Rumah Landed Mampu Milik di Shah Alam | SEHR TownVillas

By Raihana - Rabu, September 02, 2020


Hi Assalamualaikum,

Ada tak yang familiar area Shah Alam/Puncak Alam/Sungai Buloh/Denai Alam? Or yang stay area berdekatan sini? 


Mommy or daddy ada tak yang tengah survey harga rumah area KL / Selangor ni, nak tenang tapi masih berada di dalam kawasan lingkungan tak jauh dari tempat kerja? Kita semua tahu harga pasaran rumah sekarang pun bukan murah-murah. Nak cari tengah bandar harga lingkungan dalam RM200k - RM300k pun mungkin jenis apartment atau kondo. Itu pun kalau dapat harga range dalam macam tu. Tapi dekat mana nak cari rumah landed harga bawah RM500k? I know ramai sebenarnya teringin rumah landed yang tak jauh dari bandar, sesuai untuk kita membesar kan anak-anak. Kita nak share 1 property development yang tengah nak naik area Shah Alam ni, berdekatan dengan Seksyen U15, Shah Alam, projek rumah di kawasan Selangor yang berbaloi untuk beli tahun 2020.


Inginkan rumah landed mewah dan kawasan yang luas serta selamat untuk seisi keluarga anda? 


SEHR TownVillas di Seksyen U15 Shah Alam adalah pilihan terbaik buat anda!

We are at SEHR TownVillas



Apa yang menarik ini adalah projek townhouse lengkap dengan facility high-rise.
  • Jogging Trail,
  • Heritage Sanctuary,
  • Fruit Haven,
  • Multi-purpose Court,
  • Fitness Point,
  • Relaxing Walkway,
  • Reflexology Path,
  • Chef Gourmet Garden, dan
  • House of SEHR. ( Traditional Kampung House ) - Anak-anak boleh beriadah petang bermain dekat sini



Tengok sajalah kemudahan yang bakal disediakan oleh developer nanti.





Yang ni mesti mommies suka, sebabnya dalam perancangan developer untuk naikkan kawasan pokok buah-buahan serta tanaman yang kita boleh buat masak-masak nanti. Ini semua untuk penghuni rumah sini tau nanti. Tak cukup bahan masak, petik je belakang rumah, tak perlu suami nak ke kedai semata-mata nak beli serai/daun kunyit etc. Me as mama of course happy😀




Btw actually townvilla ni ada 2 unit in 3 storey. Which means, 1 unit dia adalah 1.5 storey ground floor, and another 1 unit 1.5 storey is from upper floor. TAPI, still this unit mempunyai parking facility tersendiri and tidak berkongsi ya.

Di SEHR TownVillas ini terdapat unit TYPE A & TYPE B. Ada unit 3bilik + 2 bilik air dan 4 bilik + 3 bilik air. Actually few units sebenarnya. Kena dapatkan info dari sales developer ni ya. 

Okay, ada yang nak tengok keluasan dalam rumah tu tak? Baru-baru ni kita berkesempatan melawat unit show house ni sendiri dekat office dorang di Seksyen U15, Shah Alam. All photos dekat bawah ni kita review for upper unit floor.

Jom kita serbu!


Tengok la sendiri keluasan rumah dia. Lagi besar dari rumah kita 😂

Masuk dari parking je ada ruang dekat sini, boleh la letak-letak bench and shoe cabinet, before naik rumah.

Dari pintu rumah, belah kiri tu adalah toilet, and sebelah dia adalah dining area, and straight tu adalah living hal. Bawah staircase ni boleh deko-deko tau


Ruang living hall

This is dining area, belakang tu boleh buat dry kitchen. Nampak tak ada laluan tepi kanan tu, itu adalah wet kitchen.
Ni lah dia wet kitchen, apa lagi kita pung pang la dekat dapur. Belakang dapur ni ada ruang untuk laundry area. Memang muat letak washing machine and barang-barang laundry.

Okay, yang ni dah dekat tingkat atas, ada ruang untuk family area. Agak luas sebenarnya family area ni. Belakang tu ada window, boleh tengok indoor garden rumah unit bawah 😂
Bedroom 1 - memang luas. Anggaran dalam 12ft x 12ft maybe


Bedroom 2 or baby room
Luth loves playing


Yang ni bedroom 3. Kalo boy or girl nak sharing bilik boleh pakai bunk bed jimat ruang kan.

TAPI mana master bedroom dia? MAAFKAN kita sebab terlepas pandang nak snap gamba master bedroom. Definitely bilik dia sangat besar berbanding bilik2 lain. Attached dengan bathroom and boleh buat walk-in wardrobe tau.


Korang pun boleh tengok video dekat bawah ni. If rasa tak puas jugak, jom tengok show house unit, baca sampai habis entri ni ya.

Jauh ke dari Kuala Lumpur?

Ada yang rasakan Shah Alam ini jauh dari kota? Tidak lagi, kerajaan telah membangunkan highway DAMANSARA SHAH ALAM HIGHWAY (DASH) yang akan siap dibina tidak lama lagi. Jadi, waktu korang dah berpindah masuk rumah ni, DASH highway mungkin sudah siap untuk digunakan. Projek SEHR Townvillas ini dijangka siap pada tahun 2022/2023.



Antara kemudahan lain yang berdekatan dengan projeck SEHR Townvillas


Harga rumah bermula dari RM499k! Ini adalah harga pre launch ditawarkan oleh Mega Metropolitan Sdn Bhd, sebelum official launch penghujung 2020. Berkemungkinan harga yang dijual waktu itu adalah RM600k - RM800k. Bank loan interest pun tengah murah sekarang ni. Ini lah masanya untuk kita beli rumah. Banyak lagi benefit yang disediakan developer.



Untuk mommy, daddy or sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai projek SEHR Townvillas ini, jom join hi-tea bersama pemaju di rumah contoh SEHR Townvillas ini pada 26 September 2020. Bole house tour tau! Ada 2 jenis unit kita boleh tengok and jalan-jalan, ground and upper unit. Boleh tanya terus maklumat dengan wakil developer nanti ok 😉

Click link di bawah dan RSVP jika anda berminat untuk join hi-tea dan house tour rumah contoh SEHR Townvillas. Free je makan-makan sambil tengok rumah. Jangan risau 😊




Date: 26 September 2020
Time: 1.00pm - 5.00pm

Location of Hi-Tea
Wisma Mega Metropolitan, 20-22, Jalan U15/8,
Desa Tropika, Seksyen U15, 40170 Shah Alam, Selangor.

Jom la join jalan-jalan tengok rumah 😁

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan