayu lagi hati yang membaca berita ni. Harini scroll FB (aktiviti free ketika bekerja), nampak satu posting macam bawah ni. Cuba anda baca dan nilaikan.






Tak banyak yang dapat diungkapkan bila baca posting ni. Perasaan mampu berkata sedih, air mata pun mengalir. Betapa susahnya pakcik ni nak harungi perjalanan hidupnya dengan kurang upaya, fizikal yang menjangkau usia. Jika betul apa yang dikatakan dalam post tu, dihantar anaknya ke situ untuk mencari rezeki, tak bolehkah sebagai anak kita menjaganya sebagaimana mereka menjaga dan membesarkan kita. Kalau anak yang dah bekeluarga pikir betapa susahnya mereka nak jalani hidup keluarga mereka, pikir lah macam mana kesusahan ibu bapa kita juga dulu menjaga dan membesarkan bersama anak-anak yang lain. Ayah yang sorang tak kan tak mampu untuk beri makan minum, kasih sayang. Kenapa dibiarkan mereka yang telah berusia merayau untuk mencari rezeki lagi? 

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. T.T aaaa xleh la bace entry macam ni..
    tapi tertanya kepada diri sendiri ni ha.. setakat ini apakah bakti yang dah kita lakukan..? okay nak nangis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...yg paling penting cuba jangan sakitkan hati orang tua. tgk kes mcm ni sedih sangat T_T

      Padam