Superhero dunia?

By Raihana - Ahad, Mac 27, 2011

Artikel ni buat saya berfikir 1001 kali akan kesahihan ceritanya. Untuk dijadikan fakta, belum ada bukti relevan, bila dikeluarkan bukti yg kita sendiri tak boleh tgk, mmc kena sangat

lakonan superheroes yang berkesan?

Sejak kita kecil lagi, kita telah disogokkan dengan bermacam-macam superhero yang telah merosakkan minda kita sehingga kita hilang kematangan dalam diri.

Malah ada juga sebahagian daripada kita ini masih "taksub" dengan superhero-superhero i...ni walaupun "besar panjang".

Kenapa anak-anak muda boleh taksub dengan superhero seperti ini?

Kerana ianya dilihat sebagai "penyelamat" kepada dunia. Mungkin dalam minda budak kecil ketika itu akan terbayang alangkah bahagianya dunia ini jika ada superhero seperti Superman dan Batman. Begitulah hebatnya media yang mampu mengawal minda ciptaan tentera-tentera Dajjal laknatullah yang telah bekerja sejak 4000 tahun yang dahulu untuk menyambut kedatangan Al-Masih Dajjal.

Mungkin ada beberapa persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh minda kanak-kanak yang masih muda. Antaranya, bagaimanakah superhero ini diperkenalkan kepada dunia dalam filem?

Jika anda perasan, superhero ini akan menjadi penting kepada dun...ia (dunia yang digambarkan dalam filem) apabila dia mampu mengalahkan penjahat yang tidak mampu diberkas oleh polis. Dan selalunya watak-watak jahat dalam filem juga mempunyai kuasa luar biasa barulah padan dengan watak hero yang ingin ditonjolkan. Betul tak? Apa barang kalau Superman disuruh berlawan dengan pencuri selipar kat masjid time solat jumaat, betul tak? Untuk menampakkan Superman ni hebat, watak-watak jahat yang hebat juga perlu diperkenalkan.
Mungkin kanak-kanak ini perlu diberitahu bahawa dunia tidak perlukan superhero kerana di dunia ini tidak wujud penjahat-penjahat yang mempunyai kuasa ajaib seperti dalam filem.

Tetapi walau apa pun yang kita cuba bagitahu kepada kanak-kanak ...ini, mereka tetap suka menonton cerita-cerita superhero yang mengarut kerana dia tetap menyangka yang superhero ini betul-betul wujud. Hebat betul lakonan mereka, sehingga apabila melihat filem Ultraman, kanak-kanak boleh menyangka yang raksasa dan Ultraman itu betul-betul wujud!

Cuba kita "twist" cara pemikiran kita. Sekarang cuba kita anggap bahawa Ultraman itu jahat sebenarnya. Superman jahat. Spiderman jahat. Batman jahat.
Kenapa?

Kerana Ultraman punya pasallah, raksasa turun ke bumi. Kalau Ultraman takde, agak-agak ada raksasa tak? Cuba tengok dalam cerita Initial D. Ada raksasa tak dalam filem tu. Jawapannya takde. Kenapa? Kerana Ultraman takde la.

Superman pun jahat kerana musuh-musuh Superman hanya akan wujud apabila Superman wujud. Begitu juga dengan Batman dan lain-lain. Watak-watak superhero inilah sebenarnya yang "mencipta" dan "memanggil" penjahat-penjahat hebat ni. Bak kata orang-orang tua, "Di mana ada Ultraman, di situ ada raksasa
Kenapa? Kerana mereka hanya berlakon dalam sebuah filem! Dan kita pun tahu Ultraman dan raksasa adalah 2 orang pelakon yang mungkin sebenarnya adalah kawan baik apabila berada di luar pentas lakonan.

Beginilah filem-filem menipu penonton. Ke......banyakan scene sebenarnya bukanlah dirakam di lokasi sebenar, tetapi hanyalah di dalam studio.

Begitu juga dengan suara dan sound effect. Segala dialog pelakon, kesan bunyi seperti pintu ditutup, tayar kereta terseret, pinggang pecah dan lain-lain sebenarnya telah dirakam kembali dalam proses yang dipanggil dubbing sehingga sangka dialog yang anda dengar dalam filem adalah live dirakam ketika pelakon itu sedang berlakon.

Baiklah, itu semua adalah lakonan dalam filem yang telah menipu kanak-kanak.



p/s; dah lama sangant follow cerita macam ni. nak tahu apa lagi


klik sini



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan