Cameroon Highland Trip

By Raihana - Khamis, Mac 08, 2018

Alhamdulillah....dah masuk 4 fantastic years, anniversary yang ke-4 ditambah 2 anak. So this time, anniversary moon trip dalam Malaysia je, maklumlah baru keluar baby kecik.

Lama sangat sebenarnya tak jejakkan kaki ke Cameron Highlands ni. Ingat last pergi dulu detim waktu zaman belajar. Rasanya adalah dalam 8-9 tahun yang lepas. Hihiii

Dari KL kami keluar tol Simpang Pulai. Ikut dari arah sana and tak lalu Tapah cause jalan Tapah scary lah. Sampai area Cameron Highland pukul 1.00pm macam tu kitorang singgah dekat Avent Chocolate dengan Green View Garden. 2 tempat ni bersebelahan je. Cantik tengok view sini.



Stress mak layan anak dara ni
So bapak pun sabar jugak

Lepas tu singgah ke Lavender Garden tempat viral orang makan ice cream sambil tengok pemandangan lavender. Masuk tempat ni RM10 dewasa. Kanak-kanak sebaya Amani free je.

Rasa ice cream ni.. hmmmmm......ok la, pelik

Anak dara tak reti dok diam
Lepas tu pejalanan diteruskan ke Ladang Teh. Sebelum tu kitorang singgah lunch dulu dekat Brinchang. Same place kami lunch dulu waktu singgah Cameron Highland. Ada lagi tempatnya. Ada jual durian pulak, si afiq ni bedal la beli.


Waktu dekat Ladang Teh ni dah agak kepenatan sebab menuruni bukit. Mood pun hilang, battery phone pulak kong. Snap mana yang sempat aja.

Lepas berjalan dekat Ladang Teh tu, baru lah kitorang balik check-in hotel. Smuff-Inn Homestay. Nice interior and exterior. Menarik hotel ni. Cuma bilik je kecil yang amat. Kitorang dapat rate RM160/night, standard room. Bilik kecil, tapi facilities hotel superb.

Brekfast pagi free, mengenyangkan jugak lah

Ada marry go round. Dari check-in tu Amani nak naik sangat tapi dah tutup. Marry go round buka dari 9pg - 6ptg
Smurf Inn Homestay ni bersebelahan Strawberry Farm je, so datang sini jalan kaki
Berposing lah sebelum check-out

Si laki dah berangan nak beli rumah dok sini. Sejuk nyaman dan aman katanya. Tak habis-habis berangan dia.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan