Tips Bercuti Bersama Anak Kecil/Baby

By Raihana - Khamis, Oktober 06, 2016

Assalamualaikum....

Dekat sini nak kongsi sikit pengalaman dan tips bercuti bersama anak kecil, lagi-lagi yang travel ke luar negara.

1. Peraturan airlines.

Sebelum travel tu, banyakkan buat research pasal macam mana nak carry infant/child waktu naik flight. Contohnya, si ibu carry infant hanya boleh check-in di airport saja. So kena ready masa awal untuk sampai dekat airport, sebab kita yang travel dengan infant tak boleh nak web check-in as usual.

2. Susu

Okay, basically I will tell how to manage yourself dengan keperluan susu anak, yang guna susu botol. Since I'm not BF mother, so I give some tips here. Pening tak macam mana pikir nak bawak susu formula waktu travel? Takkan nak bawak satu tin besar susu tu dalam luggage, makan space kan? Okay, kita boleh try packing susu anak dalam vacum bag. While I was travelling to Seoul, kita dah siap packing susu Amani dalam small vacum bag ni. Buat la dalam 4-5 scoops in 1 bag, then korang agak2 la berapa anak korang menyusu dalam sehari. Macam Amani, dalam sehari dia akan menyusu 6-8 botol, so darab lah dengan 5 hari yang kita travel. Katakan 40packs, kita extrakan lebih sikit. Kot-kot sampai mood dia nak susu lebih kan. Naya nak cari susu dekat tempat nak travel tu. Bagi yg BF tu, kalo boleh readykan susu korang before travel, and guna bag diaper yang bersesuaian, so susu bertahan lama.

Contoh vacum bag. Tapi tak perlu pam la lepas tu.


3. Diapers & diaper bag

Sama macam pampers anak ni. Korang ajet2 berapa kali korang tukar pampers dia dalam sehari. Dan lebihkan dalam 4-5pcs pampers. Semuanya korang loose kan. Diaper bag is a must, kalo boleh bawak yang kecik je, setakat muat 3-4pcs pampers, 4scoops susu, baju basahan, and wipe tissue, and mini termos.

4. Baju travel

Kena study dekat mana korang nak travel tu. Kalau pergi waktu musim sejuk, make sure korang bawak baju yang tebal untuk anak korang. Long john untuk baby pun jangan lupa. Untuk kesesuaian belikan jenis jumpsuit winter, yang cover dari atas sampai bawah. sarung tangan dan penutup telinga pun jangan lupa. Kalau travel waktu musim panas, elakkan lah bawak baju tebal dan lengan panjang. Pakaikan anak kita short sleeve and short pants pun ok, dan fabric yang serap peluh.

Full Jumpsuit

Sleeveless Winter Coat

5. In-flight.

FYI, untuk baby, setiap airlines ada menyediakan bassinet untuk keselesaan baby korang tidur, tanpa dipangku. Kalau ada bajet lebih tak salah amik service ni. Sediakan makanan atau toys favorite yang buat anak anda leka waktu berada dalam flight. Ni adalah salah satu cara untuk anda tarik perhatian anak korang dari merengek dalam flight, kalau bukan sleep time dia. Waktu Amani dulu, dia merengek saja, sebabkan dia demam, jadi kita pun demam melayan dia sekali. Huhu.

6. Bawa stroller/baby carrier friendly travel.

Sangat recomended untuk korang bawak stroller dan baby carrier yang friendly travel. Friendly travel ni macam mana? Yang mudah untuk korang bawak and handle waktu berjalan and naik flight. Guna stroller yang jenis compact or umbrella, which is senang untuk simpan dalam cabin. Before masuk dalam flight, dapatkan tag for stroller dan hand over to cabin crew. Nanti dorang akan keep. Macam travel dulu, kita guna stroller Aldo Compatto jenis compact. Memang senang handle dan ringan. Waktu travel to Seoul tu lagi lah kena naik turun tangga, kita lipat aja stroller tu. Jangan berangan nak bawak yang jenis bassinet pulak, unless korang ada pembantu yang tolong bawakkan. Baby carrier memang kita tak bawak, sebab Amani dah setahun that time.

Stroller Aldo Compatto yang ringan dan compact.

7. Puree dan ubat

Bagi baby yang masih makan puree, elok dibekalkan dah disimpat di tempat yang beku. Pilih hotel yang ada facilities seperti refrigerator untuk penyimpanan puree dan juga susu badan. Ubat pun tersangat penting untuk anak kecil. Buatnya demam waktu travel, susah pulak. This happened to me, bila Amani mula nak demam waktu travel. Badan mula panas sebelum perjalanan ke airport. Waktu ni memang terlupa nak bawak ubat, tapi nasib baik ada ubat sepupunya. So dia guna ubat demam tu, alhamdulillah next day dia dah sihat waktu sampai dekat Seoul.


Okay, meh sikit kita nak kongsikan musim-musim yang ada di bumi Korea ni. Kita nak kongsi tips yang disediakan dari travel agent ARBA TRAVEL yang sememangnya berpengalaman dalam menguruskan pelancong-pelancong kita di sana. Untuk full article boleh visit link ni: https://arbatravel.com/musim-di-korea/


Okay, rasanya takat ni sajalah kot tipnya. Tips berdasarkan pengalaman kita waktu travel. In shaa Allah akan update from time to time :)

  • Share:

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Anak sy travel ok je.part naik aeroplane tuu,fobia tempit sempit kut. Memang byk kali dah. Dah besar ni pn masih menangis2 nk turun kalau naik aeroplane �� kalau ingat balik mmg fobia nak travel tp tu laaa hati nak g berjalan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, mcm fobia bila naik aeroplane rasa semacam kot dia. tp nak pujuk dalam plane tu la jenuh lahaiii, kita risau ganggu passenger lain je. huhu

      Padam
  2. ank 4 bln sesuai x travel time winter 5-7degree?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole je sis. My suggestion kena bwk kelengkapan yg cukup utk baby yg tebal n selesa.

      Padam
  3. salam sis, nak tanya beli dekat mana winter jumpsuit tuk baby tu? saya pun tgh cari jumpsuit tu. Thank you sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam sis...sy beli dkt kl dah lupa apa nama kedai dia. if sis nak sy nak letgo preloved RM25 size 90/1yr above. Bole whatsapp sy ya 012-2519055

      Padam