Mommy Sibuk Layan Cerita Korea - She is No Longer Cik Laa

Wednesday, April 20, 2016

Mommy Sibuk Layan Cerita Korea

Entah kenapa sejak dua menjak ni sibuk melayan cerita Korea. Hehe... Mungkin masih tak boleh move on sejak balik dari Seoul last month kot. Hehe.

Borak-borak dengan officemate (she's Chinese age 50++) yang sememangnya hantu Korea juga. Recommend la kita ni dok layan cerita itu ini. That time masih ingat, yang dia sibuk dok duh kite melayan cerita Descendent of The Sun (waktu tu cerita ni baru on air). I was like, nevermind, letme have my mood to watch all those dramas. My officemate told me yang hero cerita tu jadi kegilaan sebab baby face. Aku macam err err.. shall I watch that? HAHA~

Then, bermula lah episod melayan cerita Korea malam-malam. Tunggu Amani tidur baru boleh melayan, kalau tak, jangan harap lah. Habis hempas pulak laptop dengan handphone ni dia nak main.

Bermula la kita layan cerita ni dulu.

It's Okay That's Love - Sebab tengah on air sekarang ni dekat TV9. Kita ni jenis tak sabar nak tengok next ep, apa lagi, tengok online la lepas tu.

Descendant of the Sun - Mula-mula tak nak layan pun cerita ni. Yelah, tengok teaser pun pasal army, misi kemanusiaan punya scene, tak minat sangat. Mungkin sebab hero jambu kita pun melayan sampai habis. HAHA! By the way, sekarang ni dah ada apps mudah nak tengok movie from phone. Just download apps VIU Malaysia from Android. Dekat situ banyak list movie & drama yang trending & still on air. Drama melayu pun ada kau. Yang bestnya, apps ni, kita boleh download setiap episod, means if let say korang tak online, boleh tengok cerita ni secara offline. Bila dah download tu, tahu2 je la banyak storage digunakan. Jangan mimpi kalau phone korang 8GB, tapi nak download sampai 16 episod tu.


My list-to-watch drama dah ada dalam kepala otak. Tah cerita apa nak layan lepas ni. Padahal hidup ni sentiasa busy, nak juga ada hiburan dalam hati. Hehe.

Ajak husband melayan sekali cerita ni macam bed time story, supaya dia tak dapat selamatkan dunia GAME dia. HAHA.

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.