Assalamualaikum...
Alhamdulillah...selesai sudah majlis hari jadi Malaeka Amani. Finally, we made it on 20 March 2016, fall on Sunday. Kenapa date tu, lambat dari birthdate dia? Balik dari Korea still thinking, nak buat ke tak? Nak buat dekat mana? Dengan bajet lagi. Oh nooo. And date tu je kami free. Huhu.
Okay, mai nak review sikit sepanjang majlis hari jadi Amani ahad lepas. As memories and vendor yang terlibat.
Birthday Card
Birthday card invitation kitorang buat online je. Kita guna www.fotor.com. Korang cari la idea macam mana nak theme card tu then boleh design guna website tu. Kalau rajin nak print, print je. Macam kita whatsapp je. Hihi
Celebrate sekali dengan anak buah |
Flat Above Foodsbury @ Seksyen 9, Shah Alam. Tempat ni memang awesome! Sangat sesuai kalau korang nak buat majlis hari jadi or small function.gathering. Tempat ni boleh accommodate up to 50-60pax at 1 time. Location Seksyen 9, Shah Alam. Area shoplot menghadap kawasan perumahan. Event space ni sangat santai. Ada hall untuk korang buat majlis, and space untuk korang melepak-lepak. Ada TV, Astro, Fridge, Bean Bag, Table, Toilet, Surau etc. lah. My guest, family pun seronok je lepak sini sebab memang santai. Rental pun sangat lah murah untuk weekend RM250 sahaja. 1 day ada 2 session, morning and evening. Kitorang amik morning rental from 11am - 4pm. Kalau nak sewa barang-barang dorang tu lain kira. Dorang pun ada buat service catering, tapi kitorang amik luar je :)
Catering/Food
Ezry Tempayan Kelana Jaya. Asalnya ingat nak masak sendiri, tapi pikir balik nak ringankan penat tu, kitorang order je dekat restaurant ni. Dorang bagi pakej bajet yang menarik which is RM5 per pax untuk nasi, ikan masak asam pedas, papadom dan ikan masin. Then, kitorang sendiri yang tambah lauk macam goreng ayam, kuih, makaroni and air. Total order RM250. Sendiri punya makanan, plate, cup tambah RM150.
Candy Buffet
Sugar Craft Creations. Ini semestinya lah mama Amani yang buatkan. Hehe. Kita bajet dalam 30pax punya food saja.
Ctie Bakerys. At first, ingat nak beli kek murah je sebab memang bajet ciput. Beli kek Secret Recipe or Wondermilk. Sebab rata-rata tanya kek buttercream/fondant RM140++. Then, jauh untuk pickup. At last kita jumpa Ctie Bakerys ni and dia pun bagi harga murah and ikut theme kita. Memang puas hati. Harga? RM120 je. Rezeki sebab kek tu 2kg lebih :)
Cake Topper
Snafstuffs. Tengok cake topper dorang from Wedding Cake Zaquan & Ayu Raudhah. Nampak cantik je, so kita pun order. RM25 incl postage.
Photobooth
Sugar Craft Creations. Photobooth ni memang last minute buat. 2 hari sebelum majlis baru nak suruh print. Photobooth & Backdrop bajet RM150. HAHA~
Add caption |
Party Bag/Doorgift
Sugar Craft Creations. Party bag ready 30sets untuk kids and 60 jars untuk parents. party bag ni ada balloon, party mask, blower and snacks. Jars pulak kita bagi 3 layer nuts. Boleh PM kita kalau nak tahu harga k.
Baby Headband Crown - RM16 inc postage from Ohbabygirlheadband.
Dress - Beli waktu pergi Korea KRW23,000 ~ RM75 T_T
Balloons
Candle Sparkle - RM10
Nak diikutkan total cost dekat RM1000++ Memang banyak belanja, tapi pikir balik, takpe lah. Untuk anak sorang ni, sekali sekala, kita jamu orang atau tetamu makan. Kalau ada rezeki lebih, mungkin buat dekat rumah anak yatim. Teringin sebenarnya.
Nak diikutkan total cost dekat RM1000++ Memang banyak belanja, tapi pikir balik, takpe lah. Untuk anak sorang ni, sekali sekala, kita jamu orang atau tetamu makan. Kalau ada rezeki lebih, mungkin buat dekat rumah anak yatim. Teringin sebenarnya.
Geng ni tak pernah missed kalau kita jemput kenduri |
Majlis Hari Jadi first Amani ni memang buat simple yang mungkin. Jemput tetamu pun ala kadar. Makanan pun alhamdulillah tetamu cukup makan walaupun tak meriah. Tak ada buat game, tak ada karaoke, takde clown, takde sand art. Decoration pun simple je. Tu pun guna apa yang ada dekat kedai.
Nak tips/checklist sambut hari jadi anak? Meh klik link ni: Tips Merancang Hari Jadi Anak
0 ulasan