Rawatan Sonotron untuk Baby Batuk Berkahak

By Raihana - Rabu, Julai 11, 2018

Sehari sebelum raya haritu Luth dah mula batuk. So kita just visit clinic and doc just bagi ubat batuk je. I reluctant to give sebab baby kan mana ada ubat. So batuk dia berpanjangan seminggu raya tu on off sekali demam. Ya ampun cuaca time raya pun boleh tahan lagi-lagi bila balik kampung husband dekat Kelantan tu. Panas lit lit. Amani dengan Luth memang tak pakai baju siang malam sebab berpeluh-peluh.

So nak dijadikan cerita dah balik cuti raya pun dia masih batuk berkahak. Anta umah Babysitter pun meragam memanjang. Susu tak minum sangat, makan ape tah lagi, suap sikit je dok muntahkan balik. Pastu nangis macam hape daaa.  Babysitter suggest utk bawak pergi hospital/clinic utk neb sebab takut batuk berpanjangan bole jangkitan kuman, so husband bwk la Luth pergi klinik amik darah semua, check amik darah semua, ada kuman sikit, so doc just bagi antibiotic je untuk habiskan. So I decided nak bawak dia try rawatan sonotron malam tu. Banyak klinik rawatan ni tutup sebab masih beraya dan tak banyak ada dekat area Selangor ni.

While waiting our turn. Ada pulak mainan kat situ

Cari punya cari so buat appointment dekat Pusat Sonotron Shafa dekat Selayang tu. Sebab dah buat appointment tunggu pun tak lama sbb dorang utama kan sapa yang dah set appointment dulu. Nasib kitorang buat appointment sebab waktu sampai je tempat tu dah tengok ada la dalam 2-3 patient menunggu. Waktu start buat rawatan ni ada la juga dlm 15min. Luth is ok, he just fine tak takut dengan bunyi mesin tu. Memang nyaring bunyi tu but tak sakitkan telinga pun. Therapist tu explain sikit pasal rawatan ni, which is melibatkan physical saja. No dosage etc. Tp kena pantang makan buah and habiskan antibiotics yang ada.

Kena bukak baju tu
Balik tu kita lumurkan lagi Luth dengan minyak bawang. Alhamdulillah esoknya dah tak dengar nafas dia berbunyi kahak and getting better. Ikutkan ada followup utk buat lagi but seems tengok dia makin ok so kitorang tak ada pergi dah.

During treatment

So, rawatan sonotron ni maybe another alternative for us kalau anak dah dok demam batuk selesema berpanjangan, that since luth is still baby age, tak bole feed dia dgn ubat sebarangan.

Ohh ya, buat rawatan ni dekat Pusat Terapi Sonotron Shafa. Banyak feedback bagus that's why we visited this place. Bole refer bawah ni ya details lanjut.


Actually kalau baca sonotron ni macam-macam rawatan penyakit boleh guna, not just buat utk baby batuk/selesema saja. Ikutkan tak ada scientific proof menyatakan sonotron ni boleh mencairkan kahak/selesema baby, but most of people said dapat elokkan anak yg batuk/selesema berpanjangan tu. Memang banyak positive feedback.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan