7 sebab kenapa beriye nak ke KOREA

By Raihana - Rabu, Februari 02, 2011

Dari sekolah sampai la ke sekarang, nak sangat pergi Korea.
Tu la, banyak sangat terpengaruh tgk cerita Korea
dari first drama dorang main kat Malaysia, Winter Sonata,
sampai lah cerita Boys Over Flower yang tengah hot sekarang ni.
Apa lagi update drama korea pun tak tahu lerr.

1. Makanan Korea/Korean Food
Even makanan Korea tak banyak beza dari makanan dari negeri Asia lain, spt nasi dan soya, tapi makanan dorang tetap ada keistimewaan sendiri bila digabungkan cara masakannya spt Kimchi, Bindaetteok, Ddeokbokki dan Kimbap. Even banyak restaurant Korea yang hidang makanan mcm ni pun, tp still tak dapat rasa keenakan sebenar dari negara tu sendiri. Cewahh. Bermadah pulak :D

Ddeokbokki
Kimbap
Kimchi
Bindaetteok

**Agak2 korang lalu tak makan, jamin halal tak?Tak yakin jgn la makan, bawak bekal maggie saja k ;)
2. Tempat shopping/shopping centre
Orang cakap shopping dekat Korea luar biasa, amazing gitu. Saya tak tahu la, sebab tak pernah ke sana kan. Orang kata shopping dekat sana bila2 masa pun boleh baik pagi sampai la ke malam sebab terlalu banyak kedai2 n shopping centre yg disediakan. Shopping dekat Korea adalah perkara sangat biasa bagi family di sana sbb itu adalah aktiviti yg boleh dikatakan wajib bg dorang, even dekat pasar or shopping mall. Ini antara2 tempat2 shopping the best dekat Korea

NamdaemunMyeongdong Street Seoul
Itaewon
Coex Mall shopping center

3. Kebaikan rakyat Korea/The kindness of Korean people
Hubungan interpersonal rakyat Korea sangat penting sehingga dorang menjadi ramah2 belaka dan melayan dengan orang begitu baik sekali, lagi2 foreigner mcm kita ni. Ada yang kata sebaliknya pula. Tapi tak salah untuk kita belajar dan mengenali budaya dorang juga kan.

4. Kota Kyongju Korea/The Korean City of Kyongju
Kyongju ni adalah tempat bersejarah dekat Korea. Kalau di Malaysia kita ada Kota A Famosa, di Korea pula ada Kota Kyungju. Di Kyongju ni merupakan muzium terbuka di mana ada patung Buddha korea yang telah diawetkan dengan hasil seni kepekatan tinggi. Kalau ada yang berminat dengan art/seni, Kyongju merupakan senibina di Asia yg harus dilawati, sbb hasil architecture tradisional Korea yang sangat unik. Kyongju juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.


5. Korean Sauna/Sauna Korea
Bersauna di Korea adalah pengalaman yg menarik jika ada di kalangan korang yg sangat obses dgn penjagaan kesihatan. Sauna di Korea berbeza dgn spayg lain di seluruh dunia dan cukup murah by western standard. Sauna di Korea, korang boleh cari traditional Korea kiln sauna, serta bilik untuk stim dan tempat sauna kering. Korang juga boleh buat scrub badan urutan traditional Korea di tempat2 yg mmg sedia dgn service mcm tu.

comel budak2 ni bersauna ;)

6. Korean amusement park/Taman hiburan Korea
Korea banyak menawarkan taman hiburan besar spt Everland and Lotte World. nak dibandingkan dengan taman hiburan dengan Malaysia, rasa la pengalaman sendiri dekat sana mcm mana. Especially bila korang travel dgn anak2, and kanak2, his will be a highlight in your trip to Korea, di mana korang bukan je dapat mencari kebudayaan traditional Asia, tapi juga hiburan yg menarik.

Lotte World

EverlandSeoul Land

7. Mendalami budaya Korea secara keseluruhan
Ianya sangat worth visiting Korea, di mana kesempatan untuk mendalami budaya mereka yg berbeza dgn budaya kita. Even Korea merupakan negara yg kecil berbanding negara yg harus dikunjungi di tempat lain, tp ia juga mempunyai budaya yang unik, tradisi, dan innovasi.


Banyak sangat nak cerita satu persatu bila dah buat research ni, tp takat ni sajalah. dah boleh merangsang diri ni nak melancong ke sana. hehe



p/s; ahh. nak sangat pegi. nak sangat. kumpul duit banyak2.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan