Malaysia GE13

By Raihana - Sabtu, April 13, 2013

People known GE13 will coming soon and very soonest. Selamat mengundi siapa yang layak mengundi. Secara jujurnya aku cemburu kepada sesiapa yang dapat mengundi tu sebab aku nak rasa sangat pengalamannya. Dulu iyelah boleh bagi alasan tak minat politik la, politik ni propa la apa la. Now bila diri sendiri melihat dan mengkaji sendiri apa yang terjadi dekat Malaysia ni, semangat aku nak menyokong dah ada. Tapi kalau aku diberi peluang pun siapa aku akan undi? Jeng3. Undi adalah rahsia.

Tertanya juga kenapa aku tak dapat mengundi? Aku pun tak dapat pastikan kenapa. Mungkinkah pendaftaran aku yg lambat ni atau proses nya yang lambat? Selalu check dekat website SPR and couldn't find any results of my registration. Well that so said tapi takde apa yang aku nak hairan sangat.

Aku tak menyalahkan kerajaan dan aku tak sokong 100% apa yang diusulkan oleh pembangkang. Masing-masing ada pro and cons and masing-masing boleh bagi janji itu ini. Berkempen lah katakan nak menang hati rakyat. Aku percaya kepimpinan yang adil dan pengalaman itu perkara penting (sebenarnya byk lagi) untuk menerajui sesuatu negara. Tapi yang penting jangan lah kita memfitnah satu sama lain. Bukankah itu perkara yang sangat memalukan? Bukan nak kata parti saja tapi penyokong-penyokong fanatik yang tak tahu apa-apa (kononnya dorang ni big judges jn the world) nak fitnah memfitnah. Tak syok la kasi orang gaduh saja.

Ini pengalaman aku sendiri bila aku bergaduh dengan kawan lama aku (dlm FB  je) sebab si mamat ni aku rasa agak dungu dan kononnya dia ni boleh jadi pemimpin hebat negara sanggup berdebat dengan aku sampai unfriend aku dekat FB! Ayat dah mati kutu tak reti nak balas apa yang aku persoalkan. Haha. Sampai unfriend tu, tapi aku tak kisah la sebab orang perangai bajet bagus macam tu aku tak perlukan sebagai teman or sahabat pun. Lucu kan sebenarnya perangai mamat ni fikiran macam budak-budak nak unfriend. Lepas tu add balik? Yakde koje ye kau memang aku takkan pernah nak approve kau sampai bila-bila la weh.

Hebat tak penangan politik ni? Well, ini disebabkan kejadian BERSIH kalau korang ingat pernah dianjurkan pembangkang tak lama dulu.

Apa yang aku nak simpulkan, kita masing-masing ada hak nak pilih kebebasan parti sendiri tapi perlu la dengan cara yang betul dan tidak keterlaluan. Tak kisah nak memfitnah tu andaikan benda tu betul terjadi pun itu kerja mereka dengan Allah. Allah sahaja boleh menilai perbuatan mereka. Sedangkan kita ni tak ada kuasa nak menghukum orang sebab kita tak mampu melihat dan mentafsir melainkan-Nya.

Titik noktah politik negara:

Penamaan Calon: 20 April 2013
Hari Mengundi Awal: 30 April 2013
Hari Mengundi: 5 May 2013 (Saturday)

Selamat mengundi dan selamat beramal :)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan