Assalamualaikum....
Dah mula kerja ni, mood malas je lagi. Serious malas. Masuk office je dah nak kena pack barang pindah office. Dua hari berturut ngemas, penat taw! Buang perasaan takut nak buat kerja berat sebab dah memang terpaksa katakau.
Nak cerita pengalaman berpantang ni tak ke sudah. Orang datang melawat je mesti ada benda yang nak diceritakan. Excited katakan. Hehe...
Ikut petua orang-orang tua (orang tua sendiri), berpantang untuk orang yang beranak ceaser ni lebih terperinci dan lagi lama dari orang yang normal birth. Normal birth 44 days, tapi I kena berpantang 60days to 100days. Tapi, ikut ke petua tu?
Jawapannya, TIDAK! Diri sendiri tak dapat kawal nafsu. HAHAHA. Lepas 44 hari tu terus balun apa benda yang tak dapat dalam masa 44 hari tu. Lagi-lagi air sejuk. Memang I kejar habis. Padahal berpuluh orang pesan kata jangan. Tapi tak boleh nak elak jugak. Sob sob. I ni memang tak boleh lari dengan air sejuk. Tak pernah minum air biasa la. Tapi lepas pantang tu behave sikit la takde la setiap masa nak minum ken sejuk. Time memerlukan dan nak sejukkan tekak baru mencari. Kalau tak minum air biasa je lah.
Pengalaman paling teruk berlaku bila alami penyakit allergic. Paling sadis and tak suka. Bayangkan diri ni tak pernah ada allergic terhadap apa-apa termasuk lah ubat, makanan atau environment. Tapi seminngu lepas deliver dah kena penyakit tu. Memang jumpa doc balik minta drugs sebab tak tahan menggaru badan kalah mawas.
Then, rezeki I tak macam ibu-ibu di luar sana. I tak ada rezeki nak menyusukan anak sendiri. Bukan tak ada langsung, rezeki nak breastfeed kan anak tu tak ada sebab susu punya lah sikit. Macam-macam cara kita dah cuba. Minum air banyak-banyak, makan kurma, lobak putih, lobak merah, tempe, milk booster UMMA LACTO, pil susu tambahan dari hospital, suplement FENUGREEK dan juga berurut. Semua tak berapa nak jalan. Perah susu pun dah hari-hari, even baby waktu tu pun nak juga tapi perah hari-hari dapat result yang sama iaitu tak sampai 1oz pun. Hati memang sedih and stress giler!
Amani hanya dapat susu FM je, which I memang tak recommend, tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki masing-masing. Dia nak minum sendiri punya pun macam tak puas so terpaksa juga bagi FM. Bila dah 2 bulan lebih pun susu dah tak keluar. Hati waa sadis woooo.
Sebulan berpantang batuk selesema pulak. PIkir dalam hati aku ni kena bentan ke. Tah la tak tahu nak describe macam mana. 3-4 hari juga la baru pegi klinik amik ubat. Hehe. Seminggu lepas dah elok, datang lagi penyakit batuk selesema tu, kali ni bil klinik lagi tinggi. Dia kasi ubat kaw-kaw punya kasi I lalok malam-malam. Nak cepat baik.
Dalam masa berpantang 44 hari tu pun kita tak keluar rumah juga la. Orang tua-tua kata pantang ibu dan anak keluar rumah dalam masa itu, atas sebab yang I pun tak tahu. Tapi lepas pantang, kemain laju aku melangkah kaki berjalan. Hehe. Amani pun seronok berjalan sebab langsung tak merengek. Tapi, sampai rumah je teruk merengek sampai tak ada suara. Atok dia cakap ni sebab sikap mak nya yang kaki rayap waktu preggy. Anak pun terikut perangai lettu.
1 ulasan
hehehe tapi sabar kejap jeeee time pantang..
BalasPadamlepas tu bleh enjoy balik ahak ahak..