Tips Bercuti Bajet ke Seoul, Korea

By Raihana - Isnin, Mac 14, 2016

Assalamualaikum....

Penat masih belum hilang...masih terngiang-ngiang kenangan di Seoul bersama family. Okay, sini kita nak share tips bajet kita waktu bercuti ke Seoul baru-baru ni. Meh check itinery bawah ni ye.

Date: 3 - 7 March 2016
Location: Seoul, Korea Selatan
Airline: Air Asia
Season: Winter to Spring
Guesthouse: KingKong Hotel, Namdaemun
Transportation: Train & Bus
Temperature: 5'C ~ 16'C

Day 1: (Arrival at Seoul)
Flight kami depart pukul 8.00pg dan sampai di Seoul 3.00ptg (waktu Seoul). Dengan beratur dekat kaunter imigresen lagi, kitorang keluar dari airport tu pukul 5.30ptg dengan naik bas direct ke Myeongdong area. Hotel kami berdekatan dengan Namdameun Market. Keluar dari airport, beli tiket di kaunter luar. Cakap nak ke arah Namdameun Market. Route sepanjang ke Myeongdong area adalah no. 6015 dan bas stop di no 5B. Naik bas sebenarnya pun agak selesa, sebab kita boleh letak luggage kita di tempat simpanan beg. Bas dorang pun tak payah tunggu lama. Setiap 20 minit akan ada bas. Tapi, kena rajin beratur, kalau tak bas penuh. Tambang adalah KRW10,000 adult & KRW8,000 untuk children.

Baru sampai dekat depan airport, sementara menunggu bas. Amani still tidur sebab tak sihat.
Demam :(

Bila naik bas ni tak payah risau dekat mana nak berhenti, bas ni dah macam sistem train, setiap pitstop dorang akan sebut satu per satu nama tempat tu. Yang penting kena pasang telinga ok. Sampai dekat Namdameun Market pukul 7.00mlm, dari tempat kami berhenti memang tak jauh dari Hotel, jalan 5 min dah sampai. Dah boleh nampak Hotel sepanjang perjalanan tu.

Disebabkan perjalanan agak lama dan sampai pun malam, plan nak ke Myeongdong pun cancel sebab masing-masing kepenatan. Mak, Irfan, Afiq & Amani demam dan tak sihat. Kesian dorang.

Hotel yang kitorang stay. Nampak tak dekat giler dengan exit Subway?


Update: Those yang nak stay at Hotel KingKong, and prefer naik bus from Incheon airport, boleh refer this map. Bas akan berhenti dekat area shoplot tanda bintang tu, then you have to walk and cross the road untuk sampai ke guesthouse tu. Boleh nampak dari jauh guesthouse ni.

Day 2: (Namdaemun Market, Itaewon Tour)

Hari kedua kami memulakan langkah untuk ke market yang memang dekat dengan Hotel kami. Tak sampai 5 min jalan pun dah sampai. Kena lintas jalan je. Huhu...Namdaemun Market ni memang banyak sangat barang terjual. Dari baju, baju sejuk, accessories, souvenir etc. Tapi, tak semua barangnya murah...Ada kedai yang buat lelong baik grab aja. Plan nak jalan area sini pun sebab nak cari bus stop untuk kami ke Nami Island pada keesokannya, tapi hampa...tak jumpa.

Sebelum keluar. Time ni dia monyok sebab tak sihat lagi.
Nampak tak sapa yang bertampal koyok tu? Hehe.

At Namdaemun Market

Tengah hari nya pula, kami ke arah Itaewon dengan naik subway. Subway pun dekat gila dengan Hotel kitorang. Seminit jalan gitu dah sampai subway Hoehyon Station. Huhu. Tapi jenuh naik turun tangga dia. Sepanjang perjalanan kitorang guna T-Money. Dah siap topup awal-awal malam semalam. Nak ke Itaewon dari Line 4, kami kena tukar ke Line 6 dekat Samgakji Station. Sampai je Itaewon station, kitorang kena lintas untuk ke arah Masjid. Tengok jam, hmmm...laki aku memang dah terlepas waktu solat Jumaat, so kami decide untuk makan dulu. Makan buffet di Foreigner Restaurant. Kedai makan ni Halal. Actually, area Itaewon ni tak payah risau nak cari makanan Halal. Memang bersepah.

Jam pukul 3.00ptg kami teruskan perjalanan nak ke arah masjid Seoul di Itaewon. Jalan di sini memang agak mencabar sebab berbukit bukau. Mak kita pun agak surrender. Bila dah sampai pintu depan, nak kena mendaki sampai ke pintu masjid. Memang curam bukitnya. Mak dah surrender tak nak naik, tapi sebabkan kita beriye nak naik, mak pun gagahkan naik. Bergambar, solat, pukul 5.00ptg kami balik dan tinggalkan Itaewon, dan sampai ke Hotel. Kami berehat sebab kepenatan berjalan.

Mak & Amani.
Roadside at Itaewon


Pintu bawah masjid

Malamnya pukul 10.00mlm, me and husband keluar untuk mencari Sungnyamen Gate untuk Nami island punya bus stop. Tak puas hati tak jumpa pagi tu. Hehe, dan akhirnya jumpa juga. Sebabkan jiran kami yang follow trip ni baru sampai, so kami decide untuk ke Nami Island hari Ahad.

Day 3: (Namsan Tower, Myeong-dong Market)
Pukul 9.00pg me and husband dah keluar ke Insadong untuk beli tiket ke Nami Island, and jiran kami mulakan trip perjalan ke Namdaemun Market tu. Untuk ke Nami Island, kami pilih full package bus + entry pass, KRW23,000 untuk dewasa. Sebabnya, pickup point sangat senang dan berdekatan dengan tempat tinggal dan tak payah nak beratur beli tiket untuk melintas ke Nami Island tu nanti.

Direction ke Insadong Office Ticket Nami Island
Office hour; 9:00 - 18:00/ 7days
Address: 3Fl, Gallery Sang, 17 Insadong-gil, Jongno-gu, 110-290 Seoul
(Opposite building to Starbucks)
Tel: +82-2-753-1247 

1. From Jonggak Station (Subway Line#1) and get out from Exit#3.
2. Go straight and turn left in front of Kumkang Shoes store when you reach at the intersection.
3. From Jongno3-ga Station, get out Exit#1, and go straight. Cross the road at the intersection and turn right.
4. Go straight along the street toward Insadong-gil.
5. And their building (National Souvenir Center in 1stFL) is the opposite of Starbucks Coffee Shop (The sign is written in Korean). Tak silap ade 2 starbuck, awk kena jalan ke dlm lagi.

Anyway, kalau korang tak nak buang masa beli ticket dekat Insadong tu, korang boleh beli on the spot dengan driver bus, tapi tak ada guarantee based on availability. Bayar cash saja pada bus driver. But so far pengalaman kita, bus tu tak penuh pun. Tak ramai orang. Ada juga alternative lain ke Nami Island, korang boleh ushar this website https://namisum.com/en/location/

At Insadong. Purchase ticket to Nami Island.

Lepas beli tiket tu, pukul 11.00pg kami dah tiba di hotel dan siap sedia untuk mulakan trip ke Namsan Tower. Hari sangat tak baik sebab cuaca hujan renyai-renyai sepanjang hari. Kami mulakan perjalanan pukul 12.00tgh hari dengan menggunakan subway ke Myeongdong Station exit 6 (1 station sahaja dari Heohyon). Keluar dari exit 6 terus mencari shuttle bus yang direct ke Namsan Tower. Tapi kitorang dah tersalah naik shuttle bus ke Namsan Cable Car. Bila dah sampai cable car station tu, sebolehnya kitorang nak naik bas sampai ke atas. Cuaca memang hujan sepanjang masa. Kitorang menunggu bas yang ke sudah tak lalu. Teksi pun tak nak naik ke atas. Setengah jam menunggu kitorang pun naik lah juga cable car tu. Harganya KRW8,000.


Depan Cafe dkt Hotel. Before heading to Namsan Tower.
Today Amani dah sihat sikit. Tak kuat meragam.
Kemain suka Amani.
Me & my nephew, Irfan. Waiting for bus. Rainy.

Dalam Cable Car. Ada Ahjumma sebelah tu dok main je dengan Amani.
Tunjuk gamba Oppa (cucu dia) lagi. Hehe.
Cable Car yang luas.

Sampai di pit stop atas tu, jenuh juga nak kena naik tangga, dengan cuaca hujan dan beranginnya. Memang takde mood langsung. Kitorang pun berteduh je bawah pondok. Kabus tebal memang tak nampak apa langsung. So kitorang decide untuk turun naik bas, snap gamba pun sikit-sikit je. Turun pun guna lift, lepas tu bejalan sendiri. Balik naik bus no. 05 ke arah Myeongdong dan kami turun di Namdaemun Market (Heohyon station 4). Sampai hotel pun pukul 3.00ptg ++ then kami nak berehat dan mandi.

Our first pit stop lepas turun dari cable car. Kena daki tangga woii.
From Irfan's camera phone
Basah lenjun waktu hujan lebat. Huhu.


Sempat juga nak bergambo walau tengah hujan lebat

Pukul 6.00ptg kami keluar ke Myeong-dong market semula, naik subway. Pukul 6.00ptg di Seoul macam 8.00mlm ye. Cuaca seperti biasa tak berhenti, kami ke exit 3. My impression untuk Myeongdong market, ingatkan macam Namdaemun market, tapi berbeza, tempat ni banyak dengan barang kosmetik dari baju-baju sourvenir. Orang-orang tua ni macam tak kenan, so dorang balik dulu. Tinggal my husband, me and Irfan proceed berjalan. Plan, kita nak cari Hello Kitty cafe tapi tak jumpa, so kami decide ke Cat Cafe. Sebab ternampak ada badut kucing di jalanan, so badut tu pun bawak kami. Hihi...

Group from Kelana Jaya. OTW nak ke Myeong-dong naik subway
Hujan masih renyai @ Myeongdong Street
At Myeongdong Street
@ Myeongdong Street
At Meyongdong Street

At Myeongdong Street
Hujan-hujan ni susah nak berjalan. Sejuk!

Nak masuk Cat Cafe ni kena bayar ye KRW8,000 adult, tapi...dorang bagi minum free. Kita minum mocha. Amani waktu ni tidur je kerja dia. Sampai situ kucing dok kacau-kacau dia. Haha. After 15min pun Amani dah bangun, bagi dia main dengan cat tu semua kejap. Jakun dia. Huhu. Then we take off balik hotel kul9.00mlm macam tu.

Cafe View
Bos kecik baru bangun tidur.

Muka Meow ni garang

Our FREE beverages. Laki sibuk main kucing, aku pi perabis air dia. Hohoho~

Day 4: Nami Island Tour
Pagi-pagi kami dah kena bangun sebab nak bersiap tunggu bas di Sungnyamen Gate. Even tak jauh pun, kami kena prepare sebab nak grab teksi lagi. Bus depart at 9.30pg, tapi kena ada dekat situ pukul 9.10pg. Tepat 9.30 bas pun bergerak, bas sangat selesa. Rupanya tak ramai pun. Trip kitorang je and ada la 1 Philippine couple ni. Nak naik bus ni, bus driver akan bagi tiket return & entry pass. Kena simpan leklok ye.

At checkpoint bus station. Belakang tu Sungnyamen Gate

Map ke bus stop Namdaemun Market untuk ke Nami Island.

Signage bus stop. Kitorang tour malam sebelumnya untuk tahu location bus stop ni.

Pukul 10.30pg tepat sampai ke perhentian Nami Island. Sesudah samapi di imigresen check-point (takde la imigresen mana, check tix je pun), kami terus naik ke dalam ferry. Ferry yang besar and selesa. Boleh lepak di tepi ferry atau dalam. Kami decide lepak dalam sebab nak duduk. Hehe. Dari perhentian nak ke Nami Island tu tak jauh pun. Dalam 10-15 minit je. Sesampai di sana, masing-masing pergi info counter, toilet la. My neighbour sewa stroller dekat situ. Rasanya murah je sewa, tak ingat pulak berapa. Kitorang lepak dekat situ until 3.00ptg. Sebabnya takut tertinggal bas. Hehe. Sempat lah bergambar, makan solat etc. Amani pulak asyik tidur je sepanjang waktu dekat Nami Island ni, tak boleh nak bergambar dengan dia.

Baru sampai di Nami Island

Sambil menunggu orang
Mak dengan makcik kak jiran. Cemana aku nak explain?
Small Village
Memulakan perjalanan

Cik Amani dah lapar makan sekut.

Hello Nami Island! Maaf gamba #nofilter. Kasi ori sikit. Hehe

Bertandang di tempat cinta Jun Sang & Yoo Jin

Halal Restaurant, and tempat solat sebelah pintu tu je.

View dari Halal Restaurant tu

Annyeong!

Winter Sonata zone
Terhegeh-hegeh kita nak melompat
Family Portrait.

Kitorang depart from Nami to Myeongdong pukul 4.00pm macam tu. Sampai je dekat Myeongdong tu dalam pukul 5.30pm, kitorang amik cab untuk balik ke hotel. Kesian kat mak tak kan nak jalan kaki even dekat je pun. Sampai hotel kitorang keluar balik, mencari sourvenir dekat Namdaemun market depan ni je. Sebab tak ke sudah tak jumpa sourvenir. Dekat Nami Island nak beli, tapi mahal la pulak. Lepas puas shopping dekat Namdaemun market tu, kitorang decide nak pergi Apgujeong. Sebabnya????? Kite nak pergi cafe Twosome by So Ji Sub!!! Tapi, sangat lah kecewa, sebab baru tahu, So Ji Sub dah tak own that cafe since 2014. Penat taw berjalan ke Apgujeong tu, 3 kali tukar train. Huhu.
Buzzer ni kalau air korang dah siap benda ni akan blink & vibrate.
Malaysia hado?

Dah letih jalan pun pekena Hot Choc & Mocha


Then, sampai Hotel pukul10.00mlm, kitorang decide untuk rehat dan kemas barang. Pukul 6.30pg esok nak kena keluar dah sebab nak pergi airport.

Kami banyak missed itinerary and pergi tempat best. Macam Cheonggyecheon/Han River, Petite France and Namsangon Hanok Village. Meh sini nak listkan bajet sepanjang berada di Seoul selama 5H4M. Approx bajet ye.

1. Flight ticket Return sekali bag luggage 25kg & flight meal
RM775 per pax (RM1705 for 2pax + 1 infant)

2. Accommodation (GuestHouse/Hotel) 4 nights, triple bed (Boleh 3-4 org stay)
RM300

3. T-Money Reload (Banyak balance, boleh refund dekat mana2 kaunter Subway/machine)
KRW20,000 ~ RM70

4. Bus shuttle from Airport to Myeongdong
KRW10,000 ~ RM35

5. Lunch Buffet at Itaewon per pax
KRW17,000 ~ RM60

6. Namsan Tower Cable Car
KRW8,000 ~ RM30

7. Myeong-dong Cat Cafe Entrance Fee
KRW8,000 ~ RM30

8. Taxi to Sungnyamen Gate
KRW6,000 return ~ RM10

9. Nami Island package + Transport
KRW23,000 ~ RM80

10. Lunch at Asian Cuisine Restaurant Halal, Nami Island (approx. 1pax) Makan sini memang mahal.
KRW25,000 ~ RM90

11. Street food at Namdaemun & Myoengdong
Kebab KRW4,500 ~ RM16 (2x beli. Hehe)
Ice Cream Turkish KRW4,000 ~ RM14
Banana Pancake Nutella KRW4,000 ~ RM14

12. AREX Train from Seoul station to Incheon Airport (Disc. price got from Discovery Korea booklet)
KRW6,000 ~ RM22

13. Egg Wifi
KRW25,000 ~ RM85 (RM42.50 per person)

14. Sourvenir etc. (approx.)
RM100

Total Spent: approx. RM1700 per pax

Pre-vacation budget

1. Passport
RM200 adult, RM100 baby

2. Winter cloth
RM50 approx. Bundle je. Hehe. Check entry ni Baju Winter Bundle.

3. Makanan
RM60

Daripada bajet yang dah spend ni, alhamdulillah kitorang jimat banyak juga, dari take travel package yang harga bermula dari RM2,800 ++

Btw, korang boleh jimat banyak lagi untuk bab makan. Boleh bawak makan sendiri dari Malaysia, or korang boleh makan dekat restaurant yang lebih murah. Terpulang pada diri sendiri. Kitorang pun banyaknya bawak bekal from Malaysia. And kalau jumpe Halal Restaurant je kitorang makan dekat situ.

HAAA!!! Nak bagitahu ni!!!!

Korean Tourism Organization (KTO) ada bagi buku tour & coupon FREE sekali dengan T-Money card ada kredit tu. So, korang rajin-rajin lah pergi website dorang. Discover Korea Your Way 2016 Campaign untuk dapatkan buku coupon tu. FREE je, just fill in survey form & submit related documents eg. copy of passport, flight itinerary & IC. Sebelum tu kena lah register dulu k. 1 registration valid untuk 1 buku coupon saja. Kalau pergi ramai-ramai, ramai lah korang register. Mana taw korang boleh guna coupon tu. Macam kita guna coupon KTX dari hotel nak balik ke airport. Memang jimat habis lah.

Tips bercuti bawa orang tua & baby.


1. Ikutkan kalau bercuti bersama orang tua or bawak baby sangat tak recomend untuk backpackers ataupun guna ground package dekat sana. Even Korea sangat maju dengan Subway or train di merata tempat, tetap memenatkan, sebabnya terlalu banyak tangga dan laluan yang harus ditempuhi. Nak guna lif pun sebenarnya agak jauh dari exit kita nak keluar. Tetap kena berjalan.

2. Tak payah bawak barang terlalu banyak. Kitorang banyak recycle baju. Hehe. Macam keperluan Amani and pampers, memang akan bawak loose pampers dalam 25pcs untuk 5hari, dan susu dia pulak, kita pack kecik-kecik dalam plastic, untuk jimat ruang.

3. Pilih Guesthouse/Hotel dekat dengan train and termpat berjalan. Jangan stay dekat tempat yang jauh dengan destinasi korang nak pergi. Gamaknya jauh la korang nak berjalan, tukar Line subway etc.

4. Pilih baju yang bersesuaian waktu travel ke sana. Let say korang nak travel time winter, bawa lah baju wintercoat yang selesa dan tahan sejuk. Heattech/Long John jangan lupa. Long john memang mahal kalau korang beli dekat tempat macam Universal Traveler etc., tapi kalau rajin cari nak yang murah boleh beli dekat Uniqlo. Kita beli baju Heattech sahaja baru RM12.90! HAHA. Kalau korang sampai Korea pun ada jual baju long john ni. Even 7Eleven dorang jual baju ni tak sampai RM30 pun. Kalau travel time summer tu, toksah bawak baju tebal-tebal. Nanti kepanasan pulak.

5. Study tempat nak pergi at least 1 month before travel, dan study betul-betul line subway dekat sana. Boleh download apps 'Korea Subway Navigation'. Sangat membantu! Kalau tak nanti, korang asyik tersesat. Aware dengan setiap exit dorang. Salah keluar exit, berjalan jauh la jawabnya.

6. Meh nak recomend egg wifi yang cool and murah. Boleh visit www.koreawifi.net. Service dorang sangat murah dan tak perlu bayar depo! Kalau korang rent dekat airport, kena bayar depo beratus-ratus. Dengan dorang, tak payah pun! Kita book 1 week before travel sana. Harga KRW5,000/day + KRW10,000 utk pickup & delivery service. Tak payah susah-susah nak pergi hantar dekat dorang. Boleh share up to 5devices! Owner Lee Hyun Ju. Malas nak citer, amik contact dorang dekat website tu ye. TAPI!!! Coverage dekat Nami Island very bad :(

7. Yang bawak anak kecil, tak galakkan bawa stroller baby lipat payung ke hape. Leceh korang nak seret. Meh, hakak nak payung korang. Kita bawak Aldo Compatto compact stroller. Lipat kecik & angkut kat bahu je. Senang kerja.

8. Tukar duit Won siap-siap, sebab tukar dekat sana mahal. Waktu tukar dekat sini KRW1,000 dapat la RM3.40. Dekat sana kalau tukar jadi RM3.70. Sangat rugi.

9. Mana yang terasa diri tu mampu dan kaya cam Che Ta, bole hire personal photographer. Disebabkan kitorang bawak baby, mood nak bergamba agak kurang, tak macam honeymoon dulu. Cepat penant bawak barang je.

10. Korang yang wish untuk guna credit card, boleh active siap-siap. Dekat Seoul ni mana-mana tempat boleh accept credit card, even dekat pasar pun. Kite guna takat beli air je. Tak sentuh benda lain pun.

11. Beli seperate luggage from AA ni memang mahal. Untuk Seoul 1 way sahaja kalau 20kg dah RM104. So kitorang amik 25kg, harga RM118 untuk 3 orang anak beranak! HAHA. Jimat tak? Bawak baggage 26inch. Beg gila sendat. Rupanya timbang dekat Airport baru 16kg daaa. Kena mindset tak perlu bawak barang terlalu banyak. Jenuh nanti korang nak angkut bila travel ni. Lagipun kan ada FREE 7kg untuk cabin punya space. Gunakan sebaik mungkin.

12. Yang ni SANGAT PENTING!! Medical Kit. Apa yang korang kena bawak? Segala ubat-ubatan untuk emergency case. Bawaklah panadol, ubat angin, batuk, selesema, sakit perut, koyok, losyen (untuk gatal-gatal waktu musim sejuk). Jangan ingat korang sihat kat sini tak perlu bawak. Kat sana tak tahu pe jadi. Macam husband kita, sampai sana terus demam. Hihi. Untuk anak/baby pun jangan lupa k. Kena standby juga.

OKAY ADA GOOD NEWS NI!

Meh nak share dengan korang yang nak travel ke Seoul secara backpack ni. Sekarang korang dah boleh travel ke Seoul tanpa was-was dengan menggunakan NARACARDS! Apa tu Naracard? Naracards Korea adalah koleksi kad informasi tempat-tempat menarik berkonsepkan 'business card' sebagai bantuan melancong sendiri ke destinasi tarikan pelancongan di Korea Selatan. 


ni contoh penerangan kad melancong ke Korea
So, lepas ni kalau nak backpacking ke Korea dah tak perlu risau sebab NARACARDS ni dah ada macam-macam info dan jimat masa kita untuk travel. Rugi sangat sapa yg tak grab NARACARDS ni. Boleh click banner side bar untuk info lanjut  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

I think I'm gonna miss this place 1 day.

  • Share:

You Might Also Like

33 ulasan

  1. betul ke so ji sub dah tak owned twosome café tu? ala baru excited.. saya minat dia.. poster2, coffee so ji sub pon dah tak ada ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde dah awak. Lepas pergi cafe tu mmg dah takde poster all standee so ji sub. Dah jadi Twosome Cafe saja. No longer A Twosome Place by 51k So Ji Sub. Kita baru taw lepas pergi n baca blog. Hhuhu. Sedih :(

      Padam
  2. askum..nak tnya pasal guesthouse king kong tu...ble cek agoda, kanak2 bley stay...cek booking.com xley bwk kanak2 lak....tuan blog guna yg mana satu pnya?hehe..sbb nov ni pegi bwk baby 2 tahun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...hii....kita guna agoda waktu booking kingkong tu. rasanya tak ada masalah untuk bwk baby. sbb anak sy dengan anak jiran masing2 umur setahun lebih waktu tu utk checkin, tp takde masalah rasanya. owner tempat pun ok. recomended kingkong ni even tmpt kecik :)

      Padam
  3. Salam, saya kurang faham dan ingin bertanya lebih lanjut tentang shuttle bus ke nami island. Boleh terangkan lagi sekali termasuk tempoh perjalanan? Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam awak...naik shuttle bus dari pit stop Namdaemun Gate ke nami Island perjalanan dalam 45min mcm tu. Saya beli pakej naik bus + tiket nami dekat Insadong. Bole email saya nnt sy share ye. Saya akan update entry ni jugak :)

      Padam
    2. Saya reply email awk tak dapat, bole WA sy terus ye 012-2519055.

      Padam
  4. salam sis.. sis ade guna app ape2 tak utk guna public transport?? tq sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...saya guna apps Korea Subway Navigation je utk guna train subway dorang. Sbb banyak guna subway dekat sna. huhu.

      Padam
  5. Salam, saya nak tanya sis tukar duit won kat money changer mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam sis...waktu tu sy tukar dekat money changer Paradigm Mall. Sy pernah tukar money changer dekat summit USJ situ murah sikit la.

      Padam
  6. Rindunya dekat Korea 😍😍
    Bilalah nak repeat lg sebab tak sempat habis ronda dekat Seoul 😭

    BalasPadam
  7. best kan...tu la sama dgn kite. tak habis round. uhuhu.

    BalasPadam
  8. salam, mai la singgah blog sy - http://mykoryotrip.blogspot.my/
    ada tips expenses, makan halal map directions & itinerary 6h5m

    BalasPadam
  9. Next trip wajib g korea cmnih..hehe..jemput singgah blog http://sweetwin.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Hai sis nak tanya ni,kalau kat king kong hotel tu nak ke myeongdong stret jalan kaki bole ke atau mesti kene naik bas,n ke sungnyamen gate tu pun kene naik bas ke 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, kalo nak ke myeongdong st. tu sy suggest naik subway train 1 station dah smp dr kingkong tu, sebab mcm jauh sikit nak jln kaki, lgpun tepi jalan besar. kalo nak ke sungnyamen gate tu jln kaki pun dah ok. jauh sket, tp still ok lg nak berjalan.

      Padam
  11. Thanks for these tips. I want to visit Seoul in winter. I think that's a perfect time to explore the city. Anyways, do you have tips about vacation rentals in Seoul? What should I look into? Any recommendations

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi elisha!

      Thanks for reading my entry :) There are not much vacation rentals I can recommend here. I suggest u to look a guesthouse nearby to subway station. Easier cause u need to walk a lot during your vacation (unless you go with agent package).I stayed at King Kong Hotel which nearby to subway station and that area is in the middle of other places I went to. U can rent a pocket wifi is you wish to get connected during your stay, and if you wish to rent a hanbok (korean traditional dress) can rent from this website http://www.onedayhanbok.com

      Padam
  12. entry ni lengkap dapat bantu saya buat itinerary 😊 in sha Allah, saya ke korea 3/2018 jemput singgah blog saya https://thirtynetwork.com/redvelvet

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullillah. sure, sy akan singgah and follow :)

      Padam
  13. Salam sis. Nak tanya pagi masa nak balik malaysia tu naik apa eh nak ke incheon airport? Bas ada ke? Dan kena beli tiket macam dari airport ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. blk tu sy naik train AREX, sbb guna discount coupon dr booklet tu. sbb sy tak jmp tempat nak beli tiket bas dr namdaemun tu. huhu.

      Padam
  14. Wow sis. bestnya. cantik kat Nami pun :D good tips anyway, serious best.

    BalasPadam
  15. Hi.. Saya dan keluarga- 4 dewasa dan 2 kanak-kanak akan ke Korea pada bln 3 ni. Telah book untuk stay di Hotel Kingkong. Plan naik bas dari Incheon Airport. So, nak tanya psl way or laluan nak ke hotel ni lepas turun bas di Namdaemun Market bus stop tu. boleh share in detailed tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, actually dr pit stop bila sampai dekat namdaemun tu tak jauh dah dr Hotel Kingkong tu. Bas akan berhenti dekat dgn shoplot. Hotel tu tepi jln and belakang shoplot dalam 1-2 row. dari jln besar dah boleh nampak hotel tu. saya baru update map dlm entry ni.

      Padam
    2. Thank you very much, Pn. Raihana for the update and info.. May God bless you and your family... ;)

      Padam
  16. Salam sejahtera, boleh saya tahu di kingkong hotel ni ada disediakan kemudahan tempat letak bagasi tak sebelum check in atau selepas check out. Sebab waktu check out dalam tengahari macam tu kan, tapi flight balik saya malam ^^~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy x sure service ni sbb tak pernah tanya. rasanya mcm ada tp mungkin limited. sbb space dorang sgt kecik. reception dorang sangat kecik sbb bersebelahan dgn kitchen.

      Padam