Jom Balik Kampung Bersama Lazada! - She is No Longer Cik Laa

Thursday, June 22, 2017

Jom Balik Kampung Bersama Lazada!

Jom countdown berapa hari lagi menjelang raya. Yuhuuu!

Kali ni kita cuba nak join contest dari Lazada sempena Raya tak lama lagi ni.


Theme: Travelling Back Home
Contest Period: 16 - 30 June 2017

1. Where do you celebrate Raya this year?

Al-kisahnya bila orang yang dah kahwin ni mesti akan raya 2 belah kampung kan? This year kami akan celebrate raya di kampung I olls dulu dekat sini Selangor ni jek, Sg Buloh & Banting. Disebabkan parents tinggal di bandar dekat Petaling Jaya, jadi nak rasa suasana kampung tu kita balik lah Sg Buloh & Banting, rumah nenek dan saudara-mara. Hari Raya kedua nanti baru kita berdesup balik ke kampung suami dekat Kota Bharu, Kelantan. Doakan perjalanan kami dipermudahkan ya.

2. List down your "balik kampung" essentials

Baju sendiri, suami & anak - Baju Raya tu kena pack awal-awal sebab penting dan takut tertinggal. Nanti tak berbaju raya la pulak. Ohh yaa, baju basahan/gantian tu kena lah ada sekali.

Iron - Setiap raya mesti akan bawak iron sebab kita tak nak berebut or tunggu turn gosok baju ni. Sekurang-kurangnya boleh iron baju dengan tenang dan aman. Yelah, bukan gosok baju sendiri je, tu nak gosok baju suami dengan anak lagi.

Toiletries - Yang ni pun mesti jadi kemestian. Kalau takde barang toiletries ni nak pakai apa? Takkan nak tumpang orang punya aja kan. No no no! Tak memasal ada yang bau masam.

Charger Phone - Charger phone ni pun satu kemestian. Sebab phone paling lama boleh bertahan pun sehari aje kan. Tu belum termasuk lagi bila kau dah gila bergambo, anak main phone, cepat je power battery habis. So this is a must list!

Barangan anak - Barangan anak ni macam-macam. Baju, pampers, susu etc. Dia punya barang je dah penuh bonet kereta. Huhu. Ni kalau tak ada barang dia nayaaa nak kena beli baru.

Duit raya - Yang ni dari awal kena standby. Pagi raya nak menghulur pada anak-anak buah terdekat. Kalau tak nanti dah ada yang tanya. "Acu....mana duit raya?"


3. What would you like to buy from Lazada's platform to bring along for "balik kampung"?


Kooper Sega Plus Booster Car Seat
Dah lama plan dengan suami nak cari car seat untuk si Amani, since dia dah besar mencari booster type. Amani ni bukan friendly car seat sangat. Tapi kami mencuba nak cari car seat yang sesuai untuk keselesaan dia. Lagipun perjalanan kami jauh ke Pantai Timur nun. Amat lah digalakkan untuk menggunakan car seat kepada anak-anak untuk elakkan kejadian tidak diingini. Car seat sedia ada pulak dah tak sesuai pada size badan Amani. So this Kooper booster car seat seems cheaper sell at Lazada. Boleh grab kalau sempat.


Elfie Foldable Selfie
Pada yang gila bergamba macam I olls ni, boleh la cuba beli Elfie Quadcopter Drone untuk bergambar sendiri or bergambar bersama keluarga dengan pelbagai style. Memang style lah ni, siap boleh connect dengan phone untuk control drone ni. Yang penting kecik je dan sangat save space. Boleh masuk bag lagi.

Kalau nak tahu, LAZADA telah melancarkan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale yang menawarkan potongan harga sehingga 90% bermula 19 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017. Jadi, buat mereka yang ingin membeli belah pada harga terhebat boleh lah layari website Lazada atau direct click link https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

Yang nak join contest ni apa lagi? Cepat-cepat tulis blog anda berkaitan Theme yang ditetapkan! Click link ini untuk maklumat lanjut: http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

SELAMAT HARI RAYA !!!

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.