Bila Botol Susu Anak Perlu Ditukar?

By Raihana - Rabu, April 06, 2016

Assalamualaikum....

Hari ni blogwalking terjumpa satu artikel menarik, sangat informative kepada parents dekat luar sangat. Maklumlah kita ni pun dah dikategorikan IBU BAPA. Hehe.

Mungkin ada yang dah tahu, samar-samar atau tak tahu langsung. Bagi yang menyusu anak menggunakan botol susu, bila korang kena tukar botol susu anak tu? Takkan sampai anak darjah satu tak nak tukarkan kot?

1. Kesan Calar Pada Botol

Kesan calar dalam botl anak juga perlu diperhatikan, jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2. Sterilizer

Penggunaan sterelizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol, contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan sahaja. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3. Warna Botol

Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.

4. Bau

Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganismadi dalam botol.

5. Penggunaan Sabun Pencuci Botol

Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberi kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci bersifat organik.


Tips Elak BPA Pada Botol Susu Anak

  • Gunakan botol susu daripada KACA atau STAINLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu ditukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan penggunaan botol polikarbonat.
  • Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ianya tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  • Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  • Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak.

Info atas ni sangat berguna. Thanks to Zulaika Ali for this information. 

Mana satu pilihan terbaik botol susu korang? Alhamdulillah, setakat ni kita masih menggunakan MAM Anti-Colic & Tommee Tipee untuk Amani. Dia tak kisah mana-mana masuk je mulut. Asalkan dapat susu. Hehe. Pasni carikkan botol susu brand murah pulak :p



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan