Teksi, Grab Car & Uber, mana lebih baik?

By Raihana - Selasa, April 12, 2016

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni kecoh pasal persatuan teksi-teksi buat mogok jalanan ni bandaraya KL, dek kerana adanya service Grab Car & Uber masa sekarang.

Mana yang tak tahu Grab Car (or dulu dikenali sebagai MyTeksi) & Uber, boleh la guna pakcik Google ye.

Rata-rata sekarang citizen lebih gemar menggunakan khidmat Grab Car & Uber atas sebab bayaran yang murah dah transparent terhadap passenger. Sebab adanya jenis ulat teksi dekat Malaysia, yang mengenakan harga tambang yang mahal, tak guna service meter yang betul, ramai sangat tak berpuas hati dan beralih arah kepada 2 lagi pesaing teksi-teksi ni.

Sebelum kita hentam keromo pemandu-pemandu teksi dekat Malaysia yang dikatakan agak kurang sopan, tidak mesra pelanggan, tiada penggunaan meter dalam pemanduan, kita dah selidik ke kelebihan dan kekurangan perkhidmatan dari syarikat lain tu?

Tapi kan, ada tak kita terpikir kelebihan dan keburukan semua service ni? Tahu tak sebenarnya pemandu GrabCar dan Uber ini tidak berdaftar dengan SPAD, tiada insurans komersial dan jaminan keselamatan yang khusus? Sebab rata-rata pemandu ini menggunakan kenderaan sendiri yang nyata lebih selesa kepada pengguna. GrabCar asalnya dulu dikenali sebagai MyTeksi yang membantu pemandu teksi berdaftar di Malaysia untuk mendapatkan penumpang lebih mudah dan cepat dengan menggunakan applikasi mudah alih. Sesudah maju MyTeksi, mereka menukar nama kepada GrabTeksi dan melihat kepada keuntungan yang besar, mereka memonopoli industri teksi dan menubuhkan GrabCar, yang rata-rata perkhidmatannya sama seperi Uber.

Dari segi keselamatan memang amat diragui sebabnya mereka tidak didaftarkan kepada SPAD, tapi identiti pemandu telah direkodkan oleh syarikat itu tersendiri. Kalau terjadi apa-apa, pengguna boleh dapatkan sendiri maklumat dari syarikat berkenaan. Kot yelah kalau depa nak bagi info kan.

Tapi, ternyata service dari GrabCar dan Uber ni agak mengganggu periuk nasi pemandu Teksi dekat Malaysia, sebabnya mereka sendiri terpaksa membayar kos insurans yang ditetapkan dan maintenance kereta mereka. Rata-rata mereka memandu teksi adalah punca rezeki 100%, jadi tak salahnya kita sedikit sebanyak membantu mereka yang terbeban. Memang ada segelintir pemandu yang tamak mengenakan harga tidak masuk akal kepada pengguna, tapi pengguna pun ada hak untuk mengadu pada SPAD atau persatuan teksi ni kalau tak berpuas hati. Jadi tanggungjawab SPAD untuk banteras gejala macam ni. Yang kita pun, tak perlu la nak buruk burukkan pemandu teksi dengan orang ramai. Tutup periuk rezeki dorang nanti. Dorang pun macam kita. Keluar rumah kerja mencari rezeki. Tiba-tiba ada orang tak puas hati caras rezeki dan burukkan kerja kau? Kau rasa apa?



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan