Majlis Aqiqah Luth Rafiesqy & Malaeka Amani Birthday Celebration - She is No Longer Cik Laa

Wednesday, March 7, 2018

Majlis Aqiqah Luth Rafiesqy & Malaeka Amani Birthday Celebration

Alhamdulillah...selesai sudah majlis yang dirancang untuk anak bujang and anak dara sorang ni. Plan memang nak buat sekali terus. Jimat masa and kos belanja. Huhu.

Majlis dirancang pada 3 March 2018, waktu tu adik dah 3 bulan, and kakak lagi seminggu nak masuk 3 tahun.

Kali ni macam biasa, program pagi dimulakan dengan marhaban oleh kumpulan lelaki pada pukul 10.30pg dan habis pada jam 11.30pg.

Perancangan majlis ni agak berterabur dengan kelam kabut SEBAB catering datang LAMBAT! Pukul 11 tengok tak sampai lagi dah naik risau sebab marhaban dah mula. Call orang catering tak dapat , sekali dah datang isteri orang tu , gerak asing dengan van. Yang suami naik van tak sampai-sampai naik resah kitorg sebab marhaban dah nak selesai. Tapi nasib baik kami dah standby makanan sikit untuk hidangan orang marhaban. Isteri catering tak dapat call si suami, my family dah marah marah waktu tu. I ollss is like redha je lah nakkk beli la makanan pape kalau catering tu tak sampai ke sudah. Akhirnya, van dia sampai nak dekat pukul 1pm. Lambat gara-gara sesat and tak bawak telephone! Hangin aku wehh, kesian dekat tetamu pagi tak dapat makanan aqiqah.

Bila dorang dah sampai and siap-siapkan makanan tu baru lah dapat rileks sikit. Dugaan datang lagi bila hujan ribut pukul 1.30pm berpanjangan dekat sejam jugak. Sampai nak terbang khemah dibuatnya.

But alhamdulillah, hujan tu sementara je. Pukul 2.30ptg keadaan dah reda, dan tetamu keep on coming. Cake cutting pun kitorang mulakan seawal mungkin nak elak hujan lebat tu.


E-card invitation. Invite through whatsapp je. Hihi

Birthday girl with the cousins

Pengacau majlis
Atuk cukur rambut adik



With Toksu



Behave betul adik




















Happy 3rd Birthday to my little girl, MALAEKA AMANI
Mama always loves you!!







Okay, some review those involved in my events:

Pelamin Berendoi by Dhia Wawa Buaian Berendoi
Candy Buffet by Sugar Craft Creations
Party Pack by Sugar Craft Creations
Cake by Ctie Bakerys
Cake Topper by SSN Cake Craft
Catering by Safuan Catering
Aiskrim by Arianna Aiskrim
Photographer by Amirullazan Photography

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.