Assalamualaikum...
Hari ahad, sehari selepas selesai buat majlis Open House, niat nak pergi Shah Alam, pergi cari barang-barang bisnes untuk preparation event. Si suami takde waktu ni balik kampung, so tinggal lah kita, si puteri, Malaeka Amani dan ajak anak buah sorang ni, Ipan.
Leceh sebenarnya bila berjalan takda laki ni. Tapi apakan daya. Terpaksa juga sebab dah kesuntukan masa. Sepanjang drive Amani asyik mengamuk je. Tak nak duduk dengan abangnya. Nak pangku kita yang tengah drive! Nak duduk carseat hmmm...toksah cakap lah. Memang dia terjun habis terbalik carseat tu.
Amani sampai tertidur dekat pangkuan sepanjang drive. Bila dah settle beli barang, waktu ni Amani tengah tidur, alihkan ke seat penumpang sebelah dengan abangnya, so kita decide nak pergi Aeon Mall Shah Alam jalan-jalan bawak dua orang ni.
Sampai Aeon Mall tu, elok la Amani pun terjaga. Dapat lah dia tidur kejap. Kita pun melayankan abang nak main game dekat arcade tu. Aku pun tak tahu apa nama game arcade tu. Dekat game arcade tu pun ada Kidzoona yang sesuai untuk infant & toddler. Nampak cam best so kita pun bawak Amani main. Si abang main arcade kat sebelah tu je. Dah pesan dekat Ipan jangan main jauh-jauh, dok dalam area tu je.
Kidzoona hujung minggu kena bayar RM17 sorang, unlimited time. Kalau weekdays murah je RM10/sorang. Plus stoking baby + adult jadi lah total RM23. Kalau dah ada stoking sendiri tak payah beli.
Kidzoona ni best jugak untuk anak-anak kecik. Dorang boleh explore macam-macam. Tapi sayangnya Amani macam tak ada mood time ni. Main tak sampai sejam pun.
Menangis sebab kena marah, pegi makan pasir tu sapa suruh. |
Dia pun sibuk dengan abang tu |
Dok kira-kira |
Sebelum keluar balik |
0 ulasan