Dah lama rasa terbuku dekat dalam dada ni. Luahan yang tak ada sapa boleh paham. Mungkin orang terdekat, mungkin orang jauh, mungkin orang yang sama berada di tempat kita.
Secara jujurnya, meniaga ni bukan mudah yang disangka. Setakat promote barang terjual, dapat duit dah kira bahagia. No no no...orang yang serious berniaga mesti paham asam garam berniaga ni macam mana. So far dah nak dekat 2 tahun berniaga secara serious ni (sebelum ni berniaga ala kadar atas permintaan & trend), baru kita tahu suka duka pedih jerih, asam garam berniaga. Tak semudah yang disangka untuk kita cari rezeki lebih.
Apa yang orang nampak? "Business kau nampak kencang la...every week ada job, tak putus-putus. Job nampak meletup-letup macam goreng pisang. Sehari ada 2-3 job, mesti masyuk kan.." Huhu. nampak indah kan? Alangkah bagusnya kalau rezeki tak pernah putus macam ni. Amin.
Itu apa yang orang nampak, tapi apa yang kita rasa tu sama ke? Hmmm...meleset sama sekali. Mungkin 50% sama, dan 50% lagi adalah dugaan kita dalam berniaga. Kita buat event planner which provide service to our customer. My service is only available pada hujung minggu as this is my part time job. I'm 100% full time working from Monday to Friday. Ada beza bila berniaga produk & service.
Kita tak spend banyak untuk kos marketing, banyaknya kita akan guna social media untuk promote business ni. Create account IG sendiri, gain followers, beli FB ads etc. Kos-kos barang pulak? Kadang-kadang terpaksa ganti barangan yang dah rosak/tak boleh pakai. Kena paham kita tak boleh reuse sesetengah barang untuk tempoh yang lama. Ada masa barang tu akan rosak. Kita perlu gantikan yang baru nak jaga kualiti dan cantik barang kita tu. Operation cost ni kadang-kadang sangat tinggi, harga tak pernah tetap, dari situ terpaksa spend lebih. Itu tak termasuk duit minyak yang naik turun ni. Perjalanan yang jauh memang akan terasa even kawasan Selangor, KL pun.
Ada sesetengah pakej memerlukan upah yang kita bayar pada crew. Ikutkan dari situ kita dah banyak absorb cost, sebab kita pun tak nak membebankan customer. Tu tak termasuk kos vendor, yang kita tak markup dekat customer. Ada yang tertanya, kenapa harga murah dan tak kenakan cas-cas lebih? Kita ni pun customer juga kan, kadang-kadang kita paham, customer pun nak berjimat di zaman kegawatan ni. Zaman sekarang ni kebanyakan orang takut nak spend, tapi nak kena ada. So pakej yang kita provide pun ala pakej bajet yang mampu penuhi kehendak customer. Kalau customer nak add on sendiri tu dikenakan additional charges, dan customer sendiri paham. Untung sikit-sikit tu lah upah tenaga, upah masa, upah kerja design yang kita tak minta extra charge dari customer, kos minyak, allowance makan, upah crew, kos marketing, penggantian barangan yang dah rosak. Itu pun masih ada customer minta lagi murah atau PERCUMA terus. Apa kita nak kena buat? Cuba berbincang dengan customer untuk temui jalan yang terbaik.
Orang yang tak berada dekat tempat kita tak nampak semua tu. "Ehh, job kan masyuk, tak kan tak nak pergi sini?" "Banyak job ni boleh la beli blah...blah...blah..." "Tiap minggu ada job mesti duit dekat bank dah berkepuk". Tahu tak kenapa kita ni buat kerja extra part time? Sebabnya nak sara diri sendiri dan keluarga. Kos sara hidup tinggi dengan gaji yang ala kadar susah nak tampung sekeluarga. Tak joli ke dengan duit business? Ya, kita joli. Joli untuk beli barangan sendiri (ganti la baju seluar yang berkurun tak berganti koyak), joli barangan anak (yang ada anak akan paham barangan keperluan dorang yang mungkin perlu ditukar tiap bulan). Tapi tu bukan selalu taw. Mungkin 3-4 bulan sekali baru mampu nak joli macam tu. Saving ada buat tak dari income business ni? In shaa Allah ada. Tapi, baru nak buat saving sikit, anak jatuh demam, kereta buat hal (perlu repair), handphone rosak (anak campak main). Kadang-kadang mengeluh juga. Tapi anggap itu dugaan. Allah turunkan ujian tu kalau kita mampu.
Tapi kan, ada tak kita reflect balik diri ni kenapa kadang-kadang rasa ujian tu macam berat? Solat ada tinggal tak? Solat hujung waktu? Solat jemaah? Ada sedekah tak bila dapat duit lebih? Ada dapat keberkatan suami tak kita berniaga ni? Ada terkurang layanan dengan customer tak? Menipu customer? Cuba renung kejap. Kalau korang berniaga ada rasa susah tu, mungkin kita abaikan perkara-perkara macam ni.
Zaman sekarang ni, bukan setakat kita individu ni je terkesan, kebanyakan company pun terkesan untuk cari pekerja yang bagus setimpal dengan bayarannya. Masih ada yang cakap, kelayakan awak ni tinggi, patut gaji dapat lagi tinggi...Tapi itu semua rezeki, kita tak pernah terpikir nak tamak memerlukan gaji yang berat-berat. Kita dibayar setimpal dengan kerja yang dilakukan. Colleague yang baik, bos yang baik, company yang baik, working hours yang cantik, benefit yang bagus...cukup-cukup lah tu...nak apa lagi?
Credit Google |
Sekarang ni, dah ramai yang mula berniaga secara online nak ada side income. Persaingan business sangat sengit. Peniaga pun dah pening kepala macam mana nak buat marketing yang bagus untuk tarik impression tinggi pada customer. Ada masa job ada, masa masa job tak ada. Seelok-eloknya bila berbisnes ni rancang lah masa dengan sebaiknya. Jaga masa kita dengan Allah, keluarga dan juga customer kita.
Awal-awal berbisnes dulu. |
0 ulasan