Umrah Trip 2017: Madinah

By Raihana - Selasa, Ogos 01, 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, niat yang dah lama disimpan untuk jejakkan kaki dan mengerjakan umrah termakbul. Sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Sedikit artikel ringkas dan perjalanan sepanjang umrah ketika bulan Ramadhan.

Date: 27 May - 7 June 2017 (12H10M)
Tempat: Madinah & Mekah
Agensi: Dhafir Holiday Travel & Tours

Perjalanan bersama mak & abah serta makcik (jiran) bersama 40 jemaah yang lain.

Hari Berlepas (26 May malam. flight awal pagi 27 May)

Akhirnya setelah pelbagai dugaan, flight kami akhirnya ditetapkan pada 27 May 2017 2.00am dengan flight Emirates. Teruja sangat dengan flight Emirates ni sebab flight besar katakan. Dan ia merupakan antara Airlines terbaik di dunia. This is transit flight ke Dubai dan kami singgah di Dubai International Airport sebelum tukar flight ke Jeddah. Memandangkan 27 May adalah hari pertama puasa, so kami bersahur di dalam flight sebelum tiba di Dubai. Dapat 2x makan sepanjang perjalanan dari KL-Dubai + pihak agensi juga bekalkan kami makanan untuk bersahur.

Transit selama 4.5hours sangat memenatkan. Dan kami menaiki flight ke Jeddah dengan Airlines yang sama. Lebih kurang pukul 12.00pm waktu Jeddah kami tiba di Airport Jeddah. Sementara menunggu bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah, kami bersolat di Airport tu dulu. Dan lebih kurang pukul 2.00pm kami bertolak ke Madinah dan sampai di hotel lebih kurang pukul 7.00pm, ngam-ngam waktu berbuka. Alhamdulillah hotel kami sangat tak jauh dari Masjid Nabawi. Dalam 5min berjalan kaki dah sampai.

Perjalanan sangat memenatkan dan kami hanya berehat di Hotel pada waktu malam. Solat semua di hotel.

Waktu transit flight di Dubai International Airport



Madinah (27 May - 30 May 2017)

Bersahur & ke Raudhah


Sahur dan Subuh di Madinah memang sangat awal. Subuh di Madinah lebih kurang pukul 4.00am dan kami akan bersahur di hotel seawal 3.00am. Tak lama pun bersahur cuma kitorang nak ke masjid awal supaya dapat tempat yang selesa.

Dulu ingatkan Raudhah ni adalah tempat yang berbeza-beza, means jauh la dari kawasan Madinah. Rupanya, tak. Raudhah & Makam Rasulullah di dalam Masjid Nabawi tu sendiri. Kitorang decide nak pergi waktu pagi, means lepas waktu Dhuha, dan tak ikut perancangan agensi yang nak pergi lepas Terawih (sebab taku kepenatan). Dugaan nak masuk Raudhah ni hanya Allah saja yang tahu. Berpusu-pusu umat Nabi kita nak masuk ke dalam tempat tu. Berdepan dengan manusia serata dunia memang sepanjang masa mengucap di dalam hati (sapa yang tahu ragam dorang tu kan). Waktu nak melawat Raudhah ni, orang-orang masjid dah asingkan jemaah dari Asia dan Barat. Waktu melawat Raudhah bagi jemaah wanita pun tak sama jemaah lelaki. Ada masa tertentu saja untuk jemaah wanita melawat Raudhah, tapi masa bebas untuk jemaah lelaki lawat Raudhah. Makam Rasulullah juga terletak bersebelahan Raudhah ni, tapi mak cakap makam Nabi sekarang sudah berpagar tinggi. So memang tak boleh nampak dari luar/jauh. Jadinya kita kirim doa dari jauh saja. Nampak kubah hijau tu, itu lah dia Makam Rasulullah.

Rata-rata tau Raudhah merupakan taman syurga Nabi Muhammad ketika zaman kecilnya, dan Raudhah yang kita melawat bukan seperti taman ya. Macam kawasan bekas taman tapi yang terjaga, dan sapa yang pernah pergi, kawasan karpet hijau tu lah tamannya ketika dulu, dan Raudhah adalah antara tempat mustajabnya doa kita. Berpusu-pusu orang nak solat dan berdoa di atas karpet tu.

Waktu tengah queue nak masuk dalam kawasan Raudhah. Ada 2 pintu, untuk orang belah Arab dan Asia.

Kalau dapat masuk ke dalam Raudhah tu jangan lupa berdoa. Doa lah semampu yang boleh. Doa murah rezeki, panjang umur, kebahagiaan. Ramai yang berpusu untuk solat dan berdoa atas karpet hijau tu. Kitorang tak sempat untuk solat dan hanya mampu untuk berdoa sebab keadaan yang terlampau sesak. Sampai ada manusia yang melangkah-melangkah yang lain sebab dorang solat di tengah jalan. Dekat karpet hijau tu lah kawasan Raudhah, bukan karpet merah ni ya.

Di laman Masjid Nabawi
Suasana Terawih di luar Masjid Nabawi

Dalam Masjid Nabawi. Tong-tong putih sebelah tu adalah Air Zam Zam. Ada yang sejuk taw.

Lawatan ke Masjid Quba, Ladang Kurma & Jabbal Uhud




Perkarangan Masjid Quba

Kedai jualan Kurma

Di Jabbal Uhud. Dalam kawasan pagar tu adalah makam para Syuhada

Sejarah Jabbal Uhud ni terkenal pada zaman dahulu kerana terjadinya perang besar antara umat Islam dan kaum Quraisy, dan ianya dinamakan Perang Uhud.


Kesempatan membeli belah dengan harga yang murah
Rezeki berbuka puasa di Madinah adalah satu pengalaman yang tak kan dilupakan. Waktu ni tak boleh memilih nak makan apa sebab makanan disediakan pihak Masjid. Ikut rezeki masing-masing sebab kebanyakan juadah dibekalkan pihak masjid atau dermawan di Madinah. Ada yang dapat rezeki makan nasi briyani di perkarangan masjid. 

Berkesempatan berbuka puasa dalam Masjid Nabawi
Antara juadah yang kami dapat. Roti, kurma, biskut, susu.

Umat Islam berbilang bangsa

Perkarangan Masjid Nabawi yang sangat luas.
Hotel kami sangat lah berdekatan dengan Masjid Nabawi. Tak sampai 5 minit berjalan, dah tiba di gate no. 16. Dekat kawasan hotel & masjid tu pun banyak tempat untuk membeli belah. Hari-hari lepas terawih akan singgah untuk beli ais krim, sebelah hotel je. huhu. Kalau pasal makan tu, jangan risau, dekat hotel ada sediakan sahur dan berbuka. Makanan masih boleh dimakan sebab dimasak macam selera orang Asia kita. But, me makan ala kadar sebab tengah early pregnancy, selera makan tu kurang. I ate a lot of fruits and bread.

Sepanjang di Madinah kami dibawa ke lawatan luar seharian saja, dan hari-hari lain merupakan aktiviti bebas which is time macam ni la buat ibadat lebih macam melawat Raudhah, solat, terawih etc. Waktu dekat Madinah ni kumpul tenaga sikit sebelum bertolak ke Mekah yang keadaan dia lagi berbeza dengan Madinah. Dekat Madinah ni memang kitorang shopping habis sebab dekat Mekah macam tak pikir nak buat apa selain focus untuk ibadat je. Huhu.

Next entry akan bercerita tentang perjalanan ke Mekah dan berihram.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan