Pengalaman Bersalin di PPUM

By Raihana - Sabtu, Disember 30, 2017

Menghitung hari....untuk berhabis pantang. Yuhuuu!


Alhamdulillah bersalin kali kedua selamat pada 23 November dekat PPUM.


Okay, nak cerita sikit pengalaman bersalin kali ni yang penuh pancaroba berbanding bersalin yang pertama dulu dekat UMRA Shah Alam.


Bila tahu pregnant kali kedua ni as usual buat routine check-up at UMRA. Tapi sampai one time bila consult dengan doc, doc cakap this time kena bersalin secara czer jugak sebab anak first dulu pun czer, so second pun czer sebab hospital procedure memang mcm tu. Dua kali pergi jumpa doc yang berbeza dorang cakap benda yang sama. Tapi, kalau boleh nak cuba untuk bersalin normal untuk kali kedua. Memang teringin nak bersalin normal. Then, discuss punya discuss dengan husband kitorang decide untuk pergi PPUM, sebab mostly swasta pun mungkin akan suggest untuk czer jugak.


So, kitorang decide untuk ke PPUM waktu tu dah 6 bulan. Memang gamble lah sebab dengar kata PPUM ni memang selalu full. Tapi alhamdulillah, waktu nak buat booking tu dorang accept. Ohh ya, waktu nak booking tu kena bayar RM500 ya untuk secure yang kita nak bersalin dekat situ. Any additional cost dorang akan count lepas kita bersalin. Dorang akan advise untuk kita buka buku pink dekat KK jugak. PPUM ni macam half government punya hospital, so everytime datang check-up hari biasa saja. No weekend visit. So terpaksa la korbankan cuti yang dah yillek tuh sampai unpaid leave. Huhu.


Nak dijadikan cerita, waktu 39w, hari selasa, waktu checkup tu, doc check cakap baby maybe besar berdasarkan kiraan manual okay, tak pakai scan tu pun. Last scan tu waktu 37w. Doc tanya kalau nak normal birth doc terpaksa induce, tak nak biar baby membesar sebab expected berat baby maybe dalam 3.5-3.6kg. So doc suruh admitted next day hari rabu tu, kira serah diri lah. Perasaan alahaii nak beranak dah aku. Balik office terus cepat-cepat siapkan kerja pending and inform boss cakap esok tu nak admitted dah.


22 November 2017 8pg sampai dekat level wad bersalin, then nurse tempatkan dekat bilik wad care kot, macam bilik sementara menunggu untuk ke labor room. Dorang check CTG, and at the same time kena interview dengan doc yang jaga and doc2 pelatih dekat situ. Dalam kul 12pm lebih camtu baru doc datang untuk induce. Yang ni bukan induce ubat macam biasa tu, ni induce dorang macam masukkan tube dr bawah and pam dengan air jadi belon. So bila belon tu jatuh kira bukaan jalan tu dah buka dalam 3cm. Tak lama tunggu dalam sejam macam tu, lebih kurang kul 1.30ptg belon air tu dah jatuh. Doc cakap memang cepat then dorang akan tolak masuk labor room. Tapi kena tunggu turn sebab labor room penuh. Waktu dekat wad menunggu ni husband tak boleh teman or masuk. Segala barang tak boleh bawak masuk termasuk lah phone. So mereput bosan dekat situ jadilah rehat. Boleh la dengar orang depan katil mengerang sakit contraction. Tapi nak jumpa husband dekat kaunter depan je.


Pukul 4.30pm mcm tu baru nurse tolak masuk dalam labor room untuk pecahkan air ketuban. Bukaan still 3cm. Dalam kul 6pm camtu baru doc datang untuk pecahkan air ketuban. Waktu ni cool lagi tak rasa sakit pape. Kul7 lebih camtu dah mula rasa light contraction. Nurse, doc pelatih kerap kuar masuk check and check. Pastu dengar pulak patient sebelah bilik tengah usaha meneran, hati jadi lagi debor. Contraction slowly dah rasa sakit gila tapi hati dok tahan je lagi. Tanya nurse bila husband bole masuk, sebab rasa macam tak terdaya dah. Supposedly pukul 10.15pm mcm tu doc akan datang check balik bukaan, tapi agak lambat di situ, 10.45pm baru datang and still poor progress, baru 4cm. Doc bagi masa lagi 4jam untuk bukaan. Waktu ni husband dah bole masuk teman, sakit contraction menjadi-jadi datangnya. Doc tanya nak amik apa2 ubat penahan sakit tak. Option dia injection dekat punggung, masuk gas and epidural. Kalau boleh nak elak epidural tu. So amik lah injection. Tapi nan hadoo katanya sakit boleh hilang 50%, tapi kita rasa sakit tu sama je. After 4 hours tu dalam pukul 2am, doc check bukaan baru 5cm, and doc cakap tak boleh tunggu lama dah kena tolak czer terus sebab takut baby lemas. Memang unhappy bila dapat tau kena czer lagi tapi redha aja la.


Pukul 4.30am macam tu baru kena tolak masuk OT room sebab sebelum tu ada patient lain. Waktu landing atas bed tu memanjang je rasa nak muntah tapi boleh tahan lagi. Bila dah settle operate tu semua dorang tolak ke satu bilik, dipisahkan dengan tirai, kira dalam OT room tu lagi. Mungkin untuk pemantauan heart rate etc.


Dan berlaku perkara yang sengat mengejutkan

Dalam setengah jam macam tu dorang hantar and letak baby atas badan kita. Nak ada bonding gitew. Sebak je rasa waktu ni teringat dekat husband menunggu dekat luar, Amani dekat rumah. Dalam 10-15min camtu je dorang bagi masa kita and baby, pastu dorang amik baby balik. Then mereput lagi menunggu dalam bilik tu. Kita pun tak tahu kenapa lama sangat sampai kul 7am lebih tu nurse come and check pad, kata darah banyak sangat. Then datang doc ni tengok kata kita bleeding teruk! Kita pulak dengan keadaan yang lalok macam....haaa?? Ape? Ape? Macam tak masuk kepala otak ni. Pastu doc tu tekan rahim and keluarkan darah beku. Pastu kecoh2 dalam bilik tu segala jenis doc datang check tanya ada pening ke tak, check jantung bagai. Kita yang tengah lalok tu macam tak confidence dengan diri. Yang kita tau lepas tu doc masukkan cecair apa tah guna drip tu. So total blood loss dalam 1L jugak.


Pukul 8am something baru dorang tolak keluar ke wad pemantauan dulu. Time tu dah nampak husband muka dah kerisauan menunggu dekat luar OT dengan wad pemantauan. Bila dia masuk wad pemantauan tu jumpa kita, terus menitis air mata jantan dia, dia cakap risau sangat sebab lama sangat dekat dalam OT tu and nurse macam kelam kabut sebut2 nama kita. Dorang tak inform my husband what was actually happened dekat dalam OT room tu. Dalam wad ni pun dia tak boleh tunggu lama then dia kena balik.


23 November 2017. About 12pm macam tu doc datang check tengok darah tak keluar banyak and dorang pun dah tolak ke wad biasa dekat level 6. Kira orang dah boleh start melawat waktu tu. Ohh ya, waktu melawat dekat PPUM ni sama je la macam dekat hospital government ya. Pukul 12-2pm dan 5-8pm. Weekend rasanya dorang open 12-8pm. Husband tak boleh teman sepanjang hari ya. Okay, this is sad sebab susah nak mengharapkan sapa2. Bilik wad pun sharing dengan 4 patient lain. Tapi quite selesa sebab ada 2 toilet. Cuma yang sedihnya katil yang kita dapat ni very old, tak bole remote adjust, kena manually buat. Kalau takde nurse lalu lalang situ memang katil tu camtu aja lah.


Baby memang dorang akan letak sepanjang masa dengan kita untuk jaga. Memang a bit upset lah sebab kita ni dah la czer, sakit tu belum hilang, husband tak ada untuk tolong and support kita. Susu definitely dorang suruh kita BF, memang terasa azab sikit sebab kita punya susu badan tak banyak. Baby memang sepanjang hari merengek sebab macam tak kenyang. Mengadu dengan nurse pun macam kena marah sebab nurse kata kena try juga direct feed and baby memang tak kan menyusu banyak. Tapi ada masa, kita menyorok juga kasi susu FM. Baru lah baby tidur dengan lelap.


24 November 2017. Waktu ni dah boleh bangun sikit. Nurse pun dah cabut tube urine tu, so kalau nak pergi toilet memang kena berjalan sendiri ke toilet lah. First tu nurse akan tolong, lepas-lepas tu pandai-pandai kau lah nak turun dari katil. Kebetulan hari jumaat, ada ustaz datang untuk buat tahnik baby, so kita pun request sekali untuk buat tahnik baby Luth. Doc check bacaan kuning baby tinggi so dorang bagi lampu direct tu untuk baby.


25 November 2017. Doc baby datang lagi amik darah, and check bacaan kuning naik lagi. Doc cakap kena stay lagi dekat hospital. Kita memang sedih yang amat sebab tak tahan nak keluar. Datang pulak doc yang check ibu cakap kita bole discharge, baby je la kena tinggal. Doc akan ready all documents. Okay, I'm a bit happy. Tunggu punya la tunggu sampai kul 5pm, then tanya nurse. Nurse pulak cakap lain, kata kalau baby tak discharge, mak pun tak bole discharge. Kita macam bising-bising lah jugak, dah la buat tertunggu-tunggu. Kita dah nangis-nangis cakap dgn husband nak keluar jugak, nurse cakap dia akan check dengan doc baby, tapi call2 tak dapat. Kitorang memang decide nak keluar haritu juga and refer baby dekat hospital lain. Tapi bila nurse tak dapat contact doc sampai 7pm tu memang dah no chances lah nak discharge. So bersabar lagi untuk satu malam.


26 November 2017. Finally, doc baby datang check cakap bacaan kuning baby dah turun, so dah bole discharge. Memang tak sabar nak balik. 5 Hari woii dekat hospital, sapa nak? Tapi nak tunggu process discharge tu memang lama sebab dorang nak buat surat bagai. Pukul 12pm mcm tu kata boleh discharge, everything settled dalam pukul 2pm lebih. Alhamdulillah kami balik dengan selamat.


Esoknya check kuning dekat KK, bacaan still tinggi. Susu badan memang tak banyak nak bagi baby, tapi kita still direct feed and campur FM. Masuk minggu ke-3 baru bacaan dah ok, kurang dari 100.


So far, pengalaman this time banyak dugaan. Kita merasa sakit contraction macam mana orang bersalin normal rasa. Waktu Amani dulu sakit contraction tak berapa sakit sangat. Dengan kejadian tumpah darah. Doc dah berkali cakap this time delivery high risk, so for next planning memang kena czer dah, tak boleh normal birth.


So far pengalaman bersalin dekat PPUM ni ok sajalah. Memang tak boleh nak banding dengan private hospital. Hospital private layan kita dgn baik, procedure yang tak berapa leceh. Semua cepat ikut nasib. Yang best visitor bole melawat bila-bila masa, and husband nak kepit 24jam pun takpe. Tapi PPUM, it still half government, but layanan dorang ok, nurse semua baik layanannya. So far takde nurse layan garang-garang pun. Just sorang dua yang agak tegas sikit. Cuma doc dekat PPUM ni ramai sangat. Bila dekat wad care, HO lain, dekat LR HO lain, yang pecahkan air ketuban doc lain, check jalan doc lain, operate doc lain, yang keluarkan darah beku dari rahim ni doc lain, yang monitor dekat wad pemantauan doc lain, yang monitor dekat wad bersalin (melawat) doc lain, check baby everyday pun doc lain. Macam-macam doc laaa dekat sini. Huhu. PPUM ni hospital mesra bayi so baby always with mommy. Dari menyusu anak, tukar pampers, mandikan anak semua kita kena uruskan sendiri. Kalau time husband melawat tu boleh la tolong kan, time lain tu memandai lah kome. Macam kita ni bernasib baik sikit. Sebab baby kena kuning, so pagi-pagi nurse akan amik baby untuk amik darah and mandikan baby sekali. Patient lain kita tengok dorang kena mandi lapkan anak sendiri. Even yang bersalin czer pun! Ohh, bukan mandi dekat toilet, nanti nurse siapkan besen untuk mandi baby. Ada patient sebelah katil ni terkial-kial dia tanya kenapa bukan nurse mandikan. Kita pun berhuhuhu aja lah. Dekat UMRA dulu memang ada nursery dorang buatkan semua, mandikan, susu baby, tukar pampers. Waktu tu dungu sikit tak tahu apa-apa. Nak tengok baby je call nurse suruh hantar. Haha. Adoii lahh. But of course bill PPUM ni lagi murah. Total bill dalam RM1,500++ termasuk ubat & injection clexene (untuk elakkan darah beku dalam body-memang mahal). Ni total sekali duit booking yang kita bayar awal-awal waktu checkup. Means waktu discharge tu just bayar additional RM1000 macam tu. Harga memang beza sangat dari private hospital ya. Memang jimat banyak. And dekat dengan rumah.


Dah 2 kali dikurniakan rezeki anak ni, masih rasa down. Sebabnya tak dapat nak normal birth walaupun hampir ke arah tu. And tak dapat nak fully breastfeed baby even macam-macam cara dah mencuba banyakkan susu badan. Well, rezeki kita tak dapat kedua tu, tapi at least kita mencuba. Kita mencuba and decide untuk try normal birth, bukan terus decide nak go for czer for second baby, and kita pun dah cuba bagai cara untuk banyakkan susu badan, but still bukan rezeki my baby. Bila pump tu memang keluar tapi boleh cakap tak sampai 4oz. Ni kita dah berpantang sebulan lebih, bila pump tu makin berkurang tak sampai 1oz. And baby pun dah tak nak direct feed. Sebab dia terasa kekurangan agaknya. But still tak lepaskan direct feed dr dia everyday.


Kadang nak pikir sangat pasal ni pun buat apa. Rasanya macam tak reti bersyukur. Alhamdulillah Allah dah kurniakan kita rezeki anak, mungkin bukan rezeki anak untuk dapat susu badan je. Kena pikir positif and rasa bersyukur sentiasa, sebab tak semua pasangan macam Kita and masih menunggu masa untuk dikurniakan anak. I will pray for them of course.


Currently on confinement day 39.



  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Actually the moment u start formula milk, you takkan succeed in breastfeeding. Bila baby lapar, dia akan hisap lebih. Then badan kita akan buat susu lebih, bukan dlm sejam dlm beberapa hari. Perut newborn sebesar guli je kot, bila u give fm dia akan cepat kenyang, bottle feeding also makes a baby suck less, so bila u alternate dgn breastfeeding, badan u takkan buat susu sebanyak mcm fully breastfeed. Pls understand, rmai mak kata dah cuba breastfeed tp usaha suam2 kuku saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq for your advice sis...but as for mom i think i know my baby better bila n Q for him utk menyusu and wont let him kelaparan. cukup sy katakan I understand all the knowledge people are giving about BF even I've attended BF classes utk paham all the process. tahniah untuk sis sebab Allah berikan rezeki susu melimpah ruah for u to BF your baby. I wont write in long entry what I've done on my effort to BF my baby and what's my baby problem, so dont simply say yg mommy tak dpt BF anak ni usaha suam2 kuku saja, but still ada ibu2 yg malas utk BF and fully FM to their baby. Tp sy belum pkr to stop BF even ada setitis pun jadi lah.

      Padam
  2. assalam, kes u sama mcm i. 1st baby dekat umra & czer. now i tgh pregnant anak ke-2. planning nak pegi PPUM sbb nak try bersalin normal. insyaAllah due bulan 4 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah...dkt ppum xde masalah nak beranak normal if 1st pregnancy kita takde masalah....doakan semoga semuanya dipermudahkan ya...

      Padam
  3. Mashallah. semoga dipermudahkan urusan sis dan baby diberikan kesihatan

    BalasPadam