Nasi Butter ala KFC & Shrimp Omelette

By Raihana - Khamis, Februari 18, 2021

Hi, this time just nak share resipi simple yg senang masak sebab anak-anak suka makan & bahan pun senang cari. Nasi Butter ala KFC & Shrimp Omelette ataupun telur dadar udang.

Nasi Butter & Shrimp Omelets 

Nasi Butter

1. Cairkan 1/2 butter, kemudian tumiskan bersama 2 batang serai, 1 ulas bawang besar, 4-5 ulas bawang putih & 2 inch halia yg telah dikisar
2. Masukkan beras (4 pot) yg telah dibasuh & tos dan goreng dalam 1-2min, kemudian masukkan 1 cwn susu krimer sejat (saya pakai Carnation Evaporated Creamer) dan secubit garam, kacau sebati dan tak perlu masak terlalu lama.
3. Alihkan ke dalam periuk nasi dan tambah air. Macam saya pakai pressure cooker, so set mode ‘steam’ dlm 15min. Bila nasi dah masak tu memang bau wangi je.

Guna susu sejat Carnation
Masak pakai pressure cooker lagi senang 

Shrimp Omelette

1. Kacau 3 telur bersama bahan2 lain (garam, black pepper, 1 ulas bawang besar, 1 bj tomato, 1bj cendawan butang - semua dipotong dadu) kecuali udang. Kemudian masukkan susu krimer sejat, yg ni pun saya pakai Carnation Evaporated Creamer kemudian kacau.
2. Panaskan kuali dan minyak. Kemudian masak telur dgn bahan lain tu. Agak2 telur tu dah hampir masak keseluruhan baru masukkan udang dan terbalikkan, sehingga la masak. Udang tu rebus dulu ye.

Baha-bahan yang digunakan apa yg jumpa saja

Nampak cantik je lagi2 kalau pakai non stick fry pan
Shrimp Omelette tu pun saya pakai bahan sedia ada je and tambah susu krimer sejat Carnation sebab nak ada rasa buttery, fluffy and lemak-lemak manis. So dia bukan jadi telur dadar biasa. Yg ni saya ada tengok resipi ala-ala hotel katanya, jadi saya cuba and memang sedap 😁


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan