Postnatal syndrome - She is No Longer Cik Laa

Tuesday, June 30, 2015

Postnatal syndrome

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 3 bulan melahirkan anak. Great and bad moments I have so far. Kenapa? Dah nak jadikan ianya pun sindrom mak-mak baru lepas lahir kan anaknya.

First, kecewa dengan diri sendiri yang masih tak dapat nak susukan baby sendiri. Sedih tu hanya Allah yang tahu. Orang tanya tak cuba ke apa? Ada yang ingat I ni malas agaknya. Malas nak layan soalan begitu, I just answered, Amani tak ada rezeki nak susu badan. THAT'S ALL! Macam-macam cara dah cuba siap ada doc advise belikan breast pump mahal-mahal. Memang lah kami ni tersangat mampu kan. Bole refer my previous entry.

Bila orang tahu I deliver dekat private hosp je, sibuklah tanya, berapa ribu riban habis? Untung lah banyak duit beranak situ dapat bilik VIP gittew. Kau orang ingat duduk private hospital murah-murah ke? Sememangnya mahal, tapi kami lakibini memang dah aim dari awal nak deliver situ. Bukan sebab nak perabis duit ke apa, sebab kami yakin dengan hospital yang kami pergi. Somemore, my mom dah pesan awal-awal beranak je dekat hospital tu, jangan nak susahkan diri yang sarat mengandung and risikokan diri sendiri serta baby nak beranak dekat klinik biasa or hospital kerajaan. Tu, depends dekat orang juga kan. I don't say hospital gov ni bad. But, kami lakibini nak ada keselesaan. Tungkus lumus husband cari duit taw. Bukan senang nak kumpul harta yang ada. Dia sayang nyawa anak bini dia. Mesti lah nak yang terbaik. Lagi, masih ada yang mampu pergi hospital bapak mahal nak mati pun still dapat subsidi dari company dorang. Untung company support medical, buat company macam kami lakibini yang tak ada benefit tu, cari hospital biasa-biasa je la.

TAPI, hospital yang I duduk memang antara yang berbaloi-baloi orang cakap. Service tip top tempat yang selesa. Harga tak semahal private hospital yang lain. Ada my officemate, his wife deliver dekat private hospital lain pun, habis almost RM7K untuk normal birth! Bill I tak sampai banyak tu pun untuk ceaser.

Bila dah beranak dekat private hospital ni pun, ada juga dengar kata-kata kurang enak. Waktu tengah confinement ni, ada lah sorang makcik jiran datang melawat. Semenggahnya dia cakap private hospital ni memang suka nak ceaser sebab nak duit saja kan. Hati kita dengar ni pun sakit je hati. Sumpah seranah kita dalam hati tak tahu ke kita ni penat beranak bukan nak jalan senang untuk berbayar je. 3-4 minggu lepas tu, dapat tahu anak perempuan dia deliver, terpaksa ceaser juga sebab ada komplikasi sama macam Amani, baby dah berak dalam, TAPI tu pun beranak dekat HOSPITAL KERAJAAN juga! Dalam hati tersenyum sinis cakap, tu lah dulu pandai mengata orang.

Untungnya, I ada husband yang sangat caring and rajin bila ada baby ni. Tapi caring dengan baby je la lebih, dengan wife dia dah cam lupe sikit. Ni memang sedih. HAHAHA~
Kadang-kadang tak perlu bersuruh, dia dah buat and very particular on hygiene, takut baby senang sakit. Kadang-kadang cerewet juga dia ni buat kita hangin je. HEHE. Yang penting dia tak MALAS dan sangat membantu I bila I uruskan hal-hal lain.


Amani dah nak masuk 4 bulan tak lama lagi :)

4 comments:

  1. abaikan je ana mulut orang, akk pun bersalin czer jugak. Bukan kita nk czer, tp emergency czer, jntung bby da slow. Slalunye org laki ni kalo dapat ank girl, mmg lain mcm btul prihatin dia. Akk pun mlm2 abg raja la yg sgt2 rajin basuhkan botol susu bby, tukar pmpers, baby kebersihan mmg tiptop..akk plak rse mcm segan sbb xsegigih dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...untung jugak kita kak husband rajin tolong-tolong. tak ada lah sakit badan sengsorang. hehehe

      Delete
  2. CT datang singgah sini =) hehehe lama tak datang kan..
    sihat ke ? post la lagi pasal baby..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah baby sihat...cuma mama dia je yg busy tak sempat berblogwalking. huhu.

    ReplyDelete

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();