Buat passport baby/anak - She is No Longer Cik Laa

Tuesday, April 5, 2016

Buat passport baby/anak

Assalamualaikum....

Seminggu sebelum travel ke Seoul hari tu baru menyempatkan diri nak buat passport. Al maklumlah kita tunggu gaji. Buat passport 3 orang kan dah kena RM500. Dah guna rate baru sejak tahun lepas. RM200 sorang untuk dewasa, budak bawah 12 tahun RM100.

Sebabkan busy yang amat setiap minggu pun baru terperasan passport tak renew lagi. Then, hari Ahad seminggu sebelum travel pun kitorang pergi. Dalam hati, hishhhh ni sempat ke tak buat. Dah la tak nak amik cuti buat passport, buatnya pej imigresen dekat Kelana Jaya tu sistem down ke orang ramai ke. Kan dah susah.

Dekat Imigresen Kelana Jaya. Kaunter belum buka. Menunggu lama.
Amani pun pusing sana sini.
  Afiq dah keluar rumah lepas subuh lagi. Then kita pun siap-siapkan Amani dekat rumah, kejut dia pergi beratur panjang-panjang dekat pej imigresen tu. Pukul 8.00, no dah running, kitorang masih beratur, sampai la 10 orang depan kitorang ni, dorang dah stop suruh balik sebab dah full. Nak dijadikan cerita, ada chinese lady que behind me, dia cakap dia kena siapkan passport time tu jugak, sebab flight dia MALAM TU. Gilaaa??? Aku pikir dalam hati. Berani tol dia buat last minute. Bila dapat berita cakap tak boleh continue buat dekat Kelana Jaya tu, kitorang pun beredar. Terus direct pergi UTC dekat Sentul. Tak la jauh sangat dari rumah kitorang.

UTC Sentul ni tempat agak convenience, tapi nak cari parking tu Ya Ampun, kemain susah. Nak dekat 7 kali tawaf bangunan tu agaknya sampai tak jumpa parking. Huhu, last-last husband tinggalkan kita suruh pergi dulu then dia park jauh.

Imigresen UTC ni even ramai orang tapi bagus sistem dia. Tak terlalu slow. Sampai-sampai amik no, kena tunjuk passport & IC skali ye. Then have to wait until they call us. Tunggu pun tak ada la lama mana, tak sampai sejam pun. Kerusi menunggu agak penuh, so kitorang lepak tepi-tepi je. Time tu dah memang lapa sebab tak sempat breakfast. Bila giliran dah tiba, kitorang bertiga terus buat sekali, termasuk lah Amani. Gamba tak payah ready, dorang terus snap dekat kaunter ni. Paling lecehnya Amani la nak snap gamba, sebab dia tak pandang camera. Jenuh pegawai imigresen panggil tapi dia dok ralat pandang tempat lain. Huu.

Waktu menunggu buat passport, Amani dah tidur.

After buat passport tu, then dia akan bagi kita receipt untuk buat payment. Buat payment pun kena tunggu dorang panggil no, tapi tak lama pun menunggu. After buat payment tu, baru lah kitorang pergi lunch terus. Sementara tunggu passport tu siap dalam masa sejam.

And, taraaaaa...ni lah passport Amani. Hehe.

Nampak gigi sejemput dia. Hihi.

Tips buat passport baby:

  1. Kalau pergi UTC weekend, digalakkan datang pagi juga ye. Sebab tengah hari dorang tak release no dah. Time kitorang nak collect passport dah siap tu, pegawai tu cakap dekat orang Q nak amik no, no tak boleh release dah sebab banyak passport kena que. No dorang dah release tu pun estimate sampai malam baru settle. 400 no dah release time tu.
  2. Jangan lupa bawa mykid & sijil lahir anak sekali. And, salinan IC salah seorang parents. Kena ada ye.

2 comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.