Haloo Kuantan,
Setelah sekian lama kalinya baru lah ada peluang menjejakkan kaki ke Kuantan. Last pergi tahun bila tah. Itu pun bukan sebab bercuti. Mungkin takat lalu anf ade wedding juga. But kedatangan kali ni pun hampir serupa. Kami menghadiri wedding one of our friend yg kami kenal sejak zaman belajar iaitu Cik Lilu Sudin. Tahniah utk anda dan suamim semoga kalian layari bahtera perkahwinan ini sebaik mungkin. Cewaah. Ayat pun nak jiwang gitu.
Perjalanan kami penuh liku duri. Disebabkan majlisnya diadakan pada hari yg sama ketika manusia bercuti raya cina, kami terpaksa meredah perjalanan yg aku rasa 3 jam boleh sampai ke Kuantan tu, tapi mengambil masa dekat 5 jam! Serik pun ye jugak. Tapi perjalanan dah diteruskan.
Menunggu kehadiran kereta Faiz dan Anip pun dah nak mencabar. Akhirnya kami gerak dgn kereta Faiz je sbb dah tak mampu nak menunggu Anip lagi. Baliknya dan untung la si Anip ni orang Kuantan, so dia sempat bawa kami jalan-jalan mencari satar, otak-otak dan kami sempah berpicnic dekat Teluk Cempedak. Nak dijadikan cerita kebetulan kereta aku ada tikar, yg dulunya aku tinggalkan sbb berpicnic dkt sungai.
Melepak dekat pantai tu ibarat buat drama Ombak Rindu pulak. Dan aku tidak habis dipermainkan dorang ni sbb that time pasangan belangkas aku tak ikut bersama.
0 ulasan