Anniversary Holiday @ Farm Ville Homestay, Sekinchan

By Raihana - Rabu, Februari 01, 2017


Assalamualaikum...

Cuti Chinese New year baru-baru ni kami amik kesempatan untuk bercuti, kengkonon sekali celebrate anniversary kami yang ketiga. Alhamdulillah.

Dari awal haritu plan nak ke tak kan pergi bercuti kejap ni, sebab pikir malas lah nak jimat-jimat ongkosnya. Nak menabung pergi bercuti tak lama lagi. Kalau ya plan nak bercuti pun nak cari tempat yang dekat-dekat and hotel/penginapan yang tak mahal. Hotel bajet pun jadi lah ye. Hihi.

Nak dijadikan cerita, last minute camne tah Afiq ni baru bagitahu yang minggu nak pergi bercuti tu ada officemate dia kahwin dekat Tanjung Karang, so dia ajak bercuti area sana. Come across my mind that time nak stay hotel dekat Farm Ville Homestay Sekinchan tu. Tapi, dia bagi tahu 4 hari sebelum nak bercuti tu, confirm lah banyak tempat full and mahal kan?

Cuba riki-riki, owner cakap memang tempat dia dah full, okay kita try cari tempat lain which is Sekinchan Padibox, pun full, and we look for others hotel around that area also full. So I was a bit upset lah, so I intend not to go. Tapi entah macam mana owner Farm Ville to whatsapp cakap, they might have a room that customer will cancel. Itu pun tunggu 2 hari, baru confirm kitorang dapat bilik.

TAPI, harga rate tu memang lah mahal sebab public holiday kan. Lagipun bilik yang available tu Family Room which is can accommodate 4-6pax in kontena. Ada 2 double bed, memang puas dan besar sangat untuk kitorang yang bertiga ni saja. Huhu.

Sekinchan ni kalau dari Kelana Jaya makan masa perjalanan dalam 1jam 40min macam tu, ikut keadaan traffic macam mana. Kitorang gerak dalam rumah pukul 12.00tgh hari and sampai Tanjung Karang untuk kenduri dalam pukul 1.40ptg macam tu. Lepas kenduri pukul 2.30ptg kitorang terus gerak ke Farm Ville Homestay yang tak jauh dari Tanjung Karang dalam perjalanan 10-15min je.



Our Room

Bilik besar ada 2 katil, tapi kami bertiga saja. Berhuhuhu.
  

Lepak at Cafe, Roof Top

Tengah mengajak cinonet bergambar




Lets ride. Amani behave duduk depan tu


Malangnya tak nampak sawah pagi menghijau :(
Warm up after cycling



Malamnya tu kitorang dinner dekat cafe homestay tu je, kengkonon nak amik feel la kan. hehe.

Dinner at Cafe









Main dulu sebelum checkout
This chinese african girl so friendly
 
Happy girl

Homestay ni just nice untuk buat small gathering, short vacay, mini reunion, celebrate birthday, anniversary, BUT not recommended nak buat family day, sebab tak ada space nak buat game etc. Room pun very limited less than 20 rooms I think. Bilik just nice, nampak la macam budget punya homestay, not much furniture, no TV ok, WIFI is very poor. Data line internet pun very worst around this homestay. Habis dataku.

This cafe not much food as expected. Takat western, coffee hispter tu ada lah. We had worst dinner here sebab apa? Food was awful yet its pricey. We had chicken chop (tasteless), rendang chicken rice (tasteless also) and satay ayam 10pcs (kecik je), cheese cake (ok), mushroom soup (better) and 2 drinks cost us RM65. For me not worth is, better you have some tasty seafood dekat area situ. Banyak je. Menyesal pulak. Huhu. Breakfast pun ada, so not to worry lah. Nasi lemak RM2 with drinks cost us approx RM14 for 2person. Mahal kan? Sebab drink tu mahai.

Before datang sini, better beli la apa kudap-kudap or jajan buat makan dalam bilik, sebabnya tak ada kedai berdekatan dan banyak aktiviti you can do at night, unless buat BBQ lah. Masuk bilik at 10pm pun buat nothing, dengan tak ada TV, no internet, so layan anak sampai lah tertidur. Huhu. Nak pergi kedai paling dekat pun you have to drive juga ke jalan besar.

Yang bestnya depan homestay ni ada sawah padi terbentang luas. Malangnya waktu kitorang tu sawah padi nak dituai agaknya. Air je penuh, so memang tak menghijau mata kami. Aktiviti yang boleh buat sepanjang dekat sini adalah cycling, main trampoline, BBQ, mandi pool (for kids) and lepak at cafe tu.

During our stay memang ramai guest, mostly chinese, they had gathering agaknya. Malay pun ada juga. Owner is chinese, but staff ramai Malay even cafe pun.

After check-out konon nak cari tempat makan eksotik la kononnya macam daging rusa lah, tenggiling lah, arnab lah. But at the end....


Ikan Siakap 3 rasa, mentarang masak lemak cili api, cendawan tumis & telur dadar. Air kelapa fav husband cost us RM60. Makan memang puas gila sebab sedap. Siakap tu dah pesan nak ikan yang kecik untuk 2orang tapi dapat ikan besar untuk 3-4org punya makan. Memang melahap la kan. Yang ni kami makan dekat Restoran Faridah Mentarang Sekinchan. Lebih kurang 10min drives dari homestay.

Dia pun sibuk je

So my rate will be 7/10 for this Homestay. Btw, there are 3D art gallery dekat area sini kalau nak pergi. Kitorang tak pergi sebab nak balik cepat. Banyak lagi tempat menarik area Sekinchan ni, google lah kalau nak tahu apa ya.


Farm Ville Homestay & Cafe
Lot 11304, Jalan Tepi Sawah, KPG Site B Tambahan,
45400 Sekinchan, Selangor
Tel: +6017-206 8666


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan