Check-Up gigi Luth di MyKids Dental Care Shah Alam

By Raihana - Isnin, Oktober 19, 2020

Hi !!

November ni baru umur Luth 3thn. Baru ni kita bawa Luth melawat and jumpa dentist. Ni kiranya his first visit jumpa dentist and check gigi. Mama dia tak pernah bawa pun selama ni. Asyik nak bawak tapi tak sempat je kerja nya. Huhu. Sebab nya Luth ni kita dah perasan gigi geraham belah bawah dia dah berlubang. And 4 gigi belah depan dia dah nak start mereput/karies gigi.


So, ahad lepas tu, kami gerak dari rumah Kuang and nak balik. Cakap dgn husband, harini tak ada buat apa kan, jom pergi Shah Alam bawa Luth pergi jumpa dentist. Sebab niat macam dah lama sangat tertangguh, then kami terus ke MyKids Dentral Care dekat Vista Alam, Seksyen 14 Shah Alam. Vista Alam ni berdepan dengan Hopsital Avisena. Kenapa datang sini, sebab before that memang survey la nak tengok klinik gigi yang tak jauh and berpatutan. Then sekali terjumpa pasal klinik ni and banyak review cakap staff and doctor dekat sini memang kids friendly. Memang nampak agak mahal, tapi kita pergi juga la, so senang nanti dorang nak handle Luth. Luth ni pula memang ada anxiety sikit dengan benda-benda macam ni. Bayangkan every month pergi haircut, jumpa barber yang sama pun dia masih takut and menangis lagi. Memang papa dia kena pegang sentiasa time potong rambut tu, kalo tak mesti ada luka.

Receptionist/Counter
Ada play area


Klinik kids ni dekat level 1, and untuk adult level 2. Kitorang sampai klinik gigi ni dalam tengah hari macam tu, waktu datang tu macam dah ramai orang and patient. So turn Luth tu ada la dalam kena tunggu lagi 2-3 patient. Klinik ni sangat fancy interior dia, colorful gitu, memang ada kids play area, tapi kawasan ni dorang tutup, ada breastfeed room untuk mommies, consultation room pula ada TV and reading corner macam tu. Masa menunggu tu ada la juga dalam 30 mins kot.


So bila turn Luth, kita yang bawak dia masuk dalam bilik tu, they called as operation room la. Amani and Papa dia dekat luar. Glass transparent door, so boleh je nampak. Luth masuk slowly, doctor and nurse dah welcome him very politely supaya Luth tak takut. Luth tak takut and memang nampak nervous dekat muka dia. Doc suruh dia duduk atas kerus sambil tunjuk seat tu seat Spongebob. Dia pun duduk and diam je ikut arahan. 

Sesi pilih toys dulu

Doc dah nampak muka Luth lain macam dah, bila ramai staff and nurse dah mula keliling dia. Muka dia nampak masam dah. Luth as usual, orang tanya mana akan menjawab. Hahaha. Then, doc amik 1 bakul ni penuh dgn toys, suruh dia pilih. Satu2 toys doc tunjuk dekat Luth pun Luth no response pun. Hahaha. Anak bertuah. Last skali dia pegang aeroplane. Luth memang macam minat sikit dengan aeroplane ni.

Then pakai spectacle comel

And then, dorang pakaikan Luth spectacle. Comel je, siap ada tangan spectacle tu untuk buka and tutup. Luth pun diam je pakai, and staff baringkan dia. And then, start laa all the treatment. Luth memang dengar cakap doc. Ikut je apa doc cakap. Doc pun agak surprise coz this is first visit, dia tak menanagis langsung and really behave.

Rawatan pun bermula


Cut it short, 1 gigi Luth berlubang and kena tampal, and 4 gigi utama dia pun dah start mereput. Doc advice suruh Luth stop menyusu malam. Susu 3 hours before his bedtime, punca jadi karies gigi. Doc suruh tampal juga but kita tengok gigi dia tak teruk lagi, I said its ok I akan monitor dulu. Sebab nak tampal pun kos RM80-RM100/tooth tau. Huhu. Doc hanya buat sapuan florida, polish and filling tooth saja. Total kos sekali consultation RM265. I think the price ok even nampak bit pricey. Yang penting service memang tip top.

After rawatan, dapat balloon

Thanks to Dr. Nicholas and staff MyKids Dental Care Shah Alam. Mama is happy bila Luth is happy je kuar bilik tu. Aeroplane tu dia siap bawa balik lagi, doc tu kasi, plus dapat balloons. Huhu. Klinik gigi ni memang recommend sangat sebagai klinik gigi mesra kanak-kanak, bukan sebab layanan doctor saja, tapi dari segi environemennt klinik tu sendiri.

Luth is happy to bring back balloon & aeroplane

Btw, klinik ni ada banyak branches area Klang Valley. Next appointment Luth in shaa Allah datang sini lagi, harapnya dapat Dr. Nicholas lagi la. Hihihi.


MyKids Dental Care Shah Alam
No F-1-38 & F-2-38, Vista Alam, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5524 2425

Website: https://mykidsdental.com.my/



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan