Short Vacation @ Homestay Kontena Melaka

By Raihana - Selasa, Oktober 11, 2016

Assalamualaikum...

Baru-baru ni cuti Awal Muharam, so kami sekeluarga amik berkesempatan nak pergi bercuti. Dengan parents and family abang akak sekali. Dari awal plan nak cuti date tu, tapi nak dekat masa tak decide nak pergi mana. Last sekali pergi Melaka juga. Melaka lagi, alahaiii. Huhu.

Asalnya nak cari bajet2 punya tempat, as long ada pool untuk budak-budak main, last-last pergi tempat ala hipsturrr jugak.

Homestay Kontena Melaka ni berada di area Bukit Katil. Tak jauh dari bandar dan tak jauh dari exit tol Ayer Keroh. Tempat ni tersangat lah baru which the owner dah terima tempahan bermula August 2016, after raya tak silap. So, semestinya lah tempat ni sangat cozy dan bersih.

Homestay ni ada 4 kabin yang boleh muatkan 2-3orang dan 2 studio room yang bole tempatkan 6-8orang.

Kita layan gambar aja lah ye?



Sampai je, dah nampak dorang ni terjun kolam dulu. Ciss, tak tunggu.
  
Baru lepas mandi

Ruang tingkat atas

Tengok je la dorang mandi

Tengah ready untuk ber-BBQ
Amani intai dorang masak dari dalam aja lah ye.
Mini playground


Pagi-pagi dah terjun kolam

Cakkkk...tengah tunggu papa dia tiupkan pelampung


Si Aqil penakut air
Kita breakfast sampai kenyang



Cinonet ni tak puas hati nampak papa dia dalam tu.


Masing-masing dah smart nak check-out.
Banyak facilities yang ada dekat tempat ni disediakan secara percuma. Pool yang sangat besar dan selesa, and tak perlu risau kalau share dengan guest lain. Sebab pool ni memang besar. Siap ada mini playground, BBQ pit, basikal dan yang penting WIFI Free untuk korang upload gambar. hehe.

Kawasan pun gated area, guest dan owner sahaja dapat remote untuk open gate. Canggih kau. Orang luar tak boleh sewenang-wenangnya masuk kawasan ni.

Kawasan ni pun berdekatan dengan kedai makanan, sebabnya pagi tu Abah & Abang beli breakfast di kedai berhampiran. Masjid pun dekat, setiap waktu solat Abah pergi masjid dekat situ.

Lepas checkout tu kitorang pusing-pusing area bandar. Makan asam pedas, pergi Muzium Kapal Selam (Dataran Klebang)





Manusia ni dia kerja kapal, so dia brief kat kitrang sikit pasal kapal selam ni



Ni tangga untuk pergi ke ruang atas tu.
Ruang kapal selam ni takde lah besar mana. Tapi ruang yang sempit ni lengkap la ada tempat tidur yang boleh berlanggar punggung, ruang makan, kitchen dan tandas. Harga masuk RM5 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 

Short trip yang sangat bermakna untuk kami sekeluarga. Memang seronok sangat sebab ala private trip gitu. Harga memang murah, sebab kalau korang survey dekat tempat lain agak mahal. Bagi yang nak stay dekat Homestay tu, boleh refer link dekat bawah ye.  Harap dapat membantu :)

Weekdays: RM150/night
Weekend/PH: RM180/night

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan