Tips/Keperluan Hantar Anak ke Babysitter

By Raihana - Khamis, Disember 08, 2016

Assalamualaikum....

Minggu lepas kita hantar Amani ke babysitter. Disebabkan neneknya yang jaga sebelum ni pergi cuti overseas dengan atuknya, kononnya honeymoon. Ecehhhh, so me and husband decide nak hantar Amani ke babysitter untuk jaga.

Babysitter ni pun kawan mak juga yang memang jaga anak orang. Nak dekat 10 orang rasanya. Fuiyooo, hebat betul makcik ni.

1. Babysitter

Kalau boleh selidik dulu latar belakang babysitter ni. Berapa orang anak asuhannya, pengalaman dia, dan ulasan dari jiran-jiran yang duduk bersebelahan rumah baby sitter ni. As parents, kita kena take initiative untuk soal siasat segala benda yang kita nak tahu. Contohnya cara pemakanan, and boleh ke babysitter handle baby or budak umur sekian sekian sekian.

2. Mandikan / Bersihkan Anak

Kalau berkesempatan, mandikan anak korang dulu sebelum hantar ke rumah babysitter. Mungkin setengah parents agak keberatan nak mandikan anak waktu pagi bimbang kelewatan ke tempat kerja, or mungkin terlalu awal untuk anak dimandikan seawal pagi, atau mungkin anak masih dalam mood tidurnya sewaktu nak hantar ke rumah babysitter. Sangat digalakkan kita mandikan anak dahulu sebelum hantar ke rumah babysitter untuk memudahkan kerja dan jadual dia. Kalau tak sempat juga, bersihkan anak sebelum hantar ke babysitter, contohnya tukar pampers, baju (sekiranya kotor). Waktu hantar tu pun kena lah beradab cakap dengan babysitter yang anak belum mandi lagi.

3. Susu & makanan

Buat anak yang tak biasa tinggal dengan babysitter, bekalkan sebarang mainan or makanan favorite dorang. Kadang-kadang tak menjadi keperluan sebab babysitter akan masak untuk anak-anak. Just in case, mommy yang rajin masak untuk anak, and nak anak makan healty yg mommy sediakan, digalakkan untuk bawak bekal kepada anak. Jajan pun kalau ada sediakan sekali ya. Stok susu juga harus cukup. Seelok dibekalkan lebih atau seminggu terus pada babysitter. Rajin bertanya dekat babysitter stock susu cukup atau tak,

4. Pakaian harian/pakaian ganti + Mandian

Yang ini pun sama ye, bekalkan pakaian harian, pampers, sleepsuit, napkin secukupnya. 2 baju harian, dan 2 baju tidur dan tuala mandi jangan lupa sekali. Bekalkan plastik kosong untuk babysitter letak baju kotor anak. Mandian sabun, shampu, ubat gigi & berus gigi pun kalau boleh dibekalkan sekali. Yang tu dibiarkan tinggal terus dekat rumah babysitter. Bedak, losyen pun jangan lupa bekalkan ya.

5. Toys

Kalau rasa anak kita ada mainan kegemaran, tak salah bekalkan 1-2 untuk dia bawak ke rumah babysitter. Tak perlu bawak sebakul mainan dia. Sekurang-kurangnya dapat lah anak kita tahu yang mainan tu adalah mainan ketika dia berada di rumah.

6. Ubat-ubatan

Ubat angin macam balm perlu selalu kena sediakan dekat babysitter. Kadang-kadang anak ni perut kembung tak kira masa. Kalau rasa anak kita ni ada simptom nak demam, selesema or batuk, bekalkan sekali ubat dan jadual pemberian makan ubat tu. Tapi, kalau anak dah sakit teruk tu, kita MC je lah terus. Kesian nanti hantar ke babysitter berjangkit dengan anak asuhan lain.

7. Bayaran

Bayaran untuk babysitter dan taska sangat berbeza. Sama juga harga babysitter untuk lain kawasan. Area kelana jaya ni kalau anak setahun lebih harga bayaran lebih kurang RM350-RM400. Memang mahal, tapi tu lah hakikat bayaran babysitter sekarang. Parents kena tahu juga harga bayaran tu include apa. Ada setengah babysitter, bayaran dikenakan termasuk bagi makan, beli barangan anak. Ada setengah babysitter tak sediakan semua tu, parents yang harus sediakan dari rumah. Harga juga bergantung pada masa jagaan. Normal hours 7.30pg -6.00ptg, lebih dari tu kebiasaan babysitter akan kenakan charge OT.


Sewaktu 5hari Amani dalam jagaan babysitter, alhamdulillah rasanya semua tak ada masalah, melainkan dari Amani sendiri yang merengek. Huhu. hari ketiga baru dia mula nak main and makan. Tapi azab nak melayan perangai dia seminggu tu, ya ampun, sabar je la duhai hati.

Otw nak hantar ke rumah babysitter. Dia taw kena tinggal, so dah start engine dia.

Bila duduk dengan nenek dia balik, elok je perangai. Tak meragam pun. Awak ni manja sangat taw.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan