Part Time Study: Komitmen Sebagai Wanita Bekerjaya & Keluarga

By Raihana - Khamis, Mei 26, 2016

Assalamualaikum...

Tiba-tiba hati terdetik nak rewind balik cerita belajar Degree. Maklum lah, baru habis belajar kan setelah bertungkus lumus selama 3-4 tahun. Huhu.

Nak dijadikan cerita, kita mula start apply untuk sambung belajar degree as part time student ni selepas 2 bulan habis sahaja pembelajaran Diploma. Kiranya waktu tu, last kelas Diploma habis dalam bulan 10 tahun 2010. Kita dah start register untuk sambung degree waktu Januari 2011. Kenapa sambung Degree part time? Kenapa tak full time je?

Setengah orang ada pendapat yang berbeza, betul tak? Even kita sendiri pun ada pendapat berbeza, yang kita rasakan bagus untuk diri sendiri, tapi tak bagus untuk orang lain.


1. Pemilihan Universiti & Lokasi

Kita pilih Open Universiti Malaysia sebagai tempat untuk sambung belajar, dalam kursus, Bachelor Degree in Business Administration (in Marketing). Lepas habis Diploma dulu, memang sebenarnya tak ada niat nak sambung Degree untuk fulltime. Sebab pikir, tak nak susahkan family, tanggung kita belajar lagi. Sambung IPTA pun bukan senang, nak tunggu pun agak lama. Disebabkan nak jimatkan masa belajar, kita terus apply dekat OUM PJ (waktu ni baru open). Cost belajar selama 4 tahun waktu tu adalah RM18,000++ . Sekarang mungkin dah naik harga. OUM ni memang khusus untuk student yang belajar part time, di mana kelas hujung minggu sahaja.

2. Waktu Pembelajaran & Exam

Bila dah kerja ni pun tahu-tahu je la kan, masa untuk ke kelas memang limited, so kebanyakan kelas OUM adalah waktu hujung minggu. Dalam 1 semester kita akan ditawarkan sebanyak 3 subjek sahaja, and kita diberi pilihan untuk menentukan kelas dan subjek yang kita nak amik. Contohnya, kalau rasa sanggup nak amik kelas seharian boleh pilih Sabtu or Ahad, or kita boleh pilih untuk splitkan jadual tu. Waktu awal-awal dulu kita rajin amik kelas seharian. So, lagi sehari tu boleh rileks dan tak commit dengan kelas. Tapi dah masuk sem 3 tu, terasa penat sangat amik kelas seharian, then kita decided untuk split kelas 2 hari, dengan amik kelas pagi. And, dalam satu semester tu akan ada 4 minggu kelas.

Waktu exam pulak, memang dah ditentukan oleh pihak fakulti, so kita tak boleh suka-suka nak decide bila kita nak jawab exam tu.

3. Skop Pembelajaran & Tugasan

Kelas OUM ni senang je. Kau nak datang or tak tu terpulang. Tak ada bantahan, tolak carry mark etc. Sebab berbayarkan. Tapi, kekadang tu kesian, kelas student sememangnya tak ramai, bila student tak datang memang kosong kelas. Mostly lecturer/tutor yang ajar berpengalaman and dorang pun sebenarnya lecturer dari Universiti lain juga. Even, some of them are professors. Tutor sangat membantu, lagi-lagi dalam tips jawab assignment and final exam. So, awal-awal kelas memang akan rajin pergi sebab tutor akan discuss pasal assignment. Hehe.

30% Mark adalah dari assignment, dan 70% from final exam. Biasanya kita skor assignment je. Confirm A, tapi bila dekat final exam mesti hancusss. Huhu.

4. Online Portal

Sistem MyVLE OUM sangat membantu sebenarnya. Dekat situ pihak fakulti akan announce apa-apa benda berkaitan. Contohnya pemilihan kelas, jadual exam, pembatalan kelas. Ada juga Forum di antara student & e-tutor di mana student diberi hak untuk bertanyakan soalan assignment dan tips menjawab final exam.

Cabaran

1. Awal-awal bila belajar, kerja tak terikat hujung minggu. Tapi letih tu tetap letih, sebabnya, bila balik kerja, kita nak kena menghadap assignment. Biasa tempoh assignment ni dalam masa 4-5 minggu je. Susah sebenarnya nak fokus. Lagi-lagi bila buat kerja sorang-sorang ni. Dulu waktu belajar Diploma, ada kawan sebelah-sebelah, semangat tu lain macam. Kawan buat, kita pun semangat je buat.

2. Bila dah mula kerja lain, yang memerlukan komitmen hujung minggu memang susah. Waktu ni kita kerja event. Memang mencabar, kerja hari-hari balik malam, hujung minggu ada event. Bila dah tiba deadline assignment dengan final exam mula la menggelupur nak buat. Badan letih yang amat, memang susah nak focus.

3. Duit gaji spend untuk bayar yuran. Setiap kali nak masuk sem je, mesti pening nak bayar yuran. Huhu. Sebab tunggu turn PTPTN yang agak lambat, terpaksa dahulukan duit gaji dulu. Dari awal sem sebenarnya dahulukan duit gaji bayar yuran.

4. Masa social kawan-kawan terbatas. Yang ni rasanya memang norma kot. Bila dah mula kerja, masing-masing dah ada hal sendiri, so kawan kita among officematet sahaja. Kawan OUM??? Hmmm...mostly ada yang ok, mungkin kita ni memilih kawan kot. Sebab ratanya student dekat situ umur antara 30-40 tahun. Susah nak cari yang muda macam kita. Hikhik.

5. Bila dah kahwin ni, cabaran dia pun sama je. Tapi alhamdulillah, bila dah tukar kerja yang tak perlu commit weekend and overtime, badan tak terasa penat. Masa boleh tumpu sepenuhnya untuk attend class, and assignment. Nak throwback balik, teringat waktu jawab final exam untuk semester terakhir, kita bawa Amani dalam perut jawab exam. Huhu. Waktu tu tengah 5 months pregnancy, and fasting month. Perghhh, memang mencabar.


Secara purata, kita mengambil masa 4 tahun untuk habis belajar juga. Ikutkan dalam 3 tahun setengah je, tapi disebabkan kita ada skip 1 paper final exam waktu tu, so kena reattend exam untuk semester yang seterusnya. Kalau skip tak boleh jawab dalam semester tu juga, kena tunggu for next semester. Disebabkan tak dapat elak hal kerja (waktu tu ade business trip to India), so nak tak nak terpaksa lah skip.

Alhamdulillah, a year after, fakulti announce kita tersenarai dalam list graduation. Walaupun result so-so je, I'm still proud I could finish my study. That time, I'm so yippyyy! Waktu graduation day, dah ada anak seketul. Hehe.

Photo during convocation >> Click Here.

  • Share:

You Might Also Like

61 ulasan

  1. wah, tahniah..sy pon ada terfikir jgk nk sambung study..asyik tangguh2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah, kalo ade rezeki boleh je sambung kan. dugaan mmg kuat even dah ade komitmen kerja and anak. tp kalo kita dah tanamkan niat tu in shaa Allah dipermudahkan :)

      Padam
  2. Sis amik course apa ?? Cgpa bpe ye..hehee

    BalasPadam
  3. Sis amik course apa ?? Cgpa bpe ye..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amik business admin (major marketing). cgpa cukup makan je la untuk grad :)

      Padam
  4. sis, kalau belajar dekat oum nak kena beli buku jugak ke? dengar orang cakap kena beli buku beratus2 jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku tu dia dah include skali dlm yuran every sem. saya tak pasti kalo harga buku2 tu berapa, sbb dlm resit dia conclude sume skali. in case awk tak nak beli sy tak pasti dorang akn deduct dr yuran ke tak.

      Padam
    2. nota tu. kite print jee dri website

      Padam
  5. Salam. Boleh saya tanya. Assignment dia nanti akan ada group work ke? Akan ada presentation ke mcm study full time?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assignment by individual. marking pun individual. presentation mmg xde, tutor fully mengajar je waktu class. xtaw la lain tutor lain caranya. huhu.

      Padam
  6. slm kos buku2 semua include dlm yuran setiap sem ka? kos engineering oum offer tak tuk part time?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...kos termasuk buku yg diberi OUM setiap sem. Engineering sy tak pasti. Boleh refer web rasmi OUM.

      Padam
  7. nak tanya pasal class sbb x berapa faham..dlm sebulan setiap hujung minggu ada kelas ke..saya baru nak apply pjj oum

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy attend dr thn 2011 - 2014. 2015 sy graduate. setahun ade 3 semester. and tiap semester ada 4 class. sis boleh arrange class sndr sama ada nak ada class everyweek dlm sebulan or 2x class dlm sebulan. waktu sy dorg ada bg system utk pemilihan class. awl semester sy amk class everyweek utk sabtu atau ahad saja. and ada semester sy amk both sabtu & ahad tp short time dlm sehari, so belajar tak pnt.

      Padam
  8. Hai, nak tanya. Usually final exam dia buat on weekend jugak ke or weekdays pun ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi...exam both weekdays and weekend. tgk subject paper. Tp sy banyak exam weekdays.

      Padam
  9. Assalammualaikum sis , saya nak tanya , adakah ijazah OUM ni laku ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam...in shaa Allah ok je. sy dah kerja 4thn dgn cert oum. rasanya takde company yg pertikaikan cert kita dr mana.

      Padam
  10. Salam sis,kt oum ni sis banyak presentation tak?satu lg lectilure mengajar dlam bahasa melayu atau english?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde presentation pun. banyak nya mmg teaching class and discussion je. Class depends on tutor jgk. if tutor malay biasa dorang mix language. tp syllabus mmg all in english.

      Padam
  11. haii sis, boleh tanya? apa document yang harus dibawa semasa pendaftaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, bwk photocopy IC dan transkrip masa diploma nnt ya.

      Padam
  12. Salam sis, penat tak kerja sambil belajar ni? Dan mcm mana bahagi kan masa antara belajar dn kerja ni ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penat tu mmg penat...lg2 kalo kerja awk bkn 9-5 punya working hours. penat and at the same time stress. mcm sy kalo belajar or buat assignment sy suka buat luar rumah. means every weekend kalo sy x kerja sy akn lepak library dkt shah alam, or coffee house yg x ramai org. result pun xde la cantik mana. huhu

      Padam
  13. Salam sis .. Sy nak tnya , klau nak ambik diploma kat oum ni pun boleh pjj ke ? Atau diploma fulltime ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh PJJ dear. Boleh check course at their website and call hotline utk tanya lebih lanjut. Better visit centre sendiri utk tanya enrollment. Kalo ada open day boleh pegi tny terus. Mcm sy open day tu pergi nak tny je kononnya but end up terus enroll. Hihi..

      Padam
  14. sy nak buat pjj oum . tp takut.bole bagi tips tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn tkut. just pkr kita nak sambung study sbb to be better. tips jgn buat last minute assignment even tempoh dorang bg agk lama. kalo tak boleh study sorg2 boleh lepak2 dkt mana2 library utk bg semngt kita belajar. weekend kalo nak study klo boleh dont stay at home sbb mood kemalasan tu akn ada, and kita akn drag mls nak study tu lg lama. hihi. boleh check e-forum tny tutor kalo ada masalah dlm nak buat assignment. and get tutor utk bg point jwb assignment.

      Padam
  15. nak tanya boleh? time exam tu kat class or online?

    BalasPadam
    Balasan
    1. exam class dear dkt centre or other places. assignment je submit online.

      Padam
  16. hai nak tnya sijil graduate dri oum diiktiraf tak..kalo kerja mudah dapat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa ragu2 ya? OUM antara U yg diiktiraf dkt malaysia, and sijil dorang pun byk diiktiraf oleh MQA. Boleh check MQA website utk check course sijil tu. So far alhamdulillah sy dah 5 thn kerja dgn degree OUM. Rezeki cpt or lmbt je nak dpt kerja tu.

      Padam
  17. Balasan
    1. rasanya assignment dia lg. ssb ade guideline. final exam yg ssh :P

      Padam
  18. Takda scholaship ke untuk study part time OUM?

    BalasPadam
  19. Sis, klau dri diploma nak ke pjj oum kena ambil x muet ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde muet paper rasanya dkt oum. btw sy dah amk muet waktu diploma dlu. exam muet sy tak sure oum ada conduct ke tak.

      Padam
    2. owk.ok Tapi klau x ambil exam muet msa diploma bleh ka smbung degree dekat oum? or kena ambil jgk exam Muet?

      Padam
    3. sorry ya yg ni sy tak pasti. tp rasanya waktu nak intake dorang mcm tak tgk exam muet. awak boleh walkin tanya or call je centre kalo dorang perlu exam muet utk intake atau tak.

      Padam
    4. Sis..blh tanya? Btl ka sijil oum ni tk laku klu ambi degree?

      Padam
  20. hai, nk tanya.. mcm mana kalau kita ada kerja ye hujung minggu tu..blh ke masok kls hr biasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo kerja then kena skip class. class dorang mostly mmg weekend saja.

      Padam
  21. Assalam sis..sy berniat nak sambung pjj..sy umur 26..anak nak masuk 2 da..agak² mampu ke sy eh untuk pjj ni..ade biasiswa or pinjaman ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah boleh je sambung pjj. Ada antara kwn2 sy pun sambung belajar ada anak kecik. Buat masa skg yg sy tahu ada ptptn. Mcm sy buat loan ptptn utk pjj degree sy.

      Padam
  22. Hi raihana. Thanks sharing memang ramai perlukan info dari kisah awak ni.

    Nak tanya. Kelas di OUM ni 100% online atau ada juga kelas fizikal di kampus? Atau memang 100% fizikal cuma hujung minggu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, during my time memang ada class physical bersama tutor every week. Class time tu depends pada student and boleh arrange sendiri (ikut schedule yg OUM offer). Online class through OUM student portal. Akan ada e-tutor yg akan tolong kita if kita ada apa2 masalah dgn assignment etc, it's not live class, dia mcm forum. Tutor class & e-tutor berbeza. Tp ni during my lesson 2011-2015.

      But since covid and pkp tahun 2020 ni, sy tak pasti lesson macam mana. Mungkin juga fully online live class. OUM student portal mungkin dah berbeza. Boleh dptkan info lanjut dgn OUM campus berdekatan ya.

      Padam
  23. hi nak tanya, saya baru je habis diploma and ada tefikir nak sambung kat oum. tapi saya belum bekerja lgi. sy risau kalau yuran tak bayar, trpaksa postpone pengajian. kalau ptptn, mmg lambat masuk ke sebelum start semester? sbb tak prnah buat pinjaman ptptn sebelum ni so kurang tau..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, ok pasal ptptn ni sy ingat tak igt ya sebab dah lama. hihi. my time dulu, memang apply ptptn. ptptn akan byr terus pada kita utk setiap semester. ptptn akan bayar 1-2 bulan after kita masuk sem. Usually in case tak cukup upfront payment untuk every semester tu, sy akan buat KWSP withdrawal acc 2, under pendidikan. Nak kata OUM akan defer sem, if let say kita lambat bayar tu saya tak berapa pasti.

      Maybe kena usahakan yuran dulu duit yuran utk sem 1, sebab yuran bayar every sem, bukan bayar sekaligus. Bila dah dpt ptptn, boleh save that money utk bayar next sem.

      Padam
  24. Hello nak tanya, time final sem tuh mksd saya lepas final exam. Tinggal tunggu result & grad terus? Grad tahun yg sama? 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap graduation day biasa bulan 9-10, if let say habis final sem/exam awal tahun tu boleh grad tahun yg sama.

      Padam
  25. Hi, boleh saya thu anggaran yuran 1 semester di oum berapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, waktu saya register 2011 dulu, 1 sem yuran dalam 1800 tak silap. Total kos untung degree dulu dalam 18k.

      Padam
  26. Hello nak tanya, lepas final exam. Sijil graduate x nampak result sebelum2 ni? Kalau ada subjek yang gagal sebelum repeat? 😅 t

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya if subjek gagal ke? Transkrip mungkin tunjuk rasanya, result on each subject. Kalau sijil tak ada. Saya kena check blk sijil2 lama :D

      Padam
  27. haii. sy minat sgt nk smbung degree pjj. tp sy kerja kilang. shift kerja 12 jam dan cuti tak tetap. satu sem consider brapa minggu kalau setahun ada tiga sem? lg satu, kelas hujung mingggu tu klu terskip takpa ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, setahun ada 3 sem, 1 sem dlm 4 bulan mcm tu. tak silap sy every sem akan ada 9 minggu class. class ni kita boleh arrange sendiri dari awl sem, utk decide hari apa, sama ada sabtu/ahad. dari jam berapa smp berapa mcm tu. Waktu sy dulu, if skip class tak apa, tak ada masalah tolak merit ke apa. Yg penting kena perform utk assignment & exam. Waktu sy dulu semuanya individual, tak melibatkan kerja group. Sekarang sy tak pasti kalau ada melibatkan kerja group.

      Padam