PKPP Short Vacation - Stay in Sutra Beach Resort Terengganu

By Raihana - Sabtu, Ogos 15, 2020


Hi everyone!

Dah dekat setengah tahun tak update blog ni. Seriously banyak benda berlaku, even I  sendiri tak sempat nak update what happened in this 7-8 months tahun 2020. Disebabkan COVID-19 yg melanda seluruh dunia since awal 2020, banyak yg berubah dekat dunia ni, to our life as well. Raya Aidilfitri baru-baru ni pun tak meriah mana, dek penangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan dari pertengah bulan March sampai la ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang ni.


Lately, kami baru dapat pulang ke kampung Kelantan. Imagine, our last visit ti my husband hometown was during chinese new year, around February, so bila sekatan dan rentas negeri dibenarkan untuk Raya Aidiladha ni, kami amik kesempatan untuk pulang ke kampung. Pity to my father in law yg sambut raya haritu tanpa anak2 dan cucu di sisi. But this time balik beraya korban agak meriah. Most of my in laws balik ke kampung, sampai abah sewa homestay la, sebabnya rumah abah kecik, hanya ada 3 bilik saja.


Kami decide amik cuti agak panjang, lebih kurang seminggu macam tu, dan sebelum kami bertolak balik ke KL, kami decide untuk stay 1 night in Terengganu. Nak bagi anak2 tengok and enjoy dunia luar. Dah lama dorang tak buat outdoor activities disebabkan PKP baru-baru ni. Our destination is to Sutra Beach Resort in Setiu. It takes about 2 hours drive from Kota Bharu. 

Our room Deluxe Seaview, just facing the sea

Apa yang menarik pasal Sutra Beach Resort ni, hotel and chalet dia menghadap laut. Sangat tenang ok! Pool dia pun facing the sea. I book Deluxe Seaview room and request for ground floor room. Mungkin book agak awal, so dorang bagi apa yg kami request, and bilik yg tak perlu berjalan jauh untuk ke restaurant, pool & access to the beach. Sangat best ok! My honest review this time, hotel ni agak lama, sangat memerlukan maintenance untuk nampak hotel & bilik dia lebih menarik. Lantai kayu dia tu bila kita pijak, memang dengar lah bunyi-bunyi. Aircond temperature kami tak boleh control, sebab aircond lama, and nasib toilet dia ada water heater. I really need water heater kalo pergi mana-mana. Sejenis yg tak gemar mandi air sejuk. Hahaha~


So windy~~



The area is so windy

Let the kids play by the beach

Kami decide untuk dinner dekat restaurant hotel ni je, sebab malas sebenarnya nak keluar cari kedai makan. Rasanya tak banyak restaurant area berdekatan resort ni, and kebetulan dorang ada sediakan pakej makan. Kami amik set untuk 2pax RM49, ada ikan siakap, ayam kunyit and etc. Agak berbaloi untuk makan 2 org. Next day breakfast adalah percuma untuk 2 org, and hanya Amani saja dikenakan bayaran RM16 sebab untuk 4-12yo kids ada charges tambahan, and bilik yg kami duduk tu memang dapat percuma 2pax breakfast. As for Luth, FOC saja. Alhamdulillah walaupun selection food tak banyak, tp bagi kami berbaloi sebab dapat makan buffet breakfast. Ada nasi dagang, bihun goreng, sosej, omelette, roti bakar, cereal and drinks. Btw, from this chalet, boleh tengok sunrise from our room tau.

Our dinner at restaurant
Night view, love the view of moon

Overall, sangat puas hati dapat bercuti even 1 night pun sebab tempat ni sangat tenang. Tak silap area ni berdekatan area Setiu and Dungun. Kawasan ni agak jauh dari bandar. Kami ingat nak singgah few places dekat Terengganu ni tapi disebabkan pikir esok nya nak kerja, and risau kalo jem dkt gombak/bentong takut sampai rumah lewat. Maybe next time kami akan singgah lalu Terengganu lagi.


Sunrise, no filter. So calm~
Our breakfast
Luth just woke up
Kids play by the beach, belakang tu bilik kitorang


Pool by the sea


View of the sea, just in front of our room

Pool by the sea






Btw harga bilik ni adaptability RM150/night untuk Deluxe Seaview. Harga bilik standard RM120/night. TAPI, ni hanyalah harga promo yang kami book waktu PKPP. Harga normal mungkin sedikit mahal, boleh check harga dkt Agoda.


Tahun 2020 ni focus nak siapkan rumah sebenarnya. Rumah kami bina atas tanah sendiri berdekatan area Sg Buloh. No travel for this year as pandemic COVID pun belum reda lagi. Kita cuti-cuti Malaysia aja lah ya.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan