Alhamdulillah....tak disangka-sangka blog kita tersenarai dalam pemenang Ramadhan Raya Blogger Contest List Lazada baru-baru ni. Semalam dapat email dali LAZADA terus teruja.
Even I'm listed as weekly winners pun dah dikira rezeki sangat. Syukur Alhamdulillah. Memang shopping lagi lah dengan LAZADA lepas ni. Yuhuuu!
Blogger lain meh la check, kot-kot anda pun bertuah.
Kecoh dunia hiburan tak hiburan dengan pengumuman berita dorang ni. Mana taknya, kedua-dua selebriti ni tersangat lah hot dengan drama dorang 'Descendant of the Sun' pada tahun 2016. Sama-sama cantik dan handsome.
Jom countdown berapa hari lagi menjelang raya. Yuhuuu!
Kali ni kita cuba nak join contest dari Lazada sempena Raya tak lama lagi ni.
Theme: Travelling Back Home
Contest Period: 16 - 30 June 2017
1. Where do you celebrate Raya this year?
Al-kisahnya bila orang yang dah kahwin ni mesti akan raya 2 belah kampung kan? This year kami akan celebrate raya di kampung I olls dulu dekat sini Selangor ni jek, Sg Buloh & Banting. Disebabkan parents tinggal di bandar dekat Petaling Jaya, jadi nak rasa suasana kampung tu kita balik lah Sg Buloh & Banting, rumah nenek dan saudara-mara. Hari Raya kedua nanti baru kita berdesup balik ke kampung suami dekat Kota Bharu, Kelantan. Doakan perjalanan kami dipermudahkan ya.
2. List down your "balik kampung" essentials
Baju sendiri, suami & anak - Baju Raya tu kena pack awal-awal sebab penting dan takut tertinggal. Nanti tak berbaju raya la pulak. Ohh yaa, baju basahan/gantian tu kena lah ada sekali.
Iron - Setiap raya mesti akan bawak iron sebab kita tak nak berebut or tunggu turn gosok baju ni. Sekurang-kurangnya boleh iron baju dengan tenang dan aman. Yelah, bukan gosok baju sendiri je, tu nak gosok baju suami dengan anak lagi. Toiletries - Yang ni pun mesti jadi kemestian. Kalau takde barang toiletries ni nak pakai apa? Takkan nak tumpang orang punya aja kan. No no no! Tak memasal ada yang bau masam. Charger Phone - Charger phone ni pun satu kemestian. Sebab phone paling lama boleh bertahan pun sehari aje kan. Tu belum termasuk lagi bila kau dah gila bergambo, anak main phone, cepat je power battery habis. So this is a must list!
Barangan anak - Barangan anak ni macam-macam. Baju, pampers, susu etc. Dia punya barang je dah penuh bonet kereta. Huhu. Ni kalau tak ada barang dia nayaaa nak kena beli baru.
Duit raya - Yang ni dari awal kena standby. Pagi raya nak menghulur pada anak-anak buah terdekat. Kalau tak nanti dah ada yang tanya. "Acu....mana duit raya?"
3. What would you like to buy from Lazada's platform to bring along for "balik kampung"?
Kooper Sega Plus Booster Car Seat
Dah lama plan dengan suami nak cari car seat untuk si Amani, since dia dah besar mencari booster type. Amani ni bukan friendly car seat sangat. Tapi kami mencuba nak cari car seat yang sesuai untuk keselesaan dia. Lagipun perjalanan kami jauh ke Pantai Timur nun. Amat lah digalakkan untuk menggunakan car seat kepada anak-anak untuk elakkan kejadian tidak diingini. Car seat sedia ada pulak dah tak sesuai pada size badan Amani. So this Kooper booster car seat seems cheaper sell at Lazada. Boleh grab kalau sempat.
Elfie Foldable Selfie
Pada yang gila bergamba macam I olls ni, boleh la cuba beli Elfie Quadcopter Drone untuk bergambar sendiri or bergambar bersama keluarga dengan pelbagai style. Memang style lah ni, siap boleh connect dengan phone untuk control drone ni. Yang penting kecik je dan sangat save space. Boleh masuk bag lagi.
Kalau nak tahu, LAZADA telah melancarkan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale yang menawarkan potongan harga sehingga 90% bermula 19 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017. Jadi, buat mereka yang ingin membeli belah pada harga terhebat boleh lah layari website Lazada atau direct click link https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/
Yang nak join contest ni apa lagi? Cepat-cepat tulis blog anda berkaitan Theme yang ditetapkan! Click link ini untuk maklumat lanjut: http://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Kejap je masa berlalu. Amani dah berumur 2 tahun pada 9 Mar yang lepas. Rasa baru je beranak, ni pulak dah tengok dia membesar dengan perangai drama queen dia. Huhu.
Sebenarnya plan dah lama nak buat birthday celebration untuk cinonet ni, tapi tak tahu bila dan macam mana. Sebab dalam hati nak jimat segala banyak sebab nak pergi bercuti, tapi still nak celebrate jugak. Balik dari bercuti pun macam krik krik, nak buat ke tak. At last, kita buat juga tapi celebrate antara keluarga je. Kiranya dengan cousin dia saja. Belanja kek dan makan. Nasib mak sudi nak masak Nasi Hujan Panas dan makanan lain kita beli aje. Deco pun DIY je. Hihi.
We are smallest in the family.
Sebabkan semuanya last minute, hasilnya semua buat sendiri. Plan nak buat 2 hari macam tu. Tak ada orang sudi amik tempahan kek. Huhu, next time ya.
Cake from Wondermilk. Cari 3 kedai sebab semua kek tak menarik. Last sekali beli dekat Wondermilk Uptown Damansara
Creampuff own baked
Jelly own baked
Decoration DIY form barang2 candy buffet
Cake Topper DIY
Fire Candles from Wondermilk
Dress, present from 1st year birtdhday. Huhu
Nasi Hujan Panas from Mak
Anak mama ni dah besar. Semoga membesar dengan sihat dan baik. Dengar cakap mama and papa, jangan kuat tantrum and berdrama lagi ye. Mama Papa loves you!
This is my first time join Lazada contest taw. Belek-belek website Lazada, terpampang pulak banner sebesar tu untuk ahli blogger sekalian. Apa lagi, kita pun amik kesempatan lah untuk join. Contest ni tamat pada esoknya. Moga kita tak terlambat lagi. Hihi.
What do you love about Lazada?
Kita ni dah la kaki shopping. Dari barang murah ke mahal semua beli dekat web Lazada ni. Senang sebenarnya. Lagi-lagi ada sesetengah barang Lazada ni memang tak ada jual dekat Malaysia. Rare tak? Kebanyakan barang yang dijual murah-murah, kita boleh select items yang kita nak walaupun dari seller yang berbeza. Lazada selalu buat SALE. Mesti ada yang perasan kan, kalau buka je website Lazada, terpampang besar SALE dorang ni. Macam mana terpampang banner Lazada jemput ahli blogger untuk join contest ni. Kalau ada yang perasan, Lazada selalu bagi FREE SHIPPING. Tak pun shipping cost yang sangat murah. Murah sungguh, tak tipu.
Top 3 Products pick from Lazada Malaysia
Pampers brand Drypers ni memang akan jadi pilihan kita beli from Lazada. Sebab harga yang ditawarkan murah berbanding beli dekat supermarket di luar. Penghantaran sampai ke rumah, tak perlu nak cari dekat kedai lagi. Kalau ada rezeki Lazada bagi free shipping taw. Kalau ada cas penghantaran pun tak banyak. RM5 saja. Murah kan?
Baru-baru ni phone Samsung mak rosak screen. Screen kabur hitam tapi boleh pakai. Cuma makin lama tu kabur hitam dia dah merebak, so dah tak nampak apa screen tu. Lagi-lagi mak ni dah la rabun, mana lah nak nampak kan. Sebab tak ada phone yang sesuai and mak tahu pakai, so riki-riki dekat Lazada, memang phone Huawei P9 Lite ni lagi murah dari tempat lain. Mak tengah nak saving sekarang, sebab nak pergi Umrah tak lama lagi, sama macam kita. hihi. So tengok phone ni pun under bajet dan sesuai. Sebab mak perlukan memori yang besar sebab dia selalu simpan gamba, video & audio. Nak replace Samsung Note 2 tu tak dapek kot harga macam ni. kalau ada rezeki kita belikan la. Kalau tak, tunggu balik Umrah nanti ya, In shaa Allah.
Angan-angan nak beli GoPro Hero ni, sebab suka sangat nak bergamba cantik-cantik kalau travel. Kalau traveler ni dah macam item must-have in their backpack. Tapi harga meruntun jiwa kan. Tah bila dapat tunaikan nak beli pun tak tahu. Tak dapat GoPro Hero5, GoPro Hero4 pun jadi lah. hihi.
How do you think Lazada Malaysia can improve?
Hmmm...so far kita tak ada masalah dalam shopping dekat Lazada ni. But, Lazada can think how they can sell service to customer. Contohnya macam pakej percutian, servis party planner, servis photography and so on. Mungkin nampak susah, but who knows. Customer pun kadang-kadang mencari servis begini.
Last but not least. HAPPY BIRTHDAY TO LAZADA!!. You have growth rapidly fast and success in Malaysia. Semoga Lazada lebih sukses dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada customer pada masa akan datang.
Pada sesiapa yang nak join contest ni masih tak terlambat macam I olls. Korang boleh submit contest sebelum 23 March 2017.