Belajar dari pengalaman, walaupun teruja

By Raihana - Khamis, Jun 09, 2011



Berita Semasa


Putrajaya-9 Jun 2011. Program Kali Kedua General Police Equipements Exhibition and Convention Asia 2011 (GPEC) yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Jun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini adalah penganjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN), merangkumi pameran, demonstrasi produk, dan persidangan yang melibatkan pembentangan kertas kerja oleh KDN dan Polis Diraja Malaysia.

Penganjuran GPEC Asia 2011 ini juga sebagai platform baru untuk membincangkan isu-isu berkaitan jenayah atas rentas sempadan (Transnational Crime) secara lebih komprehensif dan terperinci dalan usaha memperkukuhkan bidang keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini dan juga rantau Asia.

Semasa berlangsungnya GPEC Asia 2011 ini, pihak KDN turut akan menganjurkan dua hala baru atau memperbaharui kerjasama sedia ada dengan beberapa buah negara seperti Australia dalam satu isu penyeludupan manusia pemerdagangan orang, Arab Saudi dalam isu keselamatan, Turki dalam isu risikan dan keselamatan", ucap YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri semasa Sidang Akhbar di Putrajaya petang tadi.

GPEC Asia 2011 kali ini adalah berbeza dengan penganjurannya pada 2009 kerana ia diadakan secara besar-besaran dengan melibatkan penyertaan Menteri-Menteri dari negara anggota Asean dan juga dari Arab Saudi, China, Australia, Turki dan United Kingdom.

Turut hadir semasa Sidang Akhbar oleh YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ialah Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Ketua-Ketua Pengarah di Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, dif-dif jemputan serta wakil-wakil penaja.


YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Majlis Penyampaian Penganjuran GPEC Asia 2011.
Melihat 'banner' GPEC Asia 2011Wakil daripada Nova Superscreen menyampaikan penganjuran daripada syarikat mereka kepada YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein. (ni yg penting, HAHAHA)
Bersama-sama wakil penganjuran untuk GPEC Asia 2011
Isyarat 'bagus' oleh YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri kepada wakil-wakil media
Sidang Akhbar oleh YB Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein



Jurufoto: L/Kpl Mohamad Faiyzal bin Jamaludin
Wartawan: Sjn Zaiddin bin Dahalan

Ehsan dari Royal Police Malaysia website, The Star website




"always prepare yourself. wearing proper dress code next time. akibat last minute order by bos mcm ni la aku jd mangsa"


p/s; Btw, really proud can be one of the representative. Biaq pi org nak ckp pa pun. i think it is once in a lifetime. bukan slalu boleh dpt mcm ni. should grab if have another opportunities :)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan