Bercuti ke Perth, Australia 6D5N with BFF

By Raihana - Rabu, November 13, 2019

AUSSIE'S BFF TRIP'19 - PERTH

This time my overseas trip with my BFF from Kelana Jaya. Our childhood remains together even ada yang dah kahwin and beranak pinak pun. Setahun dah plan trip ni, dah siap beli ticket baru lah terbaca story yg tak best pasal Australia. Visa, denied boarding etc. Our group pun ada visa tak granted. Memang tak boleh follow la. Sepanjang jalan memang berdoa je la semoga semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, urusan semua tak leceh. Immigration Aussie pun tak banyak tanya. Kastam dorang pun ok. Just waktu dkt Malaysia je, waktu dkt gate nak boarding tu tu system visa dgn AA ada masalah. Cuak juga waktu ni sbb system dorang down katanya. Dah la group kitorg je bermasalah. Tp nasib baik lepas tu ok. Lega diaaaaa.

Perth memang best. Bandar yg sangat tenang. Sesuai la utk family with kids or sesapa yg nak mencari ketenangan tu. Kali ni trip memang santai je, free & easy takde nak pergi tempat jauh2. Own arrangements, no guide. Saya lah tour guide nya 🙋🏼‍♀️😁

So, nak dipendekkan cerita yang akan jadi panjang juga, itinerary kitorang macam dekat bawah ni. Enjoy!

Date: 31 Oct 2019 - 5 Nov 2019 (6D5N)
Location: Perth, WA
Airline: AirAsia X
Accommodation: Dr Ben Shiqi @ Beckenham (book through AirBNB)
Transportation: Toyota Hiace 12 seater by JA Rental Car (Pak Jubaidi)

DAY 1 - Arrival to Perth Airport, Check-in Homestay, Elizabeth Quay, Bell Tower, Corica Pastries, Blue Boat House, Kings Park, Westfield Carousel

Cerita perjalanan kami ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sampai di Airport Perth, tak banyak ragam dengan immigration situ, and kastam dorang pun ok. After checkpoin kastam tu, memang kena pergi bahagian biosecurity dorang, kena declare apa yg ada. Simple questions je dorang tanya. Apa yg kitorang declare tu makanan and ubat-ubatan ke? And definitely yes. Even kitorang kuarkan list food and medicine pun dorang macam happy, but they didnt read through pun. But as procedure, apa yg kitorang declare tu kena lalu dekat scanner dorang. And memang takde pape yg mencurigakan pihak dorang juga pun. So settle and terus keluar. While waiting for Pak Jubaidi, kitorang beli no Optus. Beli $10 utk 5GB data. Queue panjang gila, nak beli no tu lagi lama dari settle hal immigration and kastam. Padahal ada je Vodafone sebelah dia yang takde orang. Tak tahu kenapa Optus ni juga orang pilih termasuk lah kitorang. HAHAHA~

After settle everything, kitorang keluar airport sejuk semacam teruk. Weather not as we expected, sejuk yg amat sebabnya cuaca hujan. Kitorang terus check-in homestay. As we arrived early in the morning, so kitorang request early check-in. Sampai dekat homestay pukul 10am mcm tu, so masing-masing ada masa utk mandi, makan everything sebab kitorang decide nak keluar after Zohor at 1pm.

Our first day programme dekat CBD area je, so kitorang pergi ke Elizabeth Quay. Btw, parking sini agak mahal and max park 15 mins je. Cuaca pun tak menentu. Hujan renyai and stop, pastu hujan balik sampai la ke petang. Then we moved to Bell Tower, dkt sini kita tak snap banyak photo pun sebab hujan renyai2 lagi. Snap sikit2 je. Elizabeth Quay and Bell Tower ni takde lah jauh mana, boleh je jalan kaki, tp sebabkan hujan, naik jugak lah kereta sebab ada kids kan.

Elizabeth Quay, Esplanade
Bell Tower, Esplanade
Then kitorang pergi ke Corica Pastries. Yang ni memang nak singgah sebab recommendation orang-orang Malaysia. Beli Apple Strudel & Blueberry Strudel $25/each. Nampak tak mahal tapi sila jangan convert. Portion dia sangat besar and both sangat sedap! Lepas beli Strudel tu, kitorang cari Blue Boat House pulak. Btw Blue Boat House ni area dia parking memang susah. Its either parking dekat area perumahan/apartment berbukit tu, or park dekat area parking dorang yang memang jauh gila nak berjalan. Kitorang park dekat area perumahan tu sebab tak nak lah berjalan jauh sangat. Maklumlah bawak orang tua and budak-budak kan. But that area memang in high risk cause kawasan dia sangat lah sunyi. So jangan tinggal kereta lama-lama dekat sini. Kitorang nak queue bergamba pun tak lama, sebab my friends dah pergi dulu. But from the parking nak ke Blue Boat House ni kena across the main road. Kereta banyak and laju-laju memang susah nak cross the road. Be careful k.

Blue Boat House

After Blue Boat House we go to Kings Park, actually just next to each other je dgn Blue Boat House ni, cause Kings Park punya area ni sangat lah besar! Kitorang cari port yang cantik untuk bergambar. Dia punya park sangat lah bersih and there is one spot yang boleh nampak Perth view dari bukit sini. After few shots taken, baru lah kitorang pergi ke Westfield Carousel untuk groceries shopping. Pergi sini sebab mall ni tutup lambat sampai 9pm, and mostly ada tempat-tempat nak shopping lain eg. Smiggle, Bonds, Kmart, Target etc. Mall ni agak besar penat juga nak berjalan, and berdekatan dgn homestay kitorang. Dekat Westfield ni kitorang beli groceries at Coles. Actually susah juga nak cari ayam dorang yg ada logo Halal. We found Lilydale brand, but takde cop logo halal, so kitorang tak beli. Then, kitorang beli je hotdog or mana2 yang ada logo halal. After groceries, pergi Kmart dekat sebelah Coles. Sini banyak sangat barang, from babies sampai la ke barang perhiasan. So I bought babies apparel utk my kids and my friends. Amani dah request toys dah waktu ni macam biasa.

At Kings Park

First day ni penat gila sebab agaknya baru touch down kan, then banyak pulak berjalan. Balik homestay kitorang makan je maggie yg beli tadi, and makanan yg kitorang bawak dari Malaysia.


DAY 2 - Fremantle Prison, Fremantle Market, Kaili's Fish Market, Fremantle St Paul Anglican (Friday Prayer), Rainbow Container, Cottesloe Beach, Watertown Brands Outlet, Chemist Warehouse

On 2nd day ni pun cuaca tak berapa baik and mengizinkan kami buat banyak aktiviti. Tapi, kami pun banyak activities nak buat. HAHAHAA. Pagi2 kami dah bergerak ke area Fremantle untuk ke Fremantle Prison. Tak masuk dalam untuk tour pun, kitorang just amik gamba dekat gate entrance dia je.  Then, kitorang terus ke Fremantle Market untuk shopping sourvenir. Waktu ni shopping ala kadar je sebab ingat nak shopping sourvenir dkt Megabes Mirrabooka esoknya. So beli mana yg kenan and jumpa dulu. Lepas tu kitorang terus nak pergi lunch Fish & Chip dekat Kaili's Fish Market Cafe. Tak jauh pun perjalanan, sebab semuanya area berdekatan, tapi kitorang still naik kereta la juga. hehehe. Waktu tu sampai dalam kul 11am untuk lunch, orang masih tak ramai. Yang bestnya dekat Kaili's ni makan sebelah laut. Angin memang kuat la.

Fremantle Market
Our lunch
Before makan, snap gamba dulu
At Kaili's Fish Market Cafe

Tengok jam macam dah nak masuk waktu Zohor, so lambat la laki I olls ni nak pergi solat jumaat, Sebab kul 12.30pm baru habis makan. Btw, zohor sana pukul 12pm macam tu. Then kitorang pun mencari la surau or prayer room yang berdekatan. Alhamdulillah jumpa dalam 4-5mins perjalanan, ada prayer hall dekat Fremantle St Paul Anglican. Ikutkan dari luar sebenarnya tempat ni church, tapi ada hall dekat belakang tu memang dorang open untuk orang solat jumaat. Kebetulan kitorang sampai tu, dorang baru nak buat solat jumaat. Mungkin sebab tunggu nk penuhkan jemaah. Makin ramai orang datang lepas tu, and mostly Malaysian lah. Yang organise tempat solat tu memang Malaysian yg stay dekat Perth. So dengar lah sekali khutbah sekali sume.

After solat, kami teruskan perjalanan untuk ke Rainbow Container. Ala...rumah kontena colorful yang ada dalam cite Shah & Fika dok gaduh sampai balik Perth tu. HAHAHA. Sampai juga kitorang dekat sini. Container ni tepi jalan besar la juga, so memang no roadside parking, tapi ada parking disediakan berhampiran, dekat belah bawah, so nak ke container ni macam kena mendaki juga. So mak kita memang tak nak turun waktu ni sebab tak larat nak berjalan. Btw, kitorang dekat sini pun tak lama. Dalam 15mins macam tu sebab ni memang tempat bergambar je. Then, we moved to Cottesloe Beach. Drive dalam 15-20mins je dari Rainbow Container ni. Disebabkan cuaca macam nak hujan, so area Cottlesloe Beach ni angin dia sangatttttt lah kuat. Tudung nak terbang bagai. Even angin kuat macam tu pun ramai je mat saleh pergi surfing. Tak takut betul dorang. Tukar baju dkt tempat parking macam tu je. Kebal betul tak sejuk.

Rainbow Container - Fremantle
Cottesloe Beach, kitorang tak turun bawah sebab nak hujan. Angin kemain kuat
Around 4pm macam tu, terus kitorang pergi ke Watertown Brands Outlet, located dekat CBD juga. So concept mall dia sama lah macam JPO or Genting Premium Outlet dekat sini. HAAAA....bab shopping sini memang tak sabar, sebab kita memang dah aim nak shopping dekat Bonds and Smiggle. Dekat mall ni masing-masing berpecah lah cari barang masing-masing. To be honest memang sangat murah nak compare to Malaysia. Smiggle hard top case ada yg under sales item - after discount dapat dlm $8 je. Kalo outlet sini jual pun paling murah RM45 kot. Then bag teeny toddler beli untuk Luth normal price, but still get discount, $28 je. Kat outlet Malaysia jual RM120+. Convert duit Malaysia pun still murah tau. Me is crying sebab rambang mata. Sebab dekat Smiggle outlet sini semua barang dapat 25%, even new arrival pun. Then, went to Bonds outlet. Beli baju kids more than 2pcs dapat 40% off. Even dorang pun ada few section yang under sales item. Imagine sales item paling murah $15 - $18 then plus 40% lagi, dapat dalam $10 macam tu je. Still murah sangat, sebab kalo kat Malaysia pun beli dengan PS dapat dalam RM40 + juga. Btw, dekat Bonds Watertown ni, barang dia lagi banyak and murah dari dekat Mall. Sebab, a day before cuci mata dekat Bonds Westfield, dorang ada discount 40%, tapi tak ada sales item. And dekat Bonds Watertown lagi banyak pilihan compared to mall. But pilihan dia tak banyak yang latest collection dalam website. Dekat mall maybe item new arrival saja. After Watertown, kitorang terus ke Chemist Warehouse dkt Murray St., dalam 5mins je dari Watertown tu. Dekat sini memang aim banyak perfume murah-murah, skincare, makeup, suplement etc. Ikutkan memang murah, imagine 1 perfume average dalam $20 - $25 je. But depends on brands juga. Ada certain brands memang mahal. Ada perfume yang memang tak boleh dapat dekat Malaysia, so bila datang sini, dapat beli memang heaven la. My friends mostly beli perfume dekat sini. Memang banyak juga.

Hasil tangkapan Bonds & Smiggle
End of Day 2, balik ke homestay kami masak nasi goreng je. Nasi goreng jadi lembik sebab baru lepas masak. HAHAHAH`


DAY 3 - Caversham Wildlife Park, Charcoal Chicken Express, Masjid Al-Taqwa Mirrabooka, Watertown Brands Outlet, Fremantle Market

Okay, on 3rd day ni pagi-pagi kami terpacak pukul 9.30am dekat Caversham Wildlife Park untuk tengok animals and Koala. Driving from Beckenham to Caversham ni amik masa dalam 40mins juga. Cuaca waktu ni sangat okay, cuaca sejuk yang boleh diterima and matahari pun panas je. Means tak ada petanda nak hujan. Dekat Caversham ni kitorang spend sampai pukul 12.30pm. Visited baby penguin, feeding the Kangaroos, meet and greet Koalas, Wombat, Alpacas, and macam-macam animals yang rare lah. Tempat ni tak ada lah besar mana pun. Tapi dapat tengok sume animals tu pun macam dah puas hati. Wombat & Koalas ada timing dia untuk visit, and bergamba dengan dorang.

Feeding the Kangaroo
Luth wasnt afraid with animals. Kita pulak yang risau takut dia katok
At Kangaroo Park

With Wombat

With Koala. Comel gila Koala dekat sini, setiap dorang ada nama okeh. Tapi tengok sama je muka dorang ni 
Heading to parking. Kawasan dorang pun lawa 😂
After Caversham, kitorang terus nak cari makan, one of the famous halal restaurant dekat Perth, kitorang singgah Charcoal Chicken Express, 20mins drive dari Caversham. Dekat restaurant dia memang ada certified Halal yang dorang display. Ayam dia not bad and sedap, kitorang makan dengan nasi briyani. Al maklum lah, orang Malaysia kena makan karbo lebih. Lagi-lagi husband I olls kena bagi makan banyak sebab driving. Dekat Resturant ni ada play area tingting dekat blah luar. Amani sibuk la nak main dekat sini. But still boleh nampak dia main.

One of the menu at Chicken Charcoal Express. This one spicy flavor

Lepas tu kitorang ke Masjid Al-Taqwa utk solat, 5mins drive dari Charcoal Chicken Express tu. Kebetulan waktu kitorang datang nak solat, masjid ni tengah busy nak prepare kenduri kahwin. Not sure bila wedding dia, sebab penuh khemah dkt Masjid ni. And solat untuk wanita di bilik atas, and under renovation. Redah juga la orang dok buat renovation tu. Area berdekatan masjid ni ada kedai groceries yang jual bahan and makanan halal. So my friends bought chicken from here. Even cashier yang jaga pun student Malaysian. Lepas solat ingatkan nak pergi ke Megabes Factory untuk beli barang-barang sourvenir, 4mins drive from Masjid. Rupanyaaaa, waktu kitorang datang, factory dorang tutup. And only open on Wednesday ya 😂, then kami decide untuk ke Waterown (me only untuk sambung shopping Bonds & Smiggle for my sister) and Fremantle Market sebab nak beli sourvenir. Tapi, kitorang aim nak pergi Megabes @ Fremantle je. Takde pusing tempat lain. Sebab waktu kitorang sampai Fremantle tu dah pukul 6pm, and still have 1 hour to shop, sebabnya kedai tutup pukul 7pm. Btw, tak suka sangat shopping dekat Megabes sini, sebab staff dia tak friendly. Ada kes sehari sebelum yg kitorang dah datang tu, my mom ada shopping dekat sini. Before that, kitorang ada shopping sourvenir dekat luar2 tu. So while waiting for my mom, kitorang tunggu dekat luar. And I have not intended to buy anything pun. Nak jadi cerita, Amani ada beli kangaroo and koala dekat kedai sebelum tu, and dia ada pegang koala & kangaroo toys from Megabes tu, so staff tu nampak and dia ingat yg Amani amik toys dari kedai dia, padahal kitorang beli dekat kedai sebelum tu. But the staff wanted to see the receipt, but memang takde lah cause that shop tu kecik je, but I still go there to get a receipt. Nasib cashier that shop buatkan receipt. Then while my mom nak bayar dekat kaunter Megabes tu, dorang nampak my mom punya beg yg beli dekat kedai sebelum tu. Aduhhh....then that cashier pun asking my mom a receipt and tak nak letgo barang lah. Aku pun macam hangin lah....and pergi la kedai yang sebelum tu to get a receipt. Then, memang obviously dorang check my mom's punya bag sama ada sama ke dengan apa yg tulis dekat receipt. Both shops are selling souvenir but some items a bit different lah. I understand thats their work of scope utk check, but the way they treated tu macam kitorang mencuri dekat kedai dia. Dah la muka masam, senyum pun tak ada, sorry pun tak ada, at least just says something yang buat customer not feel offended. Only trainee yang check bag kitorang je senyum balik. Kitorang pun beli juga sourvenir dari kedai dorang more than $200 kot. Sigh. So if anyone nak beli something from Megabes, but you have bought something beforehand, better you get a receipt from that shop first before entering Megabes.

And, at night, kitorang masak-masak, buat barbeque ayam, kambing, masak spaghetti.

DAY 4 - The Pinnacles Desert, Lobster Shack Restaurant, Lancelin Sand Dunes, Perth Mosque

On our 4th day in Perth, programme kita awal pagi, sebab keluar dari homestay pukul 7.30am. Perjalanan kali ni agak jauh ke luar bandar. We're heading to The Pinnacles, Nambung National Park yang perjalanan dia amik masa 2.30jam dari Beckenham. Perjalanan along Indian Ocean Drive, jalan dia sangat lah sunyi tak macam highway dekat Malaysia. Kereta memang tak banyak that day. Sepanjang jalan tu memang banyak je kangaroo mati kena langgar. My husband memang careful drive dekat sini, ikut had limit drive dia. Sini agak confusing tau, waktu dekat gate masuk (btw kena bayar parking $15), my husband tak paham agaknya apa yang orang tu cakap, so nak masuk tempat pasir kuning ni lagi jauh ke dalam jalan dia. Tapi ktorang sempat la bertelagah cakap kena park dekat luar and jalan kaki nak ke pasir kuning tu. I was like, seriously cause maps tunjuk jauh lagi perjalanan tu. And kitorang pun park luar okay, singgah toilet dia, and ikut route kalau nak jalan kaki ke tempat pasir kuning ni. And sampai la ktorang dekat tempat pasir kuning ni. Memang agak luas, then I noticed a lot of cars actually bawak masuk sampai ke dalam. Punya la kita kena nganjing dengan husband, and then see banyak je kereta masuk sampai ke dalam. Tak ada masalah pun. Baik van, sedan, or mustang car ada je dalam tu.

View dia memang superb
Kena photobombed dengan BFF 😁
That kids susah betul nak tangkap gamba dekat sini. Sibuk main pasir tu

After that, we moved for lunch dekat Lobster Shack Restaurant. It takes about 18mins drive dari Pinnacles tu. Lobster Shack ni btw letak sebelah pantai je. Laut dia memang cantik giler. Ingat nak singgah Hangover Bay Beach, tapi since this restaurant just next to the beach, so kitorang lepak sini je. Amik seating memang dekat dengan beach and angin pantai. Restaurant dia memang besar. Even ada playground area tapi, seating agak jauh dengan pantai, so kita lupakan saja nak bagi anak-anak main. Kos makan kitorang dekat sini $290 okeh. Pejam mata sajalah makan, sekali sekala makan lobster overseas. HAHAHA. Sebab kitorang amik lobster gred A yang besar and amik set single lobster.

Entrance dia pun dah menarik
Nampak tak belakang tu laut
Yang best ada tangga dari Lobster Shack ni, boleh turun main dekat pantai tu

After lunch, kami teruskan perjalanan ke Lancelin Sand Dunes. Kitorang drive arah balik ke bandar Perth dah sebenarnya. From Lobster Shack ke Lancelin Sand Dunes ni lebih kurang 40mins macam tu, tapi husband I olls terlepas jalan, sebab dia salah dengar nama tempat, and yg lain sume tidoq. HAHAHA~ Habis aku kena marah. Dia punya bebel sampai ke puncak bukit Lanceline Sand tu 😂

Dekat Lancelin Sand Dunes ni memang luas kawasan dia, and sangat la panas terik. Nasib pergi time musim sejuk, so tak rasa panas dia, cuma memang sunburn la. Kitorang sewa seat sandboard $5/no, kitorang amik 2nos. Kalau sandboard utk kaki $10. Lepak dekat sini lama juga la sebab main-main kan. Banyak juga activities boleh buat, ATV pun ada tapi mahal la kan. Huhuhu. Amani paling excited sebab suka main sandboard tu. Luth dah start nangis sebab angin kuat and pasir masuk mata. Dia lepak kejap je, then letak dia dalam van balik, duduk dengan mak. Mak pun tak nak keluar sebab jauh nak mendaki. Tangkap gamba aja lah.

Before mood Luth kelaut Indian Ocean
Nampak tak betapa excited nya budak sorang ni

Then kitorang gerak ke Perth around 4pm to Perth Mosque untuk solat. Saja lah nak singgah solat dekat sini kan, tengok masjid overseas. Btw, waktu ni kitorang salah kiblat 😂. If dekat Malaysia ruang solat wanita, kita kena menghadap ruang solat laki untuk arah kiblat kan. Tp dekat Perth Mosque ni terbalik. Ruang solat wanita tu la arah kiblat, and ruang solat lelaki di belakang. So kitorang solat la balik 😁 After solat tu kitorang terus balik homestay untuk berehat dan masak-masak. My mom bagi resipi masak simple2 je. Malam ni jugak dah start packing barang-barang. Huhu.

Perth Mosque. The entrance is behind actually.

DAY 5 - Raeburn Orchard, Cicerello's Cafe, Mandurah Dolphin Cruise, Perth Mosque, Corica Pastries, Chemist Warehouse, Coles Supermarket

On our last day in Perth, we visited ladang buah in the morning. Raeburn Orchard ni dalam 20mins drive from Beckenham. Maybe not our rezeki, waktu kitorang datang tu buah baru nak berbuah. Okay, dont know how to describe. Kira buah kecik-kecik lagi time ni. So memang tak nampak apa-apa sangat dekat ladang tu. Tapi ladang dia agak luas and sangat teratur. Entrance fees $4 for adults, no charges for kids. If visit musim-musim tertentu, mesti nampak cantik. See, OOTD sangat I olls ni. HAHAHA~ btw, ladang ni tak bagi fruit picking, but dorang ada shop yang jual buah-buah fresh and others natural items as well. Kita beli pisang utk kids sebab dorang suka sangat makan pisang dekat Perth ni.

In front of Raeburn Orchard entrance
Pokok yang ditanam memang teratur
One section at Raeburn Orchard
Then, kitorang terus ke Mandurah, sebab dah book tikek dengan Klook for Mandurah Cruise Tour at 1pm. Perjalanan dari Raeburn Orchard to Mandurah takes about 1 hour. So we reach Mandurah and terus untuk lunch around 11am. We all lunch at Cicerello's Cafe, and guess what we ate, Fish & Chip again! HAHAHA~ Ikut iti nak makan dekat Warong Ade at Mandurah, Indonesian cuisine, tapi baru perasan yang kedai makan tu buka petang. So sad. So kita makan la dekat Cicerello's ni. Btw, this restaurant pun ada dekat Fremantle haritu, memang next to Kaili's. I think selection Cicerello's lagi banyak and murah dari Kaili's. Banyak kitorang order, sebab nak habiskan bajet makan yang memang kitorang dah allocate. Siap tapau bawak balik lagi.

We took 2 sets of this. Memang banyak. Sebab situ tulis 1set boleh makan 1-2pax je
We just lepak at Cicerello's while waiting our boarding cruise time. Nasib lah ada coloring provided for kids

After lunch, kitorang just hangout around the jetty. Cicerello's pun dekat je dengan jetty. We snap photos before our cruising time.

Thats our cruise
Yang ni cruise kitorang, nampak tak Cicerello's sebelah tu je
And we board on cruise, Amani excited nak tengok dolphin. But she called it dolphish 😂
And there, dolphins
Tour takes about 40mins, and agak menghayati keindahan kawasan orang-orang kaya dekat situ. Rumah tepi tasik/laut siap ada boat/cruise kau. Ada private jetty lagi. Tah berapa la agak nya rumah orang-orang sini.

After cruise tour habis around 3pm mcm tu, kitorang terus balik ke town untuk Corica Pastries (beli apple/blueberry strudel bawak balik Malaysia) and solat dekat Perth Mosque. Perth Mosque dengan Corica ni tak jauh pun dalam 3mins drive. After tapau kitorang nak cari Chemist Warehouse and Coles Supermarket untuk last shopping. So we decided untuk ke Chemist Warehouse Cannington South, which is stand alone punya outlet senang nak cari parking. Cause haritu Chemist Warehouse dkt Murray St. tu parking susah sangat nak cari, so my husband buat 10 round sambil menunggu kitorang. So bila ke outlet Cannington ni memang dah ada parking and my husband pun turun lah sekali. So dekat sini lah we all baru beli. Kita pun dah terpedaya dengan kawan-kawan yang beli perfume ni 😜. I bough Britney Spears Midnight perfume yang berharga $19.99 sahaja. And my husband beli Mont Blank. Dia punya mahal dekat $49.99. And pinjam duit I olls sebab cash dia habis. Dia pun terjebak jugeeeekkk.

After almost 40mins dekat Chemist tu, kitorang pergi ke Coles Supermarket untuk beli chocolate and coffee. Kita beli macam-macam chocolates brand eg. Cadbury, Bouncy and coffee Barista Bros, Ice Break and Dare. Semuanya bawak balik Malaysia. Then nak cari bag extra untuk tambah bag. Tapi tak jumpa, terjumpa bag recycle Coles je even kecik tapi ada zip.

Coles Supermarket near to our homestay

Kitorang pun sampai homestay agak awal around 7pm macam tu then siap2 untuk kemas cause kul 2.30am nak kena keluar dah pergi airport. That night kitorang just habiskan je stock makanan yang kitorang bawak and masak simple. Sebab semua orang dah penat and nak kemas bag. Bag masing-masing tak muat LOL 😝

Okay, nak tau tak berapa bajet kitorang? But its basically doesnt includes shopping expenses lah. And travel budget is very subjective, sebab ikut preference orang tu berbelanja juga.

Here we go!

Air Asia Flight
RM660/pax Adult

Homestay book through AirBNB (approx RM2005 for 5 nights)
RM286

Car Rental by JA Rental Car 
($700 for 5 days Unlimited Mileage - includes 2 carseat)
RM235

Fuel (Diesel)
RM100

Parking 
RM30

Groceries 
RM100

Caversham Wildlife Park Entrance
RM88 Adult
RM45 Kids

Mandurah Cruise Dolphin Tour from Klook
RM91 Adult
RM45 Kids

Raeburn Orchard Entrance
RM12 Adult

Meal
RM250

Visa 
RM20

Etiqa Travel Insurance (Gold Package)
RM62

Prepacked Food Brahims
RM30

Custom BFF Sweatshirt
RM75

Emergency
RM100

TOTAL RM2,039


Actually amount ni anggaran je, cause I think we spent less on groceries and parking tu. Duit emergency pun kitorang tak sentuh.

Btw, individual shopping expenses more than $400. Tak tahu lah dok shopping apa 😁

Shopping Spree 🛍️

  • Converse etc. (nasib laki aku tak terjebak even 2kali dah masuk kedai ni 😜)
  • Bonds, Smiggle (habis la dok memborong, dpt almost half price dr yg jual dkt Malaysia 🥰)
  • Kmart (Ada jual baju, kids, toys, barang perhiasan. Beli juga candy bowl utk job)
  • Coles (Milo dia sedap, tak manis, Nutella murah, coffee Dare, Barista Bros, Ice Break, macam2 chocolate brands ada, Cadbury, Toblerone etc.)
  • Chemist Warehouse (grab la 1 perfume utk diri sendiri at least. Member yg lain ni beli perfume stock mcm utk 5 tahun 😝)
  • Megabes (Aussie Sourvenir paling murah rasanya)
  • Jangan kedekut kalo nak shopping, nanti balik nyesal 😁

We are missed to go few areas from what we had plan in itinerary:


  • London Court and strolling around Hay & Murray St.
  • DFO
  • Fremantle Art Centre & Esplanade Park
  • UWA Mosque
  • Megabes Factory @ Mirrabooka
  • Swan Valley - Margaret River Chocolate Factory, Yahava KoffeeWorks & Mondo Nougat Factory
  • Mandurah Forum Mall

Notes:

  • To visit, better apply ETA Visa Australia before purchase ticket, boleh dapat RM20 je apply dengan agent. Sebab nak dapat approval visa isn't easy. One of my group, adik Ila, visa dia tak granted. Maybe sebab new passport, and he's a guy age 20 plus. They are randomly akan check kita punya details. Banyak information dorang akan request. We have submitted 2 times for re-appeal, but still didn't satisfy their jurisdiction. End up, adik Ila tak join the trip. But send off his sister to airport with sad face 😂
  • Even some said tak perlu nak print approved VISA cause they're linked with airline system. But please print untuk memudahkan staff airlines & immigration. That happened to us sebab AirAsia punya system visa down that time, and they have to check manually. So please pass je printed visa tu.
  • If bawa ubat-ubatan or makanan, please make sure declare dalam arrival card. Just tick if you are unsure pun. Jangan tak declare tapi bila dorang scan ada items tu, memang boleh kena saman. To make it easy for officer, buat list food and medicine. Arrival card is for everyone on board, even baby pun kena isi ok. 
  • Patuhi la had laju kenderaan. Saman dia merata. Dkt bandar dia ada traffic light junction mcm pelik sikit. Untuk turn right kena tunggu kereta dari depan lengang baru boleh turn right.
  • Carseat wajib utk kids. Nasib Luth & Amani memang dah biasa dgn carseat. Cuma Amani cranky nak dok manjang dgn mama dia. Sebab mama dia dok dgn adik dia. So badan mama kena belah 2 untuk bahagi sama rata dengan anak-anak.
  • Jangan tinggal barang/bag dalam kereta, sebab kalau macam van mungkin akan jadi target untuk orang pecah kereta.
  • By the way, if anyone nak pergi ke Watertown Brands Outlet tu, if pakai sewa van, make sure you vehicles height limit is below 2.2m. Sebab max boleh masuk pun 2.2m, even roof top parking area. Otherwise, you may need to consider park at roadside yang berbayar. Our van memang tinggi and tak muat, so kitorang parking at roadside je. This area easy to find paking roadside, but as usual, dont left anything in your car ok?
  • Masjid & kedai makan halal In Shaa Allah senang cari. They're Muslim friendly country.
  • I love service of AA during my return flight to KL. One of the stewardess help me to get better seats with my child. At first I was sitting with Luth & Amani with 2 seat. Since Luth must be on parents lap, and my husband seats in different row. Then, that stewardess helps me to get 2 row with 3 seats for us. Mungkin tak ada orang that time. Actually tak minta pun. Tapi bila dia tengok kita carry Luth and Amani was sitting next to me dia rasa kesian. Then dia cari seat with 3 seats yg kosong. So Luth can sit in the middle, and my husband and my mom pun move duduk seat depan. Forgot her name, but I will pray for her kindness.

For your reference and guidance, you can download from here 🥰


Thanks my #instagramhusband
Thanks to my BFF Nisa Salle Qilla Bahri Khalilah Azahar completed my travel mission. After balik, my mom tak habis-habis cakap, seronok Perth ni, lagi2 own arrangement, sebab pergi bayak tempat and tak penat. Yelah, naik van drive sendiri kan.

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Hi, nak tanya kalau beli strudel bawak balik Malaysia, kena declare ke? and strudel tu bawak naik cabin ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi sis, strudel bwk blk Malaysia tak perlu declare pape. strudel tu ada kwn sy dia bwk hand carry je. ada yg letak dlm check-in baggage. 2-2 lepas. tp makanan lain mcm coklat dip kot, yg tu kena rampas dgn custom dorang. maybe sbb consider as liquid more than 100ml.

      Padam