Hartanah di Malaysia ni dah tak laku ke?

By Raihana - Jumaat, Julai 03, 2015

Assalamualaikum...

I ni bukan lah orang hartanah mahupun agent hartanah nak bincangkan issue macam ni. Mungkin patut orang yang lebih berpengalaman yang expert untuk bercerita.

Bukan sekali dua, banyak kali juga hati ni tertanya. Kalau berjalan-jalan di kawasan perumahan baru, yang cantik dan boleh untuk diduduki, mesti available untuk dijual. Bukan satu dua yang macam tu. Banyak tempat nak diikutkan rumah untuk dijual/disewa. Rumah untuk dijual/disewa tu bukan calang-calang rumah. Boleh dianggarkan lebih dari RM700k!

Fuhh, bayangkan harga rumah cenggitu. Siapa yang mampu beli sebenarnya? Purata gaji or isi umah rakyat Malaysia ni bukannya banyak mana. I guess average mesti RM6,000/month. Itu average saja, belum lagi orang yang masih bergaji bawah and leboh dari tu. Even, mereka yang bergaji RM6,000 pun belum tentu dapat beli rumah harga RM700k tu. Komitmen sekarang bukan sikit-sikit. Duit kereta, sewa rumah, bank loan, perbelanjaan rumah, daily expenses and macam-macam komitmen yang tersirat lagi, belum lagi charge GST yang dikenakan pada barang-barang.

Rata-rata rumah yang untuk dijual/disewa tu mesti kawasan agak loaded lah macam Damansara, Glenmarie, Shah Alam. Itu kawasan yang I lalu sahaja. Area lain macam mana pulak tu?

Nasib la kerajaan ada lancarkan rumah PRIMA untuk rakyat yang mampu milik (mampu ke?). Puji lah sikit usaha dorang tu kan. Tapi, bila belek-belek lagi, harga masih mahal. Untuk apartment sahaja dah nak cecah RM400K. Mereka yang bergaji RM5,000 - RM6,000 ni tak tentu pikir nak beli lagi. Ada reason juga la kenapa hartanah mahal macam tu. Prominent area, convenience to everyone. Siapa tak nak kan?

Dan berbalik kepada rumah yang belum occupied yang masih belum terjual tu, apa action developer? Mengharapkan agent untuk jual sahaja ke? Ada plan nak turunkan harga rumah tak? (berangan kejap!). Seriously in my opinion, orang yang mampu beli tu pun belum tentu duduk dekat rumah tu. Sebab sah-sah orang yang beli tu berkemampuan dan mempunyai hartanah lain. Pembelian hanya lah untuk property investment sahaja. Seronok buat property investment ni, value makin lama makin naik, tapi kita masih tak mampu nak beli sebab gaji tak tentu naik!

Yang jadi kesiannya, kalau lalu area rumah-rumah macam tu, tak semua occupied. Ada la tak sampai 10 buah rumah diduduki. Kesian macam tak ada jiran and community. Yang duduk tu pun entah sapa-sapa, mungkin kebanyakannya foreigner yang mampu beli rumah dekat Malaysia ni.

I know there are more housing project coming soon. Harga yang diletakkan pun tak jauh beza. Sebab kerja sekarang yang ada kena mengena dengan industry, so kita tahu serba sikit project perumahan yang bakal dibina, Harga yang belum bina pun kemain mahalnya, tunggu la bila rumah tu dah siap bina. Ternganga mulut tak terkata.

Impian nak ada rumah sendiri belum termakbul lagi. First sebab bercanggah pendapat dengan suami. Second factor macam ni la bila terpaksa tengok rumah yang mahal-mahal. Tapi still ada hartanah yang murah untuk rezab Melayu, but masih dikategorikan agak mahal.

So, nak ada rumah ni kena berangan dulu la kot?

Source: hartanahkita.com

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

  1. huurm.. skrang ni nak beli rumah tak mampu.. orang melayu memang susahla
    nak dapat rumah besaq..

    BalasPadam
  2. Rumah yg rega mahal mcm tu utk org asing je...org asing yg kerja kat sini pun gaji bukan murah..tambah pula kalau org asing yg beli utk investment...nilai duit ringgit kan dah jatuh...makin senang lah dorang nak beli..
    Devaloper semua nak kejar buat rumah rega 300k keatas...sampai dah melambak kat pasaran...yg rega rm200k kebawah just tunggu rumah dri gov and rumah mampu milik by gov je la...and berebut rumah second hand yg sedia ada nie..rumah prima yg dijual rm275k still mahal giler...syarat kena duduk sendiri dan boleh jual lepas 10thn boleh membuatkan si pembeli terperangkap dng masaalah...sbb golongan muda selalu bertukar tempat kerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. True...orang-orang muda sekarang la payah nak beli rumah...gaji tak tinggi mana...attitude pulak hutang sana sini...ekonomi makin tak stabil...kos hidup makin tinggi. alahaiii.

      Padam