Amani manjakan diri @ Hippopo Baby Spa, Empire Shopping Gallery - She is No Longer Cik Laa

Tuesday, May 26, 2015

Amani manjakan diri @ Hippopo Baby Spa, Empire Shopping Gallery

Assalamualaikum...

Haaa....kita tak payah intro panjang-panjang la kan. Tengok topic entry pun dah tahu. Okay, last weekend bawak Amani pergi manjakan diri dekat baby spa. Amboi, aku pun penah sekali je berspa sebelum nak kahwin ritu. Tu pun guna groupon voucher. Hehe. Tapi tang Amani, I semangat benor nak bawak. Selalu tengok review baby spa dekat Bandar Utama je but I decided nak pergi yang dekat Empire Shopping Gallery, Subang tu sebab ada instinct dekat Bandar Utama mesti full house punya.

Nak pergi weekend kena buat appointment dulu yer. Jangan lah walk-in buatnya dorang tak layan je nanti sebab orang ramai.



Buat yang tak tau, owner Hippopo Baby Spa dekat Empire ni kepunyaan selebriti Yasmin Hani. Baby spa dekat sini memang baru sangat-sangat. Tanya staff dekat situ dorang kata baru bukak January tahun ni, tahun 2015. Tempat exactly nampak baru la kan dan takde lah besar mana boleh lepak ramai-ramai. Dorang pun jaga reputasi tak accept ramai baby sebab nanti nak kena tunggu turn. At least 1hour baby spend time here untuk baby swimming and massage.

Okay la jom skodeng gambar Amani mandi :)


Regangan badan sebelum kita celup dia dalam air. Hehe


"Kakak Zira ni nak main-mainkan air dengan kaki kite. Dia takut kite sejuk"


"Alamak-alamak, kita macam gayat lah kakak"


"Okay-okay, kita dah macam nak okay. Akak jangan lepaskan tangan ye..."


"Bertuah punya kakak, dia biarkan kita terkontang-kanting dalam ni"


"Papa ni tak habis-habis nak tanduk kita. Ingat kita boboy yang main bola ke?"


"Mama Papa tangkaplah gamba kita puas-puas. Ingat kita nak layan ke?"


"Eh eh... ada duck laaa. Kenapa dia tumpang pelampung kita ni?"


"Kita dah rimas, kita dah penat ni tolong lahhhhh"


"Yeahhh, dapat rileks dekat pelampung lain. Pandai akak ni pancing kita dengan puting"


"ZZZzzzZZZ"

Yang tak tahan last sekali tu Amani tidur. Dalam air pun jadi lah anak oiiii. Penat ye. Tidur 10 minit pun takpe. Mandi 30 minit penat la kan. Hehe



Then, massage session. around 20minit, tapi Amani tak tahan sebab dah meragam mengantuk. Staff tak dapat nak urut belakang sebab Amani menyusu sebelum tu. Rugi sikit masa.

Okay, total pakej kita amik adalah RM86 untuk swimming and massage. Ikutkan agak okay la harganya. Ada survey baby spa lain tapi lagi mahal ada lah, dengan tak pernah dengar pulak tu. Hippopo ni quite well known juga lah.

Kalau nak visit baby spa ni boleh la refer dekat address bawah ni. Yang penting call seminggu awal untuk buat appointment ye.

Hippopo Baby Spa
S11, Second Floor (next to Brands Outlet)
Empire Shopping Gallery
Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor
Ph: 03-56134889

3 comments:

  1. Oh takdelah mahal sangat rupanya. Affordable. InsyaAllah will bring bakal baby swimming sini bila dia lahir hehe.

    Btw, nak invite awak join giveaway kita. First time buat. Hehe. Jomlah join! :)

    inijurnalkitapunya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... nak amik pakej swim pun boleh je...

      OK awk. nnt kite join cpt2.

      :)

      Delete
  2. hehehe tempat berenang utk baby ni..
    ada suruh kazen bawak anak dia p.. tatau la p kedak..

    amboi shuuuuke le dia main air hehe

    ReplyDelete

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.