Amani dah masuk 3yr, tapi tak pernah bawak pergi jumpa dentist check gigi dia sejak kecik. Allah... Teruk betul, tak pernah amik tau pasal hal ni.
Tapi lately memang nak sangat bawak dia pergi jumpa dentist, sebab dah ada kesedaran la konon ya. Sebab dulu asyik buat appointment dekat KK doc memanjang takde, pastu nak tunggu la apa la so kita give up la nak bawak dia check gigi.
Haritu pun nak temankan husband pergi cabut gigi. Gigi bongsu dia nak kena cabut sebab tak tahan sakit dah katanya. So bawak la Amani sekali pergi check gigi.
Mula-mula tu dia tak nak la dekat dentist tu, tapi doc tu pandai layan pujuk budak ni. Suara pun lembut alahaii. Hihii.. So at last dia pun ikut lah doc tu masuk bilik, well kita pun ikut teman sekali waktu ni.
So kitorang pergi Klinik Leila dekat Kelana Jaya. Klinik ni dekat je dengan rumah and charge setakat RM30 je sebab check gigi, tak ada apa pun, tapi doc bagi berus gigi free Barbie dekat dia. Doc cakap gigi dia ok je takde masalah, mungkin sebab Amani ni tiap kali mandi kitorang akan kerah dia untuk gosok gigi. Klinik Leila ni sangat la bersih, selesa untuk anak-anak yg datang juga.
So, turn husband pulak kena tunggu next day sebab doc ada appointment lama untuk tampalan gigi customer.
So, anak-anak ni ikutkan dari dia dah tumbuh gigi kena rajin gosokkan gigi ya. Even Luth sekarang pun tengah mencari lagi finger brush tu, susah betul nak jumpa. Time mencari tak ada. Time tak mencari tu la terjumpa, tapi tak beli sebab tak rasa penting. Huhu.
Waktu sampai tu dah ada customer |
Sementara menunggu turn |
Doc tunjuk cara gosok gigi dengan betul |
So ni harga service dia |
0 ulasan