Family Day Senan 2.0 2017 at Desa Balqis, Melaka

By Raihana - Jumaat, Julai 28, 2017

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan untuk update blog. Sebelum ni tersangat la sibuk sibuk dan sibuk dengan kerja dan part time job yang ada. Plus tak larat nak meluangkan masa untuk menghadap PC memanjang. Huhu.

Awal bulan 4 haritu kami sekeluarga berkesempatan untuk adakan family day. Family Day Senan 2.0. Alhamdulillah ni kali kedua kitorang adakah gathering bersama ahli keluarga yang lain.

So, this time dekat mana? Jeng jeng jeng....kami pergi jauh sikit, dekat Melaka.

Here are some details about our family day.

Venue: Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka.
Date: 1 Apr 2017 (check-in) & 2 Apr 2017 (check-out)
Attendees: 80++ pax

Apa yang best kali ni kitorang buat dekat homestay yang bertemakan konsep kampung, tepi pantai gitewww. This area memang spacious and tersangat banyak rumah-rumah kampung. Kami sewa beberapa buah rumah (sebab family besar katakan). Ada rumah Pak Lang, Pak Long, Pak Anjang, Adik lah Kakak lah. Macam-macam rumah ada. Kebanyakan rumah ada 3-4 bilik dan ada basic facilities eg. aircond, peti ais, TV. Ruan. Kami duduk sekeluarga bersama dengan keluarga Pakcik. Family pakcik ni tak ramai tapi muat lah kami duduk sekeluarga. Lagi-lagi ruang tamu yang spacious. Boleh bentang toto lagi sapa yang nak tidur dekat luar.

First day activity sampai kami dah mulakan acara petang tu dengan acara orang dewasa & kanak-kanak. Lepas pukul 6pm ke atas sukaneka kami selesai dan bersambung pula dengan acara BBQ dan penyediaan makan malam. Lepas pukul 6pm tu lah banyak anak-anak dah serbu kolam renang and tepi pantai. Khemah dan tempat makan tak berapa jauh dari rumah-rumah kitorang. Kiranya dekat tengah-tengah jugak lah.

Amani pulak pandai bawak diri waktu ni. Mama dia sibuk tolong MakLong dia organise game, Papa dia pulak sibuk join main game. Maka dia buat hal sendiri dok main dekat padang tendang bola.

Malam pula lepas maghrib kami adakah sedikit bacaan tahlil dan yassin. Lepas tu baru acara makan-makan bermula. Sambil makan tu kami sambung sukaneka anak-anak kecik yang berumur 4thn.



Torman's junior

Belum pape dah kehausan.

Acara kanak-kanak dimulakan 
Acara orang dewasa


Padang bersebelahan dengan kolam renang. Belakang kolam tu pantai.

Sesi bergambar
 
Acara malam.


 



Pada esok harinya, kami semua bersarapan bersama dekat khemah makan tu. Then kami teruskan penyampaian hadiah untuk pemenang activity semalam. Lepas tu activity bebas. So anak-anak pun amik kesempatan untuk mandi.






Pose sebelum balik.
Alhamdulillah activity berjalan dengan lancar dan baik. Some review untuk Desa Balqis ni. Kawasan dia agak jauh dari pekan dan terletak di kawasan perkampungan. Facilities yang ok, ada BBQ, kolam renang, pantai, padang. Ruang yang luas untuk parking kereta pun ada. Tapi rumah-rumah ni agak berjauhan so kena panjangkan kaki untuk berjalan ya.


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Meriah nya family day Senan 2.0. Dah lama nk try desa balqis ni tp asal nak book je mesti fully book. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sis ana. Dulu pnh try nak book sini jgk waktu nak holiday dgn kwn2, tapi full jgk. Yang ni nasib baik cousin book awl2.

      Padam