Dengan Wajah Baru Pringles®, Mr. P Bersedia Untuk Bergaul Mesra
By Raihana - Rabu, April 07, 2021
Kuala Lumpur, 24 Mac 2021: Melangkah meninggalkan tahun 2020 yang penuh dengan segala perihal… Pringles®: Mr.P mempunyai berita tergempar, maskot bermisai yang disukai ramai kini tampil lebih bersinar! Siapa yang tak sukakan pembaharuan, lebih-lebih lagi selepas 20 tahun?
Pringles Kini Berwajah Baru! |
Jom periksa bagaimana wajah baru Mr. P untuk tahun 2021! Bukan gaya rambut baharu atau sudah berjanggut, Mr.P yang ikonik kini diberi perwatakan baru yang menyeluruh. Mr. P yang baharu lebih Mind Popping dan bergaya tanpa rambutnya. Keningnya yang ekspresif kini lebih menonjol di atas matanya yang berkelip. Misainya yang terkenal kini lebih kemas dan dinamik, manakala tali leher juga masih segak seperti sediakala. Anda pasti tidak akan terlepas pandang setiap kali beliau mengenyitkan matanya kerana Mr. P telah muncul dengan personaliti baru yang lebih menarik. Beliau adalah Pringle, bersedia untuk bergaul mesra (mingle).
Emoji Mr. P – Maskot bermisai disukai ramai kini tampil lebih bersinar. |
Apa yang menarik, pengalaman snek yang ikonik, “pop and crunch” yang dibawa Pringles® masih tidak berubah. Perisa inovatif yang digemari ramai masih lagi perisa yang sama seperti dahulu, cuma kini dalam tin baharu dengan warna-warna yang memikat dan reka bentuk yang lebih kemas.
Pringles Packshot 147g – Mengekalkan perisa dan rasa yang sama, kini dalam tin baharu dengan ekspesi Mr. P yang berbeza |
“Kami telah menggunakan masa selama dua tahun untuk mencuba pelbagai gaya baharu untuk Mr. P dan Pringles® telah mencipta wajah baharu, yang moden dan benar-benar menonjol”, kata En. Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg’s Asia Tenggara.
Pengarah Pemasaran, Kellogg’s Asia Tenggara, Bose Sanjib |
Pringles berwajah baharu sudah mengisi rak-rak di kedai dan dalam talian, dengan perisa-perisa seperti Original, Sour Cream & Onion, Hot & Spicy, Cheesy Cheese dan banyak lagi perisa hebat dalam Pek Perkongsian 147g dan 107g serta Pek On-The-Go 36g.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Pringles® Malaysia di Facebook www.facebook.com/PringlesMalaysia dan di Instagram www.instagram.com/pringlesmalaysia/