Pengalaman Mengandung

By Raihana - Isnin, Mei 18, 2015

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak write entry blog. Sejak habis berpantang ni busy kemain. Busy layan anak, busy layan suami, manage new business. Ecehhh, business apa tu akan reveal kemudian. Boleh cakap busy la sampai dah masuk kerja pun busy je.

Entry kali ni nak bercerita untuk diri sendiri. Selama 9 bulan ni nak kena capture moment sendiri. Kot kot anak yang seterusnya boleh dibuat reference pulak. Hehe. Tapi, akan story apa yang kita ingat aja lah ye. Teheeee.

Kita ni tak macam orang lain yang mungkin merancang untuk nak/tak nak anak. Tapi dah rezeki kan. Kita tak buat UPT sendiri macam wanita lain buat di luar sana. Buat UPT pun dekat klinik, dah satu kerja membazir kan. Alhamdulillah tahu news positive pregnant tu tengah bulan puasa. Lepas raya je quickly check dekat hospital bersalin untuk scan, tup tup dah 2 bulan. Kemain diri tu tak sedar padahal masa tak tahu preggy tu dah macam-macam aktiviti lasak dah buat.

Alhamdulillah, awal pregnancy tak ada alahan yang teruk macam orang lain rasa. Syukur sangat-sangat. Ada pun sikit-sikit mungkin sebab tengah berpuasa. Mengidam pun tak teruk, tapi mungkin bagi husband mengidam I paling teruk adalah suruh dia cari game The Sim. Penat dia mencari tak jumpa akhirnya I download game dalam phone je. But, still tak best....

Waktu 3 bulan, buat check-up dekat klinik kerajaan atas nasihat doc, sebab just any emergency case doc cakap. Kita pun ikutlah nasihat tu. Tahu-tahu HB waktu tu agak rendah. Nurse nasihat macam-macam lah tapi nasib nurse pun baik hati takde marah-marah kita. Minum air gula pun kita tutup mata sebab dapat nurse yang okay. Hehe.

Check-up dekat klinik kerajaan 2 kali je sebab tak larat kena amik cuti memanjang. Kita ni nak sep cuti banyak lepas beranak kalau boleh. Sebab kita tahu banyak kemungkinan akan jadi. Then, continue untuk check-up dekat hospital UMRA.

Everything was normal until kandungan berusia 7 bulan doc cakap air ketuban paras yang banyak. Waktu tu agak cuak jugak sebab takut macam-macam risiko eg. songsang, kecacatan etc. Agak berdiet la sebab orang kata air ketuban lebih ni disebabkan orang yang ada penyakit kencing manis. Tapi, bila masuk bulan seterusnya alhamdulillah dah ok.

And when it turns to 8 bulan, I remember ada bleeding that time. The day my bff wedding. Tak banyak tapi sikit je macam setitis macam tu. Then nak tak nak kita pergi klinik juga utk checking. Alhamdulilllah, doc check amik sample cakap semua ok. Mungkin luka dekat tempat tu je bukan dari dalam. Bila dah 8 bulan ni perut dah heavy, baby active kicking, kaki kerap kejang, tangan asyik terseliuh. Tak boleh pusing-pusing. Then terpaksa pakai wrist support kalau buat apa-apa kerja.

Bila dah masuk 9 bulan tu scan doc cakap baby suspect besar. Waktu tu punya lah risau sebab dah nak due. Padahal 2 minggu sebelah scan berat baby tak sampai 3kg, tup-tup waktu scan tu doc cakap anggaran berat baby around 3.6-3.8kg. We were shocked and I really scared. Doc dah cakap I had 50% chances untuk deliver normal, means another 50% I have to go elective ceaser.

Tapi, doc cakap buat sonography scan dulu untuk dapat measurement yang lebih tepat sikit. Sikit je lah ketepatannya. Waktu buat sono tu 1 day before due date. Doc said ada chances untuk normal birth sebab berat baby waktu buat sono scan tu 3.6kg, which not over than 3.8kg. If more than that, dorang akan ceaser je. Dalam masa seminggu ni juga la aku dah start berdiet and berpantang sebab takut baby lagi besar.

My due supposed to be on 9 Mar, and up to date tak ada rasa apa-apa tanda nak bersalin, a bit worry takut overdue juga. Doc ada cakap dorang tak akan induce and suruh datang 4 hari lepas due date kalau still tak ada tanda lagi. Nak jadikan cerita, at midnight tetiba sakit perut macam tengah datang period. At first pikir sakit biasa kot then tidur lagi. At 2am bangun lagi and 3am bangun lagi sebab sakit sampai tak boleh tidur. Tak tahan sangat kul 5am pergi je la hosp and after CTG scan semua doc decided untuk ceaser sebab baby dah poo poo.

Okay, nak share sikit sepanjang mengandung ni apa yang kita perlu buat

  1. Nak dapatkan HB yang cantik, kena makan benda-benda yang berkhasiat. I do always eat buah Jambu waktu lunch or any fruits. Minum pati Gulsan and supplement Radiance Signature.
  2. During 6 months pregnancy, dah rasa pergerakan baby. Amik buku merah tu, buat kiraan kicking baby. Kita kena monitor benda ni setiap hari. Get your nurse how to count it.
  3. Hujung pregnancy kena rajin berjalan banyak and buat exercise ringan. Naik turun tangga office, berjalan jauh-jauh. Actually dari first trimester dah digalakkan untuk buat exercise. Tapi tak rajin. Huhu. Boleh refer my entry for pregnancy exercise.
  4. Rajin-rajin join forum kelab-kelab ibu dekat FB. Sangat membantu community di sana. Ni I share sikit page yang I selalu follow (Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu ComelPerkongsian Buat Ibu-Ibu Terhebat), If you guys have any difficulties, boleh tanya community dekat situ juga. In shaa Allah membantu.


Nanti akan ada entry pengalaman bersalin dan berpantang. Tunggu.....

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

  1. hari ni CT terdetik nak jenguk sini hehehe ada entry baru yeeee..
    pengalaman mengandung macam2 kan.. ada yang ok ada yang up n down ada yang dari mula smpai branak tak okay.. hehehe.. seram jugak CT bace pengalaman ni.. huuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. one of the experience yang tak kan dilupakan. hopefully waktu siti nanti dipermudahkan :)

      Padam
    2. amin mudah2an.. hihi tapi tahlaaaaa bile miahahah..

      Padam