DIY Your Favorite Pizza @ Pizza Recipe

By Raihana - Isnin, Januari 16, 2017

Assalamualaikum...

Tahun baru, tapi ceri entry masih lagi di tahun 2016. Baru ada masa nak update katakan. Hehe.

Baru-baru ni ternampak viral post pasal kedai makan DIY pizza. Kita ni dah lah hantu pizza, bila ada je kedai makan best-best pasal pizza ni, berdesup laju je kita nak try. nak TRY je ok. Nama restorannya Pizza Recipe, lokasi di Bandar Baru Klang.

Yang bestnya dekat sini dorang guna konsep buffet taw. Macam makan steamboat tu. Apa kau rasa nak makan kau amik. Sama la dekat sini. Dorang ada dough pizza yg mini, then topping and other side menu eg. nasi goreng, spagetti, soup, chicken wing, bread, ice cream etc. Makanan dia memang banyak tak terkata. Nak makan semua jadi tong la jawabnya.


Cara masak, letak je topping kegemaran atas dough, dan panaskan dalam pembakar ni utk 3-5min je.
Awas! Pembakar ni panas, jauhkan dari anak-anak.
Tadaaa!! Pizzaku dah siap, paling best part cheese dia tu. Yummy!!

Add caption

Si husband melampau-lampau dia punya tarik cheese tu.





Awalnya, Amani sangat nyenyak tidur, so agak aman juga kami makan. hehe, lepas tu dia dah bangun. Kitorang pun bagi la dia makan juga. Confirm lah dia pun lapar kan.

Harga:
Dewasa RM34.90nett
Kanak-kanak 2tahun > RM18.70nett
Kanak-kanak 2 tahun < FREE
Warga Emas RM27.20 nett

Lokasi PIZZA RECIPE
No. 7 & 9, Lorong Tiara 1A, Bandar Baru Klang, 41150, Selangor.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan